Showing posts with label ANA UHANG KERINCI. Show all posts
Showing posts with label ANA UHANG KERINCI. Show all posts

Monday, September 23, 2013

Hari Keluarga Warga Kerinchi di Sungai Inki

12.2.2012
Hari Keluarga Warga Kerinchi 
telah di adakan di Jambatan Roboh Sungai Inki, 
Kampung Pasir Puteh, 
Kelumpang, Hulu Selangor.




Pendaftaran kehadiran...




Beramah mesra...


Tuan Mohd Taufik, 
Penasihat Persatuan Anak Kerinchi Hulu Selangor bersama Datuk Ghazali Hassan.






Ucapan daripada wakil yang terpilih.





Hadiah cabutan bertuah ...


Antara yang bertuah.





Acara kemuncak ialah makan masakan kampung...


Menjamu selera sambil menikmati keindahan alam.



Santai nampak anak bujang ini...




Menariknya kawasan ini masih belum tercemar dan 
air sungainya jernih sehingga boleh nampak jelas anak-anak ikan di dalam air.
"Ini boleh buat spa ikan", kata Firdaus anak bongsu ana.


Mandi di celah-celah batu... 
sungguh menyegarkan kerana airnya tersangat sejuk.



Bergambar beramai-ramai.
Semoga di masa akan datang ada lagi program seumpama ini <3 nbsp="">
(^___^)



Saturday, September 21, 2013

Bunga Kurinci

Nama Kerinci berasal daripada nama bunga. Suatu masa dahulu, Negara India telah dibahagi kepada empat daerah. Setiap daerah dinamakan mengikut bunga yang tumbuh di kawasan tersebut. Bunga kurinji (Strobilanthes kunthiana) yang banyak tumbuh di India Selatan pada ketinggian di atas 1800m. Bunga yang tumbuh di daerah pergunungan ialah bunga Kurinci (Latin Strobilanthus. Dengan demikian Kurinci juga berarti 'kawasan pegunungan'


Bunga kurinji (Strobilanthes kunthiana)
Kurinji adalah bunga yang berwarna biru cerah dan bunganya berbentuk loceng. Bunga kurinji hidup di lereng bukit antara 6.000-7.000 kaki di mana ada sedikit atau tidak ada pokok hutan. Keunikan bunga ini adalah mekar sekali dalam 12 tahun.



Sumber:wikipedia

Saturday, January 28, 2012

Moh Kito Mengeratkan Siratulrahim Sesama Uhang KINCAI



Assalamualaikum....Salam buat semua warga KINCAI....
satu majlis perjumpaan warga kerinchi yang kita panggil 
HARI KELUARGA WARGA KERINCHI...
Ini hasil dari keputusan mesyuarat AJK baru2 ini. 
Akan berlansaung pada 12hb Feb 2012 bertempat di Jambatan Roboh (Sg Inki) Kg Pasir Puteh Kalumpang bersamaan hari Ahad bermula Jam 9.00pg. 
Pelbagai acara kita adakan(sukaneka). Namun perjumpaan lebih berbentuk santai...
Jamuan makan tengah hari disediakan. 
Bagaimanapun kami mengalu-alukan sumbangan pada mereka yg berminat menyumbangkan hamper mahu pun RM.....Jemputan ini terbuka buat mereka yang mengaku Anak Kerinchi.
 Mereka yang berkeluarga digalakkan membawa keluarga bersama. 
Harapan AJK agar perjumpaan ini membawa seribu makna pada mereka yang kuat jati diri sebagai ANOK KINCAI...
Wassalam 
Amran Mad S/U PAKHS



Pemandangan di Jambatan Roboh (Sg Inki) Kg Pasir Puteh Kalumpang
Foto: Asril Hj Sematludin's






Jom Belajar Cakap KERINCHI

Sunday, March 21, 2010

Adakah kita rela digelar Si Tanggang?


“Marilah kita merenung sejenak dan bertanya kepada diri sendiri apakah kita malu digelar Kerinchi? Lihatlah orang-orang Asli di dalam hutan dan mereka-mereka yang berjaya sehingga kini masih berbangga dengan keturunan mereka dan begitu juga dengan bangsa Cina. Adakah kita lebih rela digelar Si Tanggang dari digelar Kerinchi?

