Monday, November 15, 2010

LANGIT AKAN TERBUKA LUAS HARI INI...

Ya, sempena hari wukuf diArafah hari ini
LANGIT AKAN TERBUKA LUAS
Kira-kira jam 6 petang ini sehingga seketika sebelum terbit fajar.
Sesiapa yang berdoa ketika itu Insya-Allah akan dimakbulkan segala doanya.
Jom kita...
Rebutlah peluang keemasan ini
Dengan merayu merintih dan berdoa kepada-Nya.
Doa pada hari Arafah
Daripada Musa bin Ubaidah, daripada Ali bin Abu Talib r.a. Rasulullah SAW bersabda:
“Doa yang paling banyak yang aku pohonkan pada hari Arafah adalah doa para Nabi iaitu:
“Tiada tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa, tidak sekutu untuk-Nya, kepunyaan-Nyalah segala kerajaan dan pujian dan Dia amat berkuasa atas segala-galanya. Wahai Allah, jadikanlah pada hatiku cahaya, pada telingaku cahaya, pada penglihatanku cahaya. Wahai Allah, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku. Wahai Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada was-was dada dan fitnah kubur dan urusan yang tidak teratur. Wahai Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan yang datang pada waktu malam dan kejahatan yang datang pada waktu siang dan daripada kejahatan yang dibawa oleh tiupan angin dan daripada kejahatan tahun.”

No comments: