Showing posts with label Surat. Show all posts
Showing posts with label Surat. Show all posts

Sunday, November 7, 2010

Surat Daripada Cikgu...

Syahdunya
apabila membaca surat daripada Cikgu.
Bukan Cikgu sekolah
yang telah ana tinggalkan setelah 30 tahun yang lalu....
Dan bukan juga surat daripada Cikgu sekolah anak-anak ana.
Cikgu yang ana maksudkan ialah
bos besar
tempat ana kerja la....


Siapa lagi kalau bukan

Tuan Haji Abu Hassan Morad

yang lebih dikenali sebagai

Cikgu sahaja.

* * *

Sebelum cerita panjang lebar lagi
jom ana kenalkan serba sedikit latar belakang
orang yang ana panggil Cikgu ni.
Cikgu Abu Hassan Morad berasal
dari Felda Guar Napai, JItra, Kedah.
Seorang
guru
penulis
penerbitan
dan
Pengarah Urusan kepada syarikat:
* Galeri Ilmu Sdn Bhd
* Layar Consult Sdn. Bhd.
*Anugerah Media Nerwork

(Syarikat Bersekutu GISB)

* * *

Sejak 1998,
mula mengembara ke luar negara,
belajar dari pengalaman,
berkarya menghargai anugerah bermusafir yang diberi oleh
Allah SWT.



Perjuangan Islam Cikgu telah dapat dirasai

keberkatannya

apabila dijemput menjadi tetamu Allah lebih lima kali,

serasa Tuhan mempunyai agenda terhadapnya

iaitu mempergiatkan lagi usaha

penerbitan media Islam.

Bermula tahun 2008,

syarikatnya Layar Consult Sdn. Bhd.

telah diberi amanah

untuk menerbitkan

Siri Panduan Haji tajaan Lembaga Tabung Haji

dan kejayaannya paling besar ialah

menjayakan siaran langsung haji dari Mekah pada tahun 2009.

* * *

Pada tahun 2010 pula,

telah bekerjasama dengan Astro Oasis untuk

menerbitkan program Khabar Haji.

Program Khabar Haji ini

akan disiarkan keseluruh dunia

hasil kerjasama Astro Oasis dan Iqraa TV, Arab Saudi.

Bererti rancangan ini boleh ditonton Arab Saudi menerusi

saluran Iqraa TV

dan sebahagian Amerika Syarikat,

Eropah dan Asia

yang mendapat capaian satelit Iqraa TV.



Tahniah Cikgu,

semoga Cikgu dapat

mengukuhkan niat terhadap lapangan media Islam.

Ruh jihad Baginda SAW

dan para sahabat di Bumi Haramain

menjadi vitamin kepadanya berjuang di tanah air.

Amin.



Berbalik cerita pasal surat tadi...
Cikgu walau sesibuk manapun
ketika bermusafir keluar negara
tidak pernah lupa
untuk mengutuskan bingkisan untuk anak-anak buahnya,
lebih-lebih lagilah untuk keluarganya yang tersayang.
Jom layan
surat yang telah diemelkan oleh Cikgu...





Makkah
3 November 2010


Petang ni
airmata tidak dapat ditahan lagi
selepas tiga hari kembali bermusafir
ke kampong halaman
tempat asalnya Islam dan
bercambahnya keimanan manusia
di atas muka bumi ini.



Ia datang bersama curahan hujan membasahi bumi Makkah, mengulangi peristiwa yang sama pada tahun lalu.

Sungguh hiba hati ini, kerdil dalam pandangan Allah dan kekasihnya Rasulullah SAW.

Hatiku berkata tidak layak pun dirimu berada di sini dengan karat dosa yang melatari kehidupanmu.

Tidak apa yang boleh kubisikkan pada hati kecilku, hanya deru tangis yang bisa kulakukan.......



Ketika aku solat maghrib di surau, suara nyaring, merdu lagi syahdu imam muda Aran menyusuk ke dadaku sehingga aku tidak mampu bertahan lagi, sekali lagi aku menangis, malu kepada Allah.

Aku tidak ada apa-apa banding dengan imam-imam muda yang menemani kami.

Tiada sesiapa lagi yang terlintas di fikiranku kecuali insan istimewa

yang bernama Haji Izelan Basar,

pemuda serba sederhana

yang dua kali menemaniku menjadi teman sebilik ketika bermusafir ke tanah suci.



Di tangannya tercipta begitu banyak sejarah dan aku sentiasa akan mengingati kata-katanya kita bukan hendak menghimpun harta dan berdoa untuk terlepas dari dosa kubur sebaliknya yang nak kita pohon adalah pahala syahid yang terbang bagaikan kilat ke syurga Allah.

Setiap kali sujud kupanjang doa buatnya, Allah kurniakan hajatnya atas jasa besar memberi roh kepada program- program Islamik.



Selepas syarikat diberi kepercayaan menguruskan khabar haji pada tahun ini, aku menyusun kerja dan ketika nama imam muda disebut, banyak persoalan yang timbul di fikiranku.

Mereka diluar lingkungan nama-nama besar yang kami cadangkan kepada Haji Izelan.

Aku tahu apabila Azhar dan Aran dberi peluang ini, ada percaturan lain yang melatari keputusan ini.

Aku berniat dalam diri Ya Allah dengan membawa insan-insan mulia ini, kami berharap akan ada rahmat di sebalik semuanya itu.

Namun di sini aku nampak perubahan yang sedang berlaku.

Branding mereka menjadikan Khabar Haji jenama besar di sini.

Lunak suara mereka menjadi imam menjadikan suasana solat di surau cukup syahdu.

Terima kasih saudaraku Haji Izelan.



Mekah hujan berlarutan hingga ke malam.
Sebakku turut dibawa hingga ke malam mengingatkan rakan-rakan seperjuangan di pejabat.
Terima kasih selama ini bersama denganku mendayung dalam derap perjuangan yang cukup mencabar.......



Aku sudah bayangkan semua wajah kalian di depan Kaabah walaupun waktu kami terlalu suntuk untuk berlama-lama di depan Kaabah.

Aku sudah mendoakan kesejahteraan, kelapangan, kesihatan dan keselamatan anda semua di dunia dan di akhirat.

Allah mengurniakan sesuatu yang suatu ketika ia datang bagaikan mimpi-mimpi indah untuk berada di Tanah Suci, merenung bungkah hitam, Kaabah dan berbisik-bisik dengan Allah ditempat penuh baraqah ini.

Kita hanya bercita-cita namun kini Allah takdirkan kita di sini.



Sesungguhnya terasa malu diri ini untuk melaksanakan amanah yang besar ini. Kita memburu syurga Allah di sini.

Namun kalian perlu sedar bahawa di pejabat juga ada jambatan syurga yang telah dibina begitu lama. Jagalah ia dengan baik gadis yang bernama ANIS dan remaja yang sedang meningkat naik bernama ASUH.



Cabaran yang kami hadapi kini berbeza, masa terlalu suntuk buat kami. Mengejar masa dengan kerja-kerja edeting dan bahan semasa sungguh mencabar.

Aku memohon kepada kalian untuk mendoakan kami di sini terutama kesihatan, kelapangan, kelancaran idea dan keikhlasan kami dalam bertugas di sini.



Cikgu Abu Hassan

Makkah

3 Nov.2010