Showing posts with label INFORMASI. Show all posts
Showing posts with label INFORMASI. Show all posts

Friday, July 24, 2015

BAHAYA TIDUR DALAM KERETA


BAHAYA TIDUR DALAM KERETA
Apa jadi pun, jangan la tidur dalam kereta masa kereta tgh idle/tak bergerak sebab ianya boleh membunuh. Dah banyak kes sebelum orang mati sebab tidur dalam kereta, tapi masih ramai yang buat jugak.
Macam baru-baru ni area rumah aku black out. Aku tengok ramai orang keluar rumah, start enjin, duduk dalam kereta sebab konon-kononnya panas takde kipas dalam rumah. Alahai, panas ape la sangat. Lain kali standby satu kipas jepun. Paling senang amik suratkhabar buat kipas.
Sama juga kat RnR highway especially waktu malam. Aku tengok ramai yang tido dalam kereta sambil engine dan aircond on.
Tidur dalam kereta bahaya kalau:
1. Engine on, aircond on, tingkap fully tutup.
2. Engine off, aircond off, tingkap fully tutup.
Bila engine on dan kereta idle dalam jangka masa yang panjang, kebocoran gas CO daripada ekzos boleh masuk ke dalam cabin penumpang. Ada dua cara CO membunuh, pertama ianya akan menyerap ke dalam darah bersama oksigen dan dipam ke seluruh badan dan merosakkan organ. Kedua CO akan bergabung dengan Oksigen membentuk CO2 (karbon dioksida). Maka oksigen yang tinggal akan berkurangan dan penambahan gas CO2 akan menyebabkan keracunan. Lebih teruk orang selalu tutup tingkap rapat bila on aircond dan sebab nak tidur.
Kalau engine off, tapi tingkap tutup rapat, akan sebabkan kekurangan oksigen.
Boleh kalau nak tidur dalam kereta tapi tingkap tu kene turunkan sikit. Agak cukup tangan dari luar tak boleh masuk. Aku pun selalu kalau nak tidur aku akan off aircond dan turunkan tingkap sikit. Jangan turun banyak sgt, nnti pencuri boleh bukak dan kalau nak tidur, parking kat tempat yang ramai orang.
Bila korang terperangkap dalam traffic jem, mesti korang akan rasa pening kan? Mungkin korang ingat sebab kereta yang kerap bergerak dan berhenti tapi sebab sebenarnya ialah keracunan CO. Masa traffic jem, penghasilan gas CO akan lebih banyak bila banyak kenderaan berkumpul bersama. Apa yang korang perlu buat bila rasa pening masa traffic je, ialah bukak tingap sekejap dalam 30 saat. Bagi oksigen masuk sikit dan keluarkan CO dari cabin.
Kesimpulannya, elakkan la tidur dalam kereta kalau bukan hal emergency. Safety first yosh!
Current mood: Dah start ngantuk.
Listen to: Cinta Setengah mati - Indah Dewi Pertiwa
After this: Tido. Spain dah menang dlam masa 90 minit.

Thursday, July 23, 2015

Cara Penggunaan Gear Automatik Dengan Betul

Ramai yang Selalu Tersilap!
Tukar gear auto dengan cara salah boleh menyebabkan gearbox
anda rosak dan kos gearbox kereta sangat mahal.
Harap selepas baca, dapat kongsikan kepada rakan-rakan anda.


JANGAN TUKAR GEAR "P" DI TRAFFIC LIGHT
Kekadang pernah perasan kereta depan masuk gear P bila
berhenti kat trafic light. Senang untuk teka, sebab lampu reverse
akan nyala sekejap.
Bayangkan kalau pemandu terkejut sebab lampu trafic light dah
hijau lama & kereta belakang dah hon2 je. Tertekan pedal minyak
dulu baru masuk gear. Jawabnya, gear anda boleh rosak atau
cepat rosak.
Kaedah yang betul semasa berhenti di traffic light:
1. tekan brek kaki
2. masuk gear N (tanpa tekan tombol pada gear. tolak ajer)
3. Tarik hand brek
4. lepas brek kaki
Bila nak jalan balik:
1. tekan brek
2. masuk gear D (tanpa tekan tombol pada gear. tarik ajer)
3. lepas hand brek.
4. lepas brek kaki
5. tekan minyak
PENGGUNAAN TOMBOL/BUTANG PADA GEAR
1. tekan tombol semasa menukar
P > R ,
R > P
R > N
N > R
D > L/D2
L/D2 > D
2. jangan sesekali tekan antara
N > D
D > N
D > D3
D3 > D
KENAPA?
Ini adalah untuk mengelakkan daripada anda terlajak tolak gear.
Jika terlajak, gearbox anda boleh rosak.
Contohnya. dari gear D, anda ingin tolak ke N. Sekiranya tak
tekan tombol gear, anda tak dapat tolak lebih kerana ia tersekat
di N. Tetapi jika anda tekan tombol, anda boleh menolak gear
terus ke R.
Contohnya, semasa ingin berhenti kereta, anda ingin menolak ke
gear N dari gear D. Oleh kerana anda menekan tombol gear,
kemungkinan tertolak ke gear R adalah tinggi. Jika kereta belum
berhenti sepenuhnya, gearbox boleh rosak. akibat pertukaran
mengejut dari D terus ke R secara tidak sengaja akibat tertekan
tombol gear.
p/s : Tombol gear ini hanya terdapat pada kereta auto yang
kekotak gearnya lurus (seperti dalam gambar). Kalau yang
lekok-lekok tu, takde tombol. Selamat
Berikut adalah susunan gear untuk gearbox auto:
P - parking, digunakan untuk anda memberhentikan kereta anda.
gear akan disekat.jadi kereta anda takkan bergerak walaupun
handbrake tak ditarik.
R - reverse, untuk mengundur kereta anda
N - neutral, jika dalam posisi menunggu traffic light atau traffic
jem, alihkan ke gear neutral. bukan parking! jika anda perasan,
gear D ke N tidak perlu menekan kekunci pada tombol gear.
D - drive, penukaran secara auto gear 1,2,3,4 dan seterusnya
butang overdrive - gear akan menyekat untuk masuk ke gear 4.
gear yang akan digunakan cuma 1,2 dan 3 shj
3 - setengah kenderaan tidak mempunyai overdrive tetapi
mempunyai susunan gear 3 untuk menurunkan gear dari 4 ke 3
2 - ini akan menyekat sistem gearbox anda ke gear 2 dan tidak
akan masuk ke gear seterusnya. tetapi akan jatuh ke gear 1 jika perlu
L - Low gear, gear pertama
#copy Rahsia Hawa 

Tuesday, July 14, 2015

Serba Serbi Tentang Telur


RAMAI mendakwa makan telur dalam jumlah yang banyak boleh menjejaskan kesihatan kerana tahap kolesterol yang tinggi. Namun adakah benar fakta tersebut?
Sebenarnya, mengamalkan memakan telur ayam adalah baik kerana banyak khasiatnya. Ia adalah makanan asli yang ideal dan diterima sebagai diet harian manusia di seluruh dunia.
Sejak turun-temurun lagi, telur ayam menjadi makanan menyihatkan dan ubat bagi pelbagai penyakit.
Cara penyediaannya juga mudah. Ia boleh dimasak dengan pelbagai cara sama ada separuh masak, tiga suku masak, rebus, goreng, sambal, kari dan sebagainya.
Telur ayam kampung boleh dijadikan penawar atau ubat tradisional bagi merawat pelbagai penyakit. Permintaannya sangat tinggi kerana ia mengandungi vitamin dan galian yang mencukupi hasil daripada pemakanan haiwan tersebut yang asli dan organik, iaitu bebas daripada bahan kimia.
Sebiji telur ayam mengandungi lebih kurang 10 peratus cangkerang, 30 peratus kuning telur dan 60 peratus albumen (mengikut berat).
Kandungan kimia telur ayam, telur itik dan telur puyuh tidak terlalu berbeza antara satu dengan lain, kecuali kandungan kolesterol telur itik adalah lebih tinggi sedikit iaitu lebih kurang 16.20 miligram bagi setiap gram kuning telur.
Bahagian putih telur mengandungi protein albumin yang juga merupakan vitamin larut lemak.
Apa yang agak unik adalah ia mengandungi sejenis lagi protein yang dipanggil avidin iaitu sejenis bahan antibiotik semula jadi yang amat berguna untuk melawan jangkitan mikro organisma yang dapat merosakkan telur tersebut.
Antibiotik ini wujud bersama-sama dengan biotin dan akan musnah apabila dimasak. Kadar lemak dan kalori dalam telur adalah rendah tetapi ia kaya dengan sumber protein dan vitamin A.
Bahagian kuning telur merupakan makanan yang mengandungi zat yang berbagai dan seimbang.
Selain kolesterol, ia mengandungi banyak zat-zat makanan yang penting, antaranya adalah 67 miligram sulfur atau lapan peratus daripada keperluan seharian. - SYAHRIL

== 0 ==

SERBA SERBI TENTANG TELUR























Monday, July 6, 2015

AMALAN 10 HARI TERAKHIR RAMADHAN - Ustaz Muhadir bin Haji Joll

بسم الله الرحمن الرحيم
AMALAN UMUM :
a) Sebolehnya beri’tikaf.
b) Mandi antara solat Maghrib dan Isya’.
c) Tidak bersama (jima’) dengan isteri.
d) Makan sedikit waktu iftar .
e) Solat fardhu berjemaah.
f) Solat Rawatib dan Nawafil.
g) Baca Al-Qur’an sebanyak-banyaknya.
h) Bersedekah.
i) Membuat segala amal kebaikan yang termampu termasuk pergi ke majlis ilmu dan muzakarah, menziarahi para alim ulama’ dan orang-orang soleh, khidmat kepada kedua orang tua atau guru/ masyaikh, bersifat ihsan/ belas kasihan kepada semua makhluk dan lain-lain.
j) Usahakan untuk mengkhatam pada setiap hari bermula 20 Ramadhan :
1- لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ (1000x)
2- أَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ (1000x)
3- اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ (1000x)
4- Surah Al-Ikhlas (100x, atau paling sedikit 25x)

AMALAN KHUSUS:
PAGI:
1- Solat sunat sebelum Subuh, solat fardhu Subuh berjemaah, wirid selepas solat .
2- Al-Wird al-Lathif dan Hizb an-Nawawi.
3- Sebelum naik matahari baca :
i- سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ (100x)
ii- لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ (100x)
iii- سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ (100x)
iv- سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ (100x)
v- لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيتُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (100x)
4- Solat sunat Isyraq dan sunat Dhuha.

