2 Disember 2010:
Hampir dua bulan bermusafir dirumah Allah
Alhamdulillah.. tibalah masanya
suami ana kembali ke tanah air.
Apa yang paling menarik
ketika di KLIA,
ana bukannya menunggu ditempat menunggu
seperti sanak saudara jemaah haji yang lain.
Tetapi ana telah di bawa tempat
yang dipanggil
"setelit".
Tempat ini betul-betul di hadapan pintu jambatan yang menghubungkan dari pintu kapalterbang ke bangunan KLIA,
Jadi ana telah bebaris bersama paramugari dan paramugara
dihadapan pintu masuk tersebut untuk menyambut
kepulangan jemaah haji.
Haaaa...
Itu dia abang haji dah sampai.
Selamat pulang ke Malaysia...
"Terima kasih. Layanan Tabung Haji memang bagus."
Itulah yang antara yang diucapkan
oleh kebanyakan jemaah haji apabila lalu dihadapan kami...
Mungkin mereka ingat ana dan rakan
yang berpakaian biasa ini orang Tabung Haji kot...
Alhamdulillah... selamat sampai.
Ala...laa...la...
Seronoknya
tersenyum sampai ketelinga...
Pemeriksaan....
demi pemeriksaan lagi...
Ok pemeriksaan sudah selesai.
Sekarang menuju ke tempat bagasi.
Seiring dan sejalan...
....bersama rakan sekerja
yang telah ditugaskan dimusim haji...
untuk program Khabar Haji
dan
Buku kenang-kenangan Tabung Haji 2010.
Terasa macam VIP pula apabila
perjalanan sentiasa diiringi oleh polis.
Sebenarnya orang luar tidak boleh masuk ketempat begini
kecuali
setelah mendapat surat kebenaran.
Untuk mendapat surat kebenaran itu pula kenalah mohon dua bulan sebelumnya.
Kad dan geleng kertas khas akan diberi kepada kita
apabila hendak masuk dikawasan larangan tesebut.
Disamping itu...
akan adalah polis yang ditugaskan
untuk mengiringi kita agar terjamin keselamatan.
Sabar menanti bagasi masing-masing...
Bersama Puan Hajjah Aliyah Sijari A.M.N.
Pengarah Komunikasi dan Korporat GISB.
Tahniah! Puan Aliyah diatas peanugerahan
Wartawan Terbaik Negara PWN, 2010.
Terima kasih juga
kerana memberi kesempatan kepada ana
mendapat layanan
seperti VIP hari ini.
Bersama Haji Imam Muda Ahmad Hazran Ahmad Kamal.
Dibahagian ni lah yang memakan masa yang lama....
terutama kepada mereka yang bawa balik banyak barang.
Mengenal pasti barang masing-masing...
Dah jumpa satu kotak.
Itu sebabnya kena tulis nama dan alamat besar-besar
agar mudah mengenal pasti barang-barang kita
dan tidak tertukar dengan barang orang lain.
Ada banyak lagi kotak yang perlu ditunggu...
maklumlah bawa barang untuk shooting
sudah tentulah ada banyak kotak lagi.
Setelah itu
setiap jemaah haji yang baru balik
akan diberi satu tong air zamzam percuma.
Semuanya kena ambil sendiri di kuanter khas...
Hai! Bergambar lagi...
Terima kasih kepada Juru foto Anis kerana mengambil gambar kami.
Ana berkenalan dengan Puan Fatimah
ketika
kami sama-sama berkursus selama 22 hari
di ANGKASA.
Kursus yang kami ambil ialah
Kursus Pendidikan Awal Kanak-kanak.
Sekian.
No comments:
Post a Comment