Showing posts with label Kembara Jakarta. Show all posts
Showing posts with label Kembara Jakarta. Show all posts

Tuesday, November 16, 2010

Mencabar Diri...

Sempena Hari Raya Aidil Adha 1430H
pada tahun lalu (2009),
ana telah berkesempatan beraya
bersama penduduk di Kecamatan Tanjung Priok,
Jakarta, Indonesia.

Bermakna...
ana tidak dapatlah beraya
dengan suami dan anak-anak
serta ahli keluarga yang lain.

Alhamdulillah...
pada tahun ini,
suami ana pula diberi peluang untuk bermusafir
apabila terpilih untuk
bertugas dan menunaikan ibadah haji.

Sekali lagi tidak dapat
bersama suami tersayang
di Aidiladha,,,
Tetapi tak kisahlah
sebenarnya
itulah pengorbanan namanya.



Pemergian ana ke Jakarta
adalah
di atas jemputan
Islamic Relief Malaysia Berhad
sebuah
agensi bantuan kemanusian
dan pembangunan antarabangsa
yang mempunyai status
perundingan
Bangsa-bangsa Bersatu
dan beribu pejabat
di Birmingham UK.



Seawal jam 4.30 kami sudah bertolak dari rumah
kerana menurut surat yang diterima
masa penerbangan adalah jam 7.30 pagi.
Oleh itu dua jam sebelum penerbangan
sepatutnya sudah berkumpul
di LCCT (berhadapan dengan Marrybrown)
kerana ada taklimat
ringkas.


Inilah antara teman-teman yang bermusafir bersama ana.
Mereka terdiri daripada wakil media,
Harian Metro,
Radio IKIM.fm,
JAKIM
Bernama TV...


... dan juga beberapa staf Islamic Relief Malaysia.




Dan ana...
mewakili Majalah Anis sebagai wartawan.
Oleh kerana ini pertama kali ana diberi peluang seumpama ini,
Ana telah MENCABAR DIRI sindiri
YAKIN BOLEH... melakukan yang terbaik
dan tidak mempersia-siakan
KEPERCAYAAN
yang telah diberi terhadap diri ana.



Sebenarnya bedebar-debar juga..
maklumlah hendak bekerja dengan orang
tidak kenali...
dan berurusan dengan orang yang ada nama
lagi dikenali ramai.



Ya Allah, permudahkan segala urusan kami.




Ok... sudah sampai masa untuk bertolak.


Antara barang-barang yang dibawa ke Jakarta...


Kapalterbang Air Asia... yang membawa kami terbang
dan meninggalkan tanah air yang tercinta.


    Berjalan bermusafirlah. Melihat keagungan Allah. Meninjau menitilah. Rahsia ciptaan Allah.

    Marilah bermusafir. Laksanakan tuntutan jiwa. Bermusafir berkelana. Luaskan pandangan saujana.

    Berbekal keimanan Penyuluh disepanjang jalan.

    Mengharap keredaan Doa menjadi kelaziman.


    .