Saturday, February 19, 2011

Majlis Pertunangan Ahmad Shahzawani


Jumaat 17 Disember 2011, 
Keluarga Othman sudah berkumpul 
di Homestay Kampung Tersusun Batu 5 Jalan Tambun, Perak.
Masing-masing telah menunjukkan bakat masing-masing
 untuk membuat gubahan bakal di bawa ke majlis pertunangan esok.



Inilah hasilnya.... 
Asalnya tujuh dulang sahaja. 
Oleh kerana ramai yang hendak seponser jumlahnya menjadi 13 dulang pula.




18 Disember 2011
Ahli keluarga dari Kedah pun turun untuk meraikan majlis yang bersejarah ini.
Sebanyak 11 kereta mewakili pihak lelaki telah berarak ke rumah pihak perempuan.



Seperti biasa Cikgu Rahman sebagai jurucakap untuk pihak lelaki.
Semuanya berjalan dengan lancar.
Alhamdulillah kini Ahmad Shahzawani telah selamat bertunang dengan wanita pilihannya.

Selamat Hari Jadi Syakilah...





Mengikut kajian Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah orang yang lahir bulan Februari adalah seperti berikut:

* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi



Anda Stress? Jom Lihat Mata Anda...

Iris Orang Yang Kurang Tekanan



Iris Orang Yang Menghadapi Tekanan

 

Sumber: Pengurusan Tekanan