Monday, November 10, 2008

Perhimpunan Keluarga 2008

Walaupun telah berlalunya Syawal, masih teringat-ingat lagi kenangan manisku bersama keluarga tercinta. Ya... mari kita teruskan tradisi ziarah menziarahi dan berkumpul dengan semua ahli keluarga seperti yang pernah dilakukan ketika arwah datok dan nenek masih hidup dulu. Kini tiga generasi telah dapat kita himpunkan.

Pada malam itu kami adik beradik sudah bersepakat untuk balik awal untuk membuat apa yang patut. Dalam erti kata lain balik terus singsing lengan baju la.

Inilah antara chef-chef utama yang menyediakan jaudah. Oleh kerana kami ramai dan ada chef yang bertaraf antarabangsa gak la (bapak aku la tu) jadi semuanya masak sendiri

Selepas solat Zuhur bergemalah bacaan tahlil dan yaasin untuk arwah. Majlis ini telah dihadiri oleh jiran-jiran.

Selepas Asar pula bermulalah perhimpunan keluarga yang tercinta. Wah! Ramainya yang datang. Tak sangka teratak usangku mampu menampung semua ahli keluarga yang hadir.


SIAPA YANG HADIR

Pak Long, Pak Ngah, Pak Lang, Mak Lang, Mak Teh dan Mak Su semuanya ada. Cuma yang tak ada Mak Jang tak dapat datang sebab ditimpa ujian sehari sebelum jamuan ini diadakan. Menurut kata Mak Jang rumahnya ditimpa pokok besar... jadi tak bolehlah nak kemana-mana. Tak kisah la sebab anaknya, Norziah datang mewakili Mak Jang walaupun datang pada keesokkan harinya.

Abang Mie sekeluarga sebenarnya ada balik tetapi terpaksa balik awal dan tak dapat tunggu sehingga Asar.

Abang Dahlan dan Kak Ani sekeluarga.

Abang Zaini dan Kak Teh sekeluarga.

Mohd Nor Rafuzi dan Shamsiah sekeluarga.

Saidi dan Sohana sekeluarga.



Pak Ngah dan Mak Ngah bersama anak gadis dan terunanya.


Anak cucu Pak Ngah... Sapian dan Shahrir sekeluarga.


Pak Lang dan Mak lang bersama anak terunanya.

Ini sebahagian daripada anak dan cucu Pak Lang yang datang. Maaf ya kalau tak ada dalam gambar tu.


Ini keluarga MakDak bersama anak dan cucu-cucunya.

Ini Pak Teh dan Mak Teh sekeluarga.


Ini Pak Su dan Mak Su sekeluarga.

Inilah tetamu yang telah diudang khas. Terima kasih semua kerana sudi datang.


Takbir Syawal 2008

Takbir Syawal bergema

syahdu berkumandang
tanda kejayaan dari yang Esa
kembalinya nubari pada fitrah
Sebening air di kali.

Diperantuan ini
ayah tercinta menanti anakanda pulang
merai Syawal bersama dinanti
dalam hangat menyulam ukhuwah
walau jauh kita terpisah.

Syawal adalah hari penemu
yang jauh datang bertandang
yang dekat menanti tenang
tak pernah membeza rasa.

Lembaran ini penuh meriah
namun tetap disyukuri penuh luhur
tradisi ziarah, kunjung mengunjung
memesrai dan berjabat kasih
sesama sanak saudara dan taulan.
Namun pesan junjungan Nabi
hulurkan juga pada yang tiada
sedikit nikmat kita kongsi bersama.

Ya Ilahi,
Leraikanlah sengketa di hati
Tautkanlah sanubari kami
dalam nikmat iman dan Islam
agar ukhwah silaturrahim
kembali bersemi
seharum wangian syurgawi
inilah harga sebuah kemenangan
di Aidilfitri tersimpul kejayaan.

Dalam remang senja ini,
serasa semalam kita bersimpuh diserambimu Syawal
terharu rasanya pemergianmu
berjumpakah lagi sepurnama penuh makna seperti ini
di tahun-tahun mendatang?