TENGAHARI:
1- Solat Qabliyyah Zohor, solat fardhu Zohor berjemaah, solat Ba’diyyah Zohor.
2- Ratib al-Aththos.
3- أَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيمَ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِجَمِيعِ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، اَلأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَاْلأَمْوَاتِ (25x)

PETANG:
1- Solat Qabliyyah Asar, solat fardhu Asar berjemaah.
2- Hizb al-Bahr.
3- اَللهُ أَكْبَرُ (100x)

MAGHRIB:
1- Berzikir dan berdoa ketika hampir waktu berbuka puasa .
2- Berbuka puasa, solat fardhu Maghrib berjemaah, solat Ba’diyyah Maghrib.
3- Solat sunat Awwabin.
4- Ratib al-Haddad.

ISYA’:
1- Solat Qabliyyah Isya’, solat fardhu Isya’, solat Ba’diyyah Isya’.
2- Solat Tarawih dan Witir.
Amalan pada malam yang diharapkan Lailatul Qadar :
Bermula pada pukul 12 tengah malam:
1- Mandi, memakai pakaian yang bagus, berhias diri dan berwangi-wangian.
2- Berwudhu’, solat sunat Wudhu’.
3- Solat Hajat mohon agar dipertemukan dengan Lailatul Qadar.
4- Membaca Al-Qur’an.
5- أَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيمَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ (100x)
6- لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ (1000x)
7- لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، يُحْيِي وَيُمِيتُ، وَهُوَ حَيٌّ دَائِمٌ لاَ يَمُوتُ، بِيَدِهِ الْخَيْرُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (400x)
8- لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ الْحَلِيمُ الْحَكِيمُ، سُبْحَانَ رَبَّ السَّمَاوَاتِ السَّبْعِ وَرَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ (3x)
9- سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ (100x)
10- سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيمِ (200x)
11- اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ (1000x)
12- Ayat Al-Kursi. (3x)
13- Solat sunat Tahajjud, Taubah, Hajat, Tasbih, Witir.
14- Al-Wird al-Lathif.
15- Membaca doa khusus .
16- Solat Lailatul Qadar .
17- Paling kurang solat Isya’ berjemaah dan solat Subuh berjemaah .



LAMPIRAN:
(A):
Sebelum berdoa bacalah:
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ
Sebelum berselawat bacalah:
إِنَّ اللهَ وَمَلاَئِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Sebelum berzikir atau bertasbih, bacalah:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ اَمَنُوا اذْكُرُوا اللهَ ذِكْرًا كَثِيرًا. وَسَبِّحُوهُ بُكْرَةً وَأَصِيلاً
Tujuannya ialah supaya mengingatkan hati agar sentiasa tunduk dan patuh kepada suruhan Allah untuk berdoa, berselawat dan berzikir serta bertasbih kepadanya .

(B):
Usahakan untuk tidak meninggalkan 2 amalan ini selepas salam pada solat Subuh:
1) Membaca sebanyak 10 x dalam keadaan masih duduk Tahiyyat Akhir (sama ada masih duduk Tawarruk atau Iftirasy) dan tidak berkata-kata sehingga selesai bacaan:
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِيْ وَيُمِيتُ، وَهُوَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
“Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya segala kerajaan dan bagiNya segala pujian, Dialah yang menghidupkan dan mematikan, dan Dialah Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.”

Fadhilat: 
Hadith dari Abu Zar berkata: Sesungguhnya Rasulullah bersabda: “Barang siapa yang membaca selepas solat Subuh dalam keadaan kakinya masih seperti kedudukan duduk Tasyahhud Akhir, sebelum berkata-kata 10 kali, ditulis baginya 10 kebaikan, dihapuskan daripadanya 10 kejahatan (dosa), diangkatkan baginya 10 derjat (kedudukan), dan dia pada hari itu terjaga dari segala perkara yang dibenci, terbenteng dari syaitan, serta tidak ada suatu dosa yang dapat membinasakannya pada hari itu kecuali perbuatan syirik (menyekutukan) Allah.”

2) Membaca sebanyak 7 x sebelum berkata-kata sehingga selesai bacaan:
اَللَّهُمَّ أَجِرْنِي مِنَ النَّارِ
“Ya Allah, peliharalah aku dari api neraka”

Fadhilat: 
Hadith dari Al-Harith bin Muslim dari ayahnya berkata: Nabi bersabda: Apabila kamu selesai menunaikan solat Subuh, maka bacalah sebelum kamu berkata-kata: اَللَّهُمَّ أَجِرْنِي مِنَ النَّارِ 7 kali, maka sekiranya kamu meninggal dunia pada hari itu, Allah menulis bagimu perlindungan dari api neraka. Dan apabila kamu selesai menunaikan solat Maghrib, maka bacalah sebelum kamu berkata-kata: اَللَّهُمَّ أَجِرْنِي 

مِنَ النَّارِ 7 kali, maka sekiranya kamu meninggal dunia pada malam itu, Allah menulis bagimu perlindungan dari api neraka.”

Catatan:
Boleh juga menggunakan shighah (bentuk) jama’ (ramai) umpamanya:
اَللَّهُمَّ أَجِرْنَا مِنَ النَّارِ
“Ya Allah, peliharalah kami dari api neraka”

(C):
Zikir dan doa ketika hampir berbuka puasa:
1- أَشْهَدُ أَن لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ، أَسْتَغْفِرُ اللهَ نَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وَنَعُوذُ بِكَ مِنَ النَّارِ (3x)
2- اَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنَّا (3X)
3- يَا كَرِيمُ (1x)
4- Doa:
اََللَّهُمَّ سَلِّمْنَا لِرَمَضَانَ وَسَلِّمْ رَمَضَانَ لَنَا، وَسَلِّمْهُ لَنَا مُتَقَبَّلاً حَتَّى يَنقَضِيَ وَقَدْ غَفَرْتَ لَنَا وَرَحِمْتَنَا وَعَفَوْتَ عَنَّا، اَللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فِيهِ الْعَافِيَةَ الْحَالَةَ وَالرِّزْقَ الْحَسَنَ وَدِفَاعَ اْلأَسْقَامِ، وَالْعَوْنَ عَلىَ الصَّلاَةِ وَالصِّيَامِ وَالْقِيَامِ وَتِلاَوَةِ الْقُرْآنِ، اَللَّهُمَّ ارْزُقْنَا لَيْلَةَ الْقَدْرِ، وَأَعِنَّا عَلَى الصَّلاَةِ وَالْقِيَامِ وَتِلاَوَةِ الْقُرْآنِ وَالْعَمَلِ فِيهَا حَتَّى تَرْضَى عَنَّا.
“Ya Allah, selamatkanlah kami untuk Ramadhan dan selamatkanlah Ramadhan untuk kami. Dan selamatkanlah ia untuk kami sehingga ia pergi dalam keadaan Engkau telah mengampuni kami dan merahmati kami. Ya Allah, berikanlah kami di dalamnya keafiatan yang segera, rezeki yang baik, perlindungan daripada penyakit, serta pertolongan untuk melakukan solat, puasa, beribadah pada waktu malam dan membaca Al-Qur’an. Ya Allah, rezekikanlah kami Lailatul Qadar dan bantulah kami untuk bersolat, beribadah pada waktu malam, membaca Al-Quran dan beramal di dalamnya sehingga Engkau redha dengan kami.”
Boleh juga membaca doa dan zikir-zikir lain.

(D):
Walaupun tarikh berlakunya Lailatul Qadar menjadi rahsia Allah, para ulama dan Ahli Sufi telah membuat kaedah dengan harapan berjumpa dengan malam berkat tersebut, mengikut pengalaman masing-masing.

Kaedah:
Di dalam kitab Hasyiah Fath al-Wahhab disebutkan bahawa: Jika awal Ramadhan jatuh pada hari Ahad atau Rabu, Lailatul Qadar diharapkan akan terjadi pada malam ke 29, jika hari Isnin, malam ke 21, jika hari Selasa atau Jumaat, malam ke 27, jika hari Khamis, malam ke 25 dan jika hari Sabtu, malam ke 23. Kaedah ini juga disebut di dalam Al-Barmawi dan Al-Qalyubi (2/26).
Di dalam kitab Al-Jauhar al-Mauhub dan Al-Bujairami ‘ala al-Khathib (2/410), disebutkan bahawa ahli-ahli Sufi termasuklah Syaikh Abu Bakar al-Maghribi, Imam Al-Ghazali dan lain membuat dhobith (kaedah) iaitu jika awal Ramadhan jatuh pada hari Jumaat, Lailatul Qadar diharapkan akan terjadi pada malam 29, jika hari Sabtu, malam ke 21, jika hari Ahad, malam ke 27, jika hari Isnin, malam ke 29, jika hari Selasa, malam ke 25, jika hari Rabu, malam ke 27 dan jika hari Khamis, malam ke 21 .
Walau bagaimanapun, kebanyakan ulama’ mentarjihkan (menguatkan) pendapat yang mengatakan Lailatul Qadar terjadi pada malam 27 Ramadhan berdasarkan keterangan hadith daripada Ubay bin Ka’ab dan peristiwa-peristiwa yang berlaku pada malam 27 itu .

Tanda-tanda:
1- Malamnya tenang (tidak bunyi bising/ hiruk pikuk), tidak panas dan tidak sejuk.
2- Cahaya matahari pada paginya kelihatan putih cerah, tidak banyak sinarannya .
3- Anjing tidak menyalak .

(E):
Doa khusus dibaca pada malam Lailatul Qadar:
بسم الله الرحمن الرحيم
اَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنَّا، عَفْوُكَ يَا عَفُوُّ فِي الْمَحْيَا، وَفِي الْمَمَاتِ عَفْوَكَ، وَفِي الْقُبُورِ عَفْوَكَ، وَعِندَ النُّشُورِ عَفْوَكَ، وَعِندَ تَطَايُرِ الصُّحُفِ عَفْوَكَ، وَفِي الْقِيَامَةِ عَفْوَكَ، وَفِي مُنَاقَشَةِ الْحِسَابِ عَفْوَكَ، وَعِندَ الْمَمَرِّ عَلَى الصِّرَاطِ عَفْوَكَ، وَعِندَ الْمِيزَانِ عَفْوَكَ، وَفِي جَمِيعِ اْلأَحْوَالِ عَفْوَكَ، يَا عَفُوُّ عَفْوَكَ.
“Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Engkau menyukai keampunan, maka ampunilah aku. Aku memohon keampunanMu, wahai Yang Maha Pengampun, dalam kehidupan, dalam kematian, aku juga memohon keampunanMu, dalam kubur aku juga memohon keampunanMu, ketika dibangkitkan aku juga memohon keampunanMu, ketika diberikan lembaran amal, aku juga memohon keampunanMu, ketika sidang perhitungan amal, aku juga memohon keampunanMu, dalam semua keadaan, aku juga memohon keampunanMu, wahai Tuhan Yang Maha Pengampun, aku memohon keampunanMu.”
Baca juga doa-doa lain. Boleh juga bermohon dalam Bahasa Melayu kepada yang ada hajat jika tidak boleh berbahasa Arab .