"Ingatlah, tanpa nenek moyang, kita bukan sahaja tiada di dunia ini, malah tanpa mereka maka tiada wujudnya Kampung Kerinci, Kampung Abdullah Hukum, Sungai Damar, Paya Dalam, Pasir Dalam, Pasir Putih, Hulu Langat dan banyak lagi tempat seluruh Malaysia. Tidakkah kita terasa bertanggung jawab untuk memelihara harta nenek moyang kita itu? Hartanya bukan sahaja setakat tanah dan pulau tetapi juga keturunannya,” kata Tuan Haji Mohd Taufik Haji Yahaya, Pengerusi Persatuan Anak Kerinchi Hulu Selangor ketika berucap dalam Mesyuarat Agung PAKHS di Dewan Serbaguna / Komplek Sukan Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor, pada 13 Mac 2010 yang lalu.


Tuan Haji Mohd Taufik juga menyeru dan mengharapkan sokongan dari semua saudara-saudara Kerinchi di seluruh Malaysia untuk turut serta dalam mempertahankan serta menghidupkan kembali kemasyhuran masyarakat atau kaum Kerinchi Malaysia sebelum ia hilang dek zaman dan generasi baru yang langsung tidak mengenali apa itu Kerinchi. Untuk menjayakan amanah ini masyarakat Kerinci perlulah berganding bahu melalui persatuan PAKHU agar dapat menjayakan amanah dan cita-cita tersebut. Bak kata perpatah `Bersatu kita kuat dan teguh, berpisah kita lemah dan roboh' dan `Sepakat membawa berkat'.
Tuan Mat Nadzari bin Ahmad Dahlan, Pengerusi Jawatankuasa Agensi Antidadah Kebangsaan Hulu Selangor telah merasmikan mesyuarat kali ke 2 ini.


Turut hadir ialah Ketua, Jabatan Kesusasteraan Melayu UPSI, Y.Bhg. Dato' Dr. Mohd. Rosli b. Saludin. Walaupun beliau bukan orang kerinchi tetapi sangat berminat untuk membuat penyelidikan mengenai identiti etnik Kerinchi. Beliau juga berhasrat untuk mengadakan Seminar Asal Usul Kerinchi pada bulan Oktober 2010. Oleh itu beliau sangat mengharap agar orang Kerinchi dari seluruh Malaysia akan memenuhi dewan UPSI itu kelak. Mudah-mudahan kehadiran orang Kerinchi lebih ramai dan dapat mengalah kehadiran suku etnik lain yang telah memenuhi dewan UPSI sehingga seramai dua ribu orang.
Barisan AJK PAKHU sesi 2009 -2010 bergambar kenang-kenangan sebelum bermulanya perlantikan AJK baru.

Setalah pembubaran AJK lama, sekali lagi ahli PAKHS telah sebulat suara agar melantik semula AJK lama untuk sesi 2010 - 2011.

Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah Keluarga Othman dari kiri Mak Su, Mak Jang dan Mak Teh.


En Amran bin Mad, Pengerusi Majlis PAKHS.


Wasi kepada Keluarga Othman yang berkopiah putih juga hadir.


Bergambar kenang-kenangan dengan sebahagian ahli PAKHS.



TAK KENAL MAKA TAK CINTA


Alhamdulillah anak-anak juga telah turut serta dalam mesyuarat kali ini.

Yang menariknya... setelah mendengar penerangan dan sejarah Kerinchi mereka sudah tidak malu untuk mengaku 'kami anok kincai'.

Malah Nurul Hasifah binti Mohd Nor Rafuzi telah memberanikan diri untuk kehadapan dan menyuarakan pendapatnya. Ini telah membuat Haji Mohd Taufik Haji Yahaya, Pengerusi PAKHS telah berminat untuk melibatkan Cik Nurul Hasifah dalam PAKHS sebagai wakil belia anak Kerinchi. Tahniah di atas keberanian Cik Nurul... harap Cik Nurul dapat membuat sesuatu dan memberi sumbangan kepada persatuan terutama sekali mengajak orang Kerinchi terutama kaum belia untuk sama-sama berusaha mengembalikan sejarah kegemilangan kaum Kerinchi di Malaysia.


