Friday, June 19, 2009

Kenapa Malu Mengaku?

Baru-baru ini saya telah menghadiri majlis perkahwinan adik kepada kawan lama (Amran Ahmad) di Kampung Dagang Setia, Kuala Kubu Bharu. Kemudian jirannya Kakak Halimaton telah mempelawa kami ke rumah mereka yang tidak berapa jauh dari situ.
Hajah Amanah binti Haji Zamzam, emak Kakak Halimaton yang berumur 84 tahun. Sungguhpun umur sudah banyak tetapi masih kuat pendengarannya. Selain dari itu ninu (nenek) nampak sihat cuma sakit lutut sahaja sebab itu guna kerusi roda. Bila ditanya apa rahsia ninu nampak macam awet muda. "Tak ada apa-apa rahsia... cuma istiqomah solat malam". Kini ninu ada 16 cucu dan 3 cicit.



Saya berbual mengenai cerita-cerita lama dengan Kak Halimaton.
“Masa sekolah dulu ada tak kawan-kawan ejek kalau diberitahu kakak orang Kerinchi,” Tanya saya. “Ada… tu lah sebabnya malu hendak mengaku kita keturunan kerinchi”, jawab Kak Halimaton.
“Ohh… samalah macam saya. Bila saya mengaku saya keturunan kerinchi, kawan-kawan semua ketawakan saya… mereka kata saya ada ekor. Bila saya jawab mana ada ekor… mereka kata, "Ya… keturunan kamu ada ekor, Semenjak hari itu, saya pun malu hendak memperkenalkan saya orang Kerinchi” cerita saya.
Inilah sekolah tempat saya menuntut ilmu dulu. Masih macam dulu dan tidak banyak perubahan.

Berbalik pasal apa yang saya dapat daripada menghadiri Mesyuarat Persatuan Anak Kerinchi Hulu Selangor. Alhamdulillah saya rasa barulah terbuka sedikit fikiran saya, betapa pentingnya menjaga maruah keturunan kita.
“Buat apa saya hendak malu dengan keturunan saya… sebenarnya orang Kerinchi adalah satu bangsa yang berjaya suatu masa dahulu. Kegigihan nenek moyang kita maka wujudlah tempat-tempat yang dikenali Kampung Kerinci, Kampung Abdullah Hukum, Hulu Langat dan banyak lagi, Sesungguhnya segala kejayaan yang dicapai hari ini ditunjungi oleh usaha dan pengorbanan pejuang-pejuang nenek moyang kita terdahulu.” detik hati saya.
Insya-Allah mulai hari ini saya akan cuba mengumpul sebanyak mungkin maklumat mengenai Kerinchi… dan hendak selidik juga kenapa dikatakan orang kerinchi ini ada ekor.

*Kisah Benar
Seorang pembaca telah menghantar yahoo messenger kat saya, "kenapa kamu direct sangat cakap pasal Kerinchi?" "Kenapa?" saya bertanya pula? "Tidak malu ke... nanti orang kata bukan-bukan. Kami di sini pun kalau ada kenduri kendara malu nak mengaku orang kerinchi sebab nanti akan diketawakan orang," katanya lagi. "Oh macam tu ke?" "Sebenarnya asalnya saya memang malu juga.... tetapi entah kenapa saya rasa sudah tiba masanya kita kena berani kedepan untuk menyangkal anggapan buruk tentang orang kerinchi", jawab saya lagi.

10 comments:

Anonymous said...

emm...macam pernah dengar je ayat2ni,yalah malu nak mangaku anak kerinci.sebenarnya setiap keturunan
anak kisah tersendirinya.cuma kisah yg nagetive selalu jadi bahan bualan.namun disebalik cerita ada sebab terjadi begitu.apa apapun tahniah pada org kerinci kerana telah berani,menubuhkan Persatuan Anak2 Kerinci diHulu SELANGOR.

Unknown said...

Salam,
Maaf kerana telah masuk kisah benar anda dalam blog saya. Tujuan saya dedahkan untuk membuktikan bahawa bukan saya saja-saja hendak mereka-reka cerita. Saya rasa ramai orang di luar sana pun ada rasa rendah diri apabila hendak mengaku dia orang kerinchi.

”Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa – bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”


Al-Hujaraat:13

bro.matt said...

salam..
tahniah atas penubuhan persatuan anak kerinchi hulu selangor..
saya uhang kincai tulin,spt mana sy tulis dlm blog sy, sy tak malu mengaku anak kerinchi..
berjumpa juga dengan uhang kincai walaupun kita berlainan gaya percakapan dan suku..
TS mat taib uhang kincai juga kan?
sy berbangga uhang kincai,hj abdullah hukum dilantik menjadi pembesar melayu di kuala lumpur pd zaman dahulu..

Unknown said...

Salam...
Alhamdullah sbb bro matt tidak malu mengaku anak Kincai. Oooo tak tahu pula saya yg TS Mat Taib tu uhang Kincai walaupun dia pernah mengajar saya masa di SMK, Kuala Kubu(guru ganti). Semenjak saya mengkaji sejarah Kincai, saya juga merasa bangga sbb org Kincai merupakan orang yang disegani, dihormati, kaya lagi alim seperti Hj Abdullah Hukum.Semoga Kincai kembali zaman kegemilangnya.sekian.

mZm said...

Salam kak Shamm....
Pertama kali saya dengar rupanya Kerinchi tu adalah sejenis 'kaum'. Sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum, elok sangat diuar-uarkan supaya ia tak hilang ditelan zaman. Buatlah buku Kak Sham.. Orang persatuan tu mesti berminat nak beli.. hehe!
Jumpa lagi!

Unknown said...

Salam buat mZm,
Terima kasih mZm sbb singgah diblog kak Sham. Insya-Allah sekiranya sudah lengkap maklumatnya boleh je dibukukan.

nieyyana said...

salam kak syam,,sya sokg smuer perjuangan warga keturunan kerinchi di m;sia ..

Unknown said...

Salam,
Semoga hasrat murni nieyyana mendapat keredhaan Allah dan dipermudahkan segala urusan. Semoga kerinchi kembali gemilang seperti suatu masa dahulu. Amin.

Reds said...

Kaum Kerinchi asalnya adalah keturunan Al-Bashaar iaitu suatu bangsa yg wujud sebelum Al-Insaan yg berketurunan Adam a.s

Unknown said...

salam,
dari kecik lg slalu dgr ttg raja kerinci dr tok..satu masa teringin nk pegi sna..