(F):
Solat pada malam berlakunya Lailatul Qadar
Lafaz niat:
أَصَلِّي سَنَّةَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ لِلَّهِ تَعَالَى
“Sahaja aku sembahyang sunat Lailatul Qadar empat rakaat kerana Allah Ta’ala.”
Pada setiap rakaat, selepas membaca Al-Fatihah, hendaklah membaca Surah At-Takathur sekali dan Surah Al-Ikhlas tiga kali.
Solat pada malam 27 Ramadhan .
Ia dikerjakan sebanyak 12 rakaat. Pada pendapat Al-Faqir, boleh juga dikerjakan dengan dua rakaat dan salam, kemudian meneruskannya sehingga ke dua belas rakaat. Pada rakaat pertama, setelah membaca Surah Al-Fatihah, dibaca Surah Al-Qadar 1x dan Surah Al-Ikhlas 15x untuk setiap 2 rakaat.

Rujukan:
Bahasa Arab:
Ihya’ Ulum ad-Din, Imam Al-Ghazali, tahqiq Abu Hafhs Sayyid bin Ibrahim, Al-Qaherah: Dar al-Hadith, 1419H/1998M.
Khulashoh Syawariq al-Anwar min Ad’iyah as-Sadah al-Akhyar, Syaikh Masyaikhuna, Al-Arif billah al-Muhaddith, as-Sayyid Muhammad bin ‘Alawi al-Maliki al-Hasani, Al-Qahirah: Dar Wahdan, t.t.
Latho’if al-Ma’arif fima li Mawasim al-‘Am min al-Wazha’if, Imam Ibn Rajab al-Hanbali, ta’liq wa muraja’ah Muhammad al-Iskandarani, Bairut: Dar al-Kitab al-‘Arabi, Cetakan Kedua, 1416H/1996M.
Mafatih al-Qurb, Al-Arif billah al-Muhaddith, Syaikh Muhammad Zaki bin Ibrahim, Cetakan Kelapan, 1420H/1999M.

Kitab Jawi:
Bughyah ath-Thullab li Murid Ma’rifah al-Ahkam bi ash-Showab, Syaikh Daud bin Abdullah al-Faththoni, Dar al-Fikr, t.t.
Jam’ al-Fawa’id wa Jawahir al-Qala’id, Syaikh Daud bin Abdullah al-Faththoni, Maktabah wa Mathba’ah Muhammad an-Nahdi wa Auladuh, t.t.
Al-Jauhar al-Mauhub wa Munabbihat al-Qulub, Syaikh Ali bin Abdur Rahman al-Kalantani, Maktabah wa Mathba’ah Muhammad an-Nahdi wa Awladuh, t.t.
Sair as-Salikin fi Thoriqah as-Sadat ash-Shufiyyah, Syaikh Abdus Shomad al-Falimbani, Pulau Pinang: Percetakan Al-Ma’arif, t.t.

Bahasa Melayu:
Amalan Pelbagai Shalat Sunat: Amalan Bulan Ramadhan & Syawal (Bahagian Keempat), Syaikhuna, Syaikh Haji Wan Mohd. Shaghir Abdullah, Kuala Lumpur: Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara & Khazanah Fathaniyah, 1425H/2004M.
Fazilat Bulan Rejab, Sya’ban dan Ramadzan, Budiman Radzi, Kedah: Alor Setar, 1408H/ 1988M, ms 34-39.

Perukunan Sembahyang Melayu, Haji Abdur Rasyid Banjar, Pulau Pinang: Percetakan al-Ma’arif, t.t.
Rangkaian Doa Ramadhan: Amalan Meraih Rahmat dan Ampunan, Bonus Majalah al-Kisah, Edisi 18/2008, 16-17, 19-20.
Tazkirah Ramadhan, Syaikhuna, Syaikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al-Maliki, Negeri Sembilan: Abnak Production, Cetakan Kedua, 1423H/2002M.
* diizinkan untuk disebarkan dengan niat memanjangkan amalan dan menta’mimkan manfaat dengan menyebut sumber rujukan demi keberkatan ilmu. Bacalah dahulu Surah Al-Fatihah 1x untuk Rasulullah dan ahli baitih, para sahabat, tabi’in dan tabi’in yang mengikuti jejak langkah mereka sehingga hari kiamat, juga kepada seluruh Auliya’illah, para ulama’, fuqaha’ dan muhaddithin, khususnya kepada masyaikh yang mengajar ilmu dan amalan kepada kita…..
AL-FATIHAH.

Disusun oleh:
Al-Faqir al-Jani ila Rabbihi al-Qodir al-Ghani
Muhadir bin Haji Joll.

Friday, July 3, 2015

Doa Dimurahkan Rezeki


Sesiapa yang berhajat untuk dimurahkan rezeki 
cubalah amalkan ayat dibawah. 
Doa ini telah diajarkan oleh  Tuan Guru Dato Dr Ismail Kamus. 
Semuga manfaat kepada kita semua.

Doa pertama: 

Baca setiap pagi

ALLAHUMMA AKFINI BIHALALIKA 'AN HAROMIKA WABIFADLIKA 'AMMAN SIWAK
Maksudnya: YaAllah cukupkanlah aku dgn rezeki yg halal bukan yg haram dan berilah aku kekayaan harta benda dgn keutamaanmu supaya aku tidak mengharap dan meminta pertolongan selain dpd Engkau



Doa kedua: 

Baca 7x lepas solat fardhu
Baca 70x pada hari jumaat
YA GHANI YA MUGHNI YA FATTAH YA ROZZAQ
Maksudnya: Yang Maha kaya , yg Maha Mencukupkan, Yg membukakan pintu rahmat Yg Maha pemberi rezeki



Dan Baca "BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM" 301 x  selepas terbit matahari atau waktu syuruk



Doa ketiga: 
baca sebelum mula berjiaga atau sebelum keluar berniaga  313 x
WAJA'ALTULAHU MAALAM MAMDUUDA
Maksudnya: Dan aku berikan baginya kekayaan yg melimpah ruah 


Selamat beramal.

Wednesday, July 1, 2015

Pujuklah Jika Menangis


Alolooloo...
Kenapa nangis...
Siapa buat dia....
Jangan nangis lagi ya...
Nanti Wan babap Pak Su sebab suka usik dia ya.

- 0 -

1— Jika melihat anakmu menangis, jangan buang waktu untuk mendiamkannya. Cuba tunjuk burung atau awan di atas langit agar dia melihatnya, dia akan terdiam. Kerana psikologi manusia saat menangis, adalah menunduk.
2— Jika ingin anak-anakmu berhenti bermain, jangan berkata: "Dah, sudah main, stop sekarang!". Tapi katakan kepada mereka: "Main 5 minit lagi yaaa". Kemudian ingatkankembali:"Dua minit lagi yaaa". Kemudian barulah katakan:"Dah, waktu main sudah habis". Mereka akan berhenti bermain.
3— Jika anak-anak sedang bertelingkah atau menyebabkan keadaan riuh di sesuatu tempat, dan engkau ingin mengalih perhatian mereka, maka katakanlah: "siapa yang mau mendengar cerita ibu? angkat tangan..". Salah seorang akan mengangkat tangan, kemudian disusul dengan anak-anak yang lain, dan semuanya akan diam.
4— Katakan kepada anak-anak sewaktu mahu tidur:"tidur sayang.. besok pagi kan kita sholat subuh", maka perhatian mereka akan selalu ke akhirat. Jangan berkata: "Jom tidur, besok kan sekolah", akhirnya mereka tidak sholat subuh kerana perhatiannya adalah dunia.
5— Nikmati masa kecil anak-anakmu, kerana waktu akan berlalu sangat cepat. Kenakalan dan kekanak-kanakanmereka tidak akan lama, ia akan menjadi kenangan. Bermainlah bersama mereka, tertawalah bersama mereka, berguraulah bersama mereka.
6— Tinggalkan HP seketika, dan matikan juga TV. Jika ada teman yang menelefon urusan tak penting, katakan:"Maaf, saya sedang sibuk dengan anak-anak". Semua ini tidak menyebabkan jatuhnya wibawamu, atau hilangnya keperibadianmu.Orang yang bijaksana tahu bagaimana caramenyeimbangkan segala sesuatu dan menguasai pendidikan anak.
Selain itu, jangan lupa berdoa dan bermohon kepada Allah. Dengarkan doa kita didepan anak-anak supaya mereka tahu betapa pentingnya mereka pada kita.
#copypaste fb Ryhan Musa

Tuesday, May 19, 2015

Jadualkan Diri Kearah Lebih Baik

“Didunia bukan tempat untuk berehat, tetapi tempat untuk beribadat."
Alhamdulillah terima kasih Ustaz Ismail Kamus yang telah memberi panduan dan jadual  kehidupan seharian untuk yang ingin meningkatkan dirinya.
Jom kita kearah yang lebih baik setiap hari. Semoga niat kita yang murni ini dinilai oleh Allah. Insya-Allah.
1. Bangun malam ( sekitar jam 3 pg)-mandi dan ambil wuduk
2. Solat sunat wuduk.
3. Solat sunat taubat.
4. Solat sunat tahajjud (8 rakaat).
5. Solat sunat hajat ( minta Allah makbulkan permintaan kita, bila2 masa kita minta).
6. Solat sunat witir 3 rakaat.
7. Istighfr 100x
8. Tahlil 300x
9. لاَإِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَا نَكَ إِنِّيْ كُنتُ مِنَ الظَّا لِمِيْنَ. Kali 40
10. Tasbih 40x
11. Solat sunat fajar.
12. Solat subuh.
13. Baca yaassin lepas subuh.
14. Solat sunat dhuha 6 rakaat.
15. Solat Zohor.-solat sunat sebelum-solat sunat selepas
16.Solat Asar-solat sunat sebelum
17. Solat maghrib-solat sunat selepas
18. Solat Isya'-solat sunat sebelum-solat sunat selepas
19. Sebelum tidur baca :- al-quran- surah Al-mulk- surah sajjadah- surah al-waqiah
20.Setiap hari mesti sedekah, walaupun sedikit.

Ya Allah Ya Tuhanku...kurniakanlah juga kepada hambamu ini kenikmatan beribadat sebagaimana Engkau kurniakan kepada orang-orang  yang Engkau cintai. Amin

Friday, May 15, 2015

Jom Belajar Al Quran

Assalamualaikum,

Anda masih tercari-cari langkah pertama yang betul dan tepat untuk belajar al Quran kerana menghadapi masalah berikut?

Tidak tahu membaca al Quran
Tidak tahu menulis al Quran
Tidak mahir membaca al Quran

Nak belajar al Quran tapi tak tahu cara yang betul kerana tiada masa. 
Nak ajar anak-anak pun belum ingat lagi hukum tajwid.

Jika anda menghadapi masalah sebegini boleh cuba
kaedah Pakej Lengkap Belajar Al Quran PLBQ keluaran Salam Cipta (M) Sdn Bhd.
Mudah-mudahan dapat membantu.
Kaedah ini telah dicuba kepada warga
Amerika, China dan Filipina
yang tidak tahu langsung membaca Al Quran.
Alhamdulillah,
kesannya mereka sangat gembira,
boleh dekatkan diri dengan Islam,
ajar anak-anak dan tambah pahala.

Untuk mengetahui langkah pertama mendekati al Quran dan
nak tahu apa itu kaedah Pakej Lengkap Belajar Al Quran PLBQ
klik link di bawah

Pakej Lengkap Belajar Al-Quran PLBQ

Keistimewaan PLBQ:

1. Fungsi kawalan kelajuan bacaan Qari
Anda boleh memperlahan bacaan Qari supaya anda dapat mengikuti bacaan dan sebutan dengan betul.

2. Bacaan Qari akan terhenti pada wakaf yang sepatutnya.
Anda tidak perlu lagi risau di mana perlu berhenti.

3. Fungsi terjemahan audio dalam Bahasa Melayu.
Bahasa Inggeris pun ada. Hanya tekan sahaja pada ayat yang anda ingin dengar terjemahan.

4. Tidak perlu beli bateri. Bateri pen ini sudah terbina dalam dan boleh charge macam handpone anda.

5. Mudah untuk dikendalikan samada orang dewasa mahupun kanak-kanak.

6. Anda juga boleh mempelajari hukum tajwid dengan mengunakan Buku Tajwid yang disediakan secara PERCUMA untuk memantapkan lagi bacaan al Quran anda.

Untuk mengetahui langkah pertama mendekati al Quran dan
nak tahu apa itu kaedah Pakej Lengkap Belajar Al Quran PLBQ
klik link di bawah


Monday, September 23, 2013

Misteri Bahtera Nabi Nuh



HONG KONG - Sekumpulan penjelajah China dan Turki kelmarin mendakwa mereka mungkin telah menemui bahtera Nabi Nuh pada ketinggian 4,000 meter di sebuah lereng curam di Gunung Ararat, timur
Turki.
Jurucakap pasukan berkenaan memberitahu, beberapa binaan kayu yang mereka temui di lokasi itu didapati berusia 4,800 tahun berdasarkan ujian penentuan tarikh karbon iaitu sama usianya dengan zaman banjir besar pada era Nabi Nuh.
"Penemuan ini bukan mengesahkan 100 peratus bahawa ia bahtera Nabi Nuh tetapi kami yakin ia 99.9 peratus adalah bahtera itu," kata seorang anggota pasukan penjelajah, Yeung Wing-cheung. Menurutnya, binaan kayu itu dibahagikan kepada beberapa petak, sebahagiannya memiliki rasuk kayu yang dipercayai digunakan untuk menempatkan sejumlah haiwan dalam bahtera itu.

Kosmo 2288 Mei 2010


Misteri Bahtera Nabi Nuh


KAPAL mewah Titanic pernah diuar-uarkan sebagai kapal terhebat dalam sejarah yang tidak akan tenggelam.

Malangnya, kapal milik syarikat perkapalan Ireland itu karam akibat terlanggar bongkah ais di Lautan Pasifik pada 14 April 1912, iaitu kira-kira sebulan selepas dilancarkan.

Kapal gergasi setinggi 18 meter (m) dari paras air ke geladak itu mempunyai ukuran panjang 269m dan lebar 28m. Beratnya ialah 4.6 juta kilogram (kg).

Hakikatnya, Titanic bukanlah kapal tercanggih pertama yang pernah dibina manusia. Beribu-ribu tahun sebelum itu, pengangkutan air terbesar pertama di dunia telah dicipta oleh Nabi Nuh.

Mengikut sejarah, Nabi Nuh dikatakan hidup selama 950 tahun. Baginda mempunyai isteri bernama Waliyah serta empat anak lelaki iaitu Sam, Ham, Yafith dan Yam.

Nabi Nuh diutus Allah SWT untuk menyeru umat manusia kepada mentauhidkan Allah dan meninggalkan perkara-perkara mungkar.

Malangnya, umat manusia ketika itu membantah seruan Nabi Nuh dan mencabar kekuasaan Allah. Kisah Nabi Nuh ini ada diceritakan dalam surah Hud ayat 25 hingga 31.

Lantaran mereka terus berdegil, Allah menurunkan malapetaka berupa banjir besar.

Sebelum bala itu diturunkan, Allah mewahyukan kepada Nabi Nuh supaya memberitahu umatnya agar menyediakan sampan tetapi ia disambut dengan cemuhan dan ejekan termasuk oleh isterinya, Waliyah.

Baginda kemudian membina kapal bersama-sama pengikutnya. Setelah siap, mereka bersama segala jenis haiwan secara berpasang-pasangan masuk ke dalam bahtera tersebut.

Kapal pertama

REPLIKA kapal Nabi Nuh yang dicipta oleh seorang usahawan Belanda, Johan Huibers di Tibet.

Tidak lama selepas itu, ditakdirkan hujan turun mencurah-curah sehingga menenggelamkan bumi.

Kehebatan kapal yang dibina oleh Nabi Nuh itu bukan calang-calang. Ia mempunyai tiga tingkat dengan bahagian bawah dimuatkan segala spesies haiwan.

Di tingkat dua ditempatkan manusia sementara tingkat paling atas diletakkan pelbagai jenis burung.

Ia turut dinaiki 80 pasangan pengikut Nabi Nuh yang menjadikan jumlah keseluruhan manusia yang menaiki kapal itu 160 orang.

Saiznya sebesar sebuah padang bola sepak. Bumbungnya seluas 20 padang bola keranjang dan keluasan dalamannya cukup untuk memuatkan 170 gerabak kereta api.





Ia memerlukan sebanyak 9,000 hingga 13,000 batang balak untuk membinanya yang dianggarkan seberat 4.1 juta kg.


Mengikut seorang pakar teologi Amerika Syarikat (AS), Dr. John Whitcomb dipercayai kira-kira 3,700 haiwan mamalia, 8,600 jenis itik dan burung, 6,300 jenis reptilia dan 2,500 jenis amfibia menaiki kapal Nabi Nuh itu.

Kerja - kerja ukuran dibuat

Katanya, berat kesemua haiwan itu mungkin mencecah 24 juta kg.

Sekiranya Titanic yang tenggelam ditemui di dasar laut sekitar 600 kilometer (km) ke selatan Newfoundland, Kanada, lokasi sebenar kapal Nabi Nuh berlabuh masih menjadi misteri.

Seorang juruterbang tentera Turki pada tahun 1959 telah merakamkan gambar berbentuk bahtera 24km dari Gunung Ararat, Turki.

Gunung Ararat di Turki di  rakam dari angkasa.

Gunung Ararat di Turki sentiasa diselimuti salji.

Gambar berbentuk bahtera 24km dari udara di Gunung Ararat, Turki..

Gambaran artis bentuk sebenar  rangka bahtera tersebut.


Gambar itu disiarkan oleh majalah Life pada tahun 1960.

Tiga puluh tahun kemudian, seorang ahli teologi AS, Edward Crawford menemui struktur berbentuk bahtera yang tertanam dalam ais pada ketinggian 4,200m di Gunung Ararat, yang diyakininya sebagai bahtera Nabi Nuh.

Sementara itu, sekumpulan penjelajah diketuai ahli arkeologi AS, Bob Cornuke, menemui lapisan kayu yang mengeras seperti batu pada ketinggian 3,900m di Gunung Suleiman, Iran pada tahun 2006.

Terbaharu, pada April 2010 sekumpulan penjelajah China dan Turki mendakwa mereka mungkin telah menemui bahtera itu di sebuah lereng curam di Gunung Ararat.

Lokasi

Jurucakap pasukan berkenaan, Yeung Wing-cheung memberitahu, beberapa binaan kayu yang mereka temui di lokasi itu didapati berusia 4,800 tahun berdasarkan ujian penentuan tarikh karbon iaitu sama usianya dengan zaman banjir besar pada era Nabi Nuh.



GAMBAR yang disiarkan agensi berita AFP pada Selasa lalu 
menunjukkan seorang anggota ekspedisi melihat dinding kayu 
yang dipercayai kandang haiwan di dalam bahtera 
Nabi Nuh di Gunung Ararat, Turki.



PEGAWAI Turki, Murat Guven  
menunjukkan spesimen kayu berusia 4,800 tahun  
yang didakwa tinggalan bahtera Nabi Nuh.



Keputusan hasil ujian makmal kayu itu tidak diketahui sehingga hari ini.

Beberapa pakar Barat pula mengatakan, kapal itu dibina di Shuruppak, sebuah bandar yang terletak di selatan Iraq, manakala pakar sejarah Tunisia menemui sebuah sauh di Khairouan, Tunisia beberapa tahun lalu yang dipercayai digunakan kapal Nabi Nuh.

Sauh yang dipercayai digunakan pada kapal Nabi Nuh.

Negara yang sedang mengalami pergolakan politik, Syria mengatakan ia memiliki sebuah 'batu nisan' Nabi Nuh di Gunung Lebanon yang berukuran 36 meter panjang.

Pendapat lain mengatakan lokasinya ialah di Armenia dan Yemen.

Menurut seorang penulis terkenal Mesir, Muhammad Isa Dawud dalam bukunya Siapakah Penghuni Bumi Sebelum Manusia, bahtera Nabi Nuh tiada di Gunung Ararat.

Katanya, Ararat ialah salah sebuah gunung di banjaran yang