Friday, November 20, 2009

Nostalgia

Ini adalah sebahagian daripada rumah arwah datuk. Bahagian lain mungkin telah diguna pakai papannya sebab papannya masih elok (pernah diganti dengan papan baru) dibanding di bahagian hadapan rumah. Yang tinggal hanya rumah di bahagian tamu sahaja.


Di bawah rumah tu... tempat arwah datuk jemur getah keping. Di situ juga tempat saya adik beradik bermain. Jika duduk di bawah rumah, saya terasa rumah datuk tersangatlah tinggi.


Setelah sekian lama ditinggalkan... kemudian datang kembali ketempat ini... Semuanya sudah berubah sebab sekarang rumah tersebut sudah setinggi saya pula dan saya sudah boleh mencapai lantai bawah rumah itu.


Tempat jatuh lagikan dikenang.... ya memang benar kerana di tangga yang tinggi inilah di suatu masa dulu saya pernah jatuh terguling dari anak tangga atas sehinggalah ke anak tangga batu di bahagian bawah. Kesan jatuh masih lagi berbekas dimana tengkorak kepala saya telah retak dek terkena bucu anak tangga tersebut. Alhamdulillah... tidak mendatangkan masalah kepada diri saya dan yang penting sekali akal fikiran tetap waras hingga kini. Bersyukurlah...

Suatu masa dahulu, di tingkap ini tempat menjadi kegemaraan kedua-dua arwah. Di tingkap disebelah kiri tempat arwah datuk duduk dan di tingkap sebelah kanan tempat arwah nenek duduk bersembang sesama mereka. Jika dari luar kelihatan kepala mereka sahaja.

Masih saya ingat... pada tahun 1973 bapak sudah berhenti kerja menjadi askar British dan kembali semula ke Malaysia. Bapak telah menyewa rumah bersebelah dengan rumah arwah datuk ini. Oleh kerana itu... jika bapak tiada di rumah... arwah nenek dan datuklah yang akan pantau kami dari tingkap ini.

Inilah antara wajah ibu-ibu yang pernah berjasa dalam hidup saya.... Mak Lang, Mak Andak dan Mak Jang.



Rupa ruang tamu yang telah ditinggalkan... Inilah sudut menjadi kegemaraan arwah datuk suatu masa dahulu. Oleh kerana itu saya adik beradik tidak berani hendak usik barang kepunyaan arwah di sekitar tempat ini. Tak tau la... cam mana pula katil ni ada di ruang tamu.

Suatu ketika dahulu, saya pernah tangkap gambar di sudut ini. Di belakang dari kiri gambar Kak Teh, Su, Mak Su dan Mak Teh. Depan gambar saya dan Kak Ani.

Belakang sekali gambar Pak Cik So'od dan Noji. Tengah gambar anak buah arwah datuk, Mak Su dan Saya. Duduk gambar Ani dan Zura.

Inilah pandangan dari dalam ruang tamu... ditingkap disebelah kiri tempat arwah nenek selalu duduk dan tingkap sebelah kanan tempat arwah datuk. Jika arwah nenek selesai kerja pasti akan duduk di tepi tingkap ini sambil bersembang dengan arwah datuk....



Suatu masa dahulu... rak ini dipenuhi dengan buku-buku.


Antara bahagian yang ditebuk anai-anai.

Bergambar dijalan menuju ke rumah datok...Zura, Ani, Yan dan saya sedang mendukung Noji...

Gambar Yan, Zura, Ani, Kak Long Shafizah, Noji dan dibelakang mereka saya la... Gambar ini diambil pada tahun 1982, ketika itu saya menuntut di tingkatan enam. Ketika ini saya sekeluarga tidak lagi duduk disini sebab sudah berpindah ke Jalan Padang Tembak, Kuala Kubu Baharu, Hulu Selangor.

Semua itu tinggal kenangan... semakin kabur di ingatan dan satu demi satu hilang dari kehidupan ditelan oleh perjalanan masa dan zaman. Masih banyak persoalan yang belum sempat saya tanya. Namun yang telah pergi tetap akan pergi dan tidak akan kembali lagi. Semoga mereka sentiasa aman dan damai di dalam sana. Al Fatihah.