Sunday, November 28, 2010

500 keluarga di Tg Priok, Jakarta dapat sumbangan korban




Di hadapan Masjid Al-Muttaqien terletak di Kecamatan Tanjung Priok, Jakarta Utara.




Sempena Hari Raya Aidil Adha 1430H yang lalu, pihak Islamic Relief Malaysia (IRM) telah mengadakan majlis penyerahan daging korban di Masjid Al Muttaqien, Kecamatan Tanjung Priok, Jakarta, Indonesia.Tanjung Priok merupakan salah satu daerah yang terletak di Jakarta Utara. Di daerah ini terdapat pelabuhan Tanjung Priok yang mempunyai kepadatan penduduk.

Fuhhh!
Panas betul cuaca pada hari tu.
Muka pun dah jadi semacam je sebab menahan terikan
matahari.


Encik Zawahir: "Alhamdulillah tahun ini lima ekor lembu telah dikorbankan...."


Islamic Relief Malaysia telah bekerjasama dengan Yayasan Hajah Hasmah Noor dalam
menguruskan ibadah korban dari awal hingga akhir.



Krew Bernama TV...


Puan Zarita, DJ IKIM sedang interview H. Machyaruddin AS, wakil Masjid Al-Muttaqien.


Berat sama-sama dipikul....

... ringgan sama-sama dijinjing.

Anak-anak yang melihat dari jauh....

Bergambar ditapak kurban. Dari kiri Shahir dari JAKIM, Farouq dari IRM, sebelah ana wakil muslimah Yayasan Hajah Hasmah Noor, Puan Zarita dan Farish dari bernama TV.


Sebanyak lima ekor lembu telah dikorbankan dengan 500 keluarga menerima manfaat daripada pengagihan daging korban tersebut. Program ini telah mendapat kerjasama dengan Yayasan Hajah Hasmah Noor dan juga ahli jawatankuasa Masjid Al Muttaqien. Pengagihan daging korban ini telah dilakukan secara bersistematik di mana pengagihan dibuat kepada kumpulan sasar yang terdiri dari golongan fakir miskin dan juga anak yatim di sekitar Tanjung Priok.



Daging kurban ditimbang dan diasing-asingkan...






Daging-daging ini akan diberikan kepada yang memiliki kupon korban.

Daging-daging telah dimasukan ke dalam bag sebelum diagih-agihkan.

Suasana ibadah korban dan pengagihan daging korban ini turut menjadi detik sejarah apabila ia disaksikan sendiri oleh wakil-wakil media di Malaysia termasuk wartawan Majalah ANIS. Objektif program korban yang bertema, `Qurban Ke Arah Kebajikan’ ialah untuk membantu mengurangkan penderitaan dan kebuluran di kalangan masyarakat miskin di seluruh dunia.



Pengarah Negara IRM, Encik Zawahir menyampaikan daging kurban...

.... kepada penduduk kampung.

Giliran H. Machyaruddin AS, wakil Masjid Al-Muttaqien... pula menerima daging kurban.




H. Machyaruddin AS: "Terima kasih IRM. Terima kasih Pak Zawahir... "



Wakil media yang terlibat dalam Program Korban Islamic Relief Malaysia di Jakarta terdiri daripada Majalah Anis, Harian Metro, Radio IKIM.fm, JAKIM dan Bernama TV.

Bergambar dengan wakil WARDAH... nama singkatan untuk kumpulan wanita di Indonesia.

Di samping itu ia diharap menjadi landasan bagi penyediaan pek makanan berkhasiat sebagai satu usaha untuk membanteras kekurangan zat atau `malnutrisi’ di kalangan keluarga miskin yang memerlukan bantuan.


Anak-anak yatim pun mendapat bahagian mereka...

Begitu juga anak-anak yang miskin...


Wajah-wajah ceria menerima daging korban.


500 keluarga di Tg Priok, Jakarta dapat sumbangan korban.

Selain daripada itu, Islamic Relief Malaysia (IRM) juga telah mengembangkan objektifnya berbentuk bantuan kemanusian dalam pelbagai bidang termasuk perubatan, pembangunan komuniti dan pendidikan di 35 buah negara seluruh dunia. Islamic Relief Malaysia (IRM) merupakan sebuah agensi bantuan kemanusiaan dan pembangunan antarabangsa yang mempunyai staturs perundingan Bangsa-bangsa Bersatu dan beribu pejabat di Birmingham UK. Badan ini telah mendapat pengiktirafan status Konsultatif Istimewa oleh Economic & Social Council of the United Nations (ECOSOC), ahli kepada Disaster Emergency Committee UK(DEC) dan British Overseas NGO for Development (BOND) dan penandatangan kepada The Code of Condusct for the International Red Cross & Red Crescent Movement and NGO’s in Disaster Relief.
Berita/ Foto : Shamsiah Puad
Warta Sekilas/ Anis149/ Jan 2010


Alhamdulillah... selesailah sudah
Program Qurbani 2009.

Gambar ini merupakan kenangan yang sangat indah.
Ketika hendak balik ke hotel
kami terpaksa bersesak-sesak di dalam kereta.
Walaupun diwajah masing-masing kelihatan lesu kerana kepenatan tetapi masih mampu
ketawa keriangan.

No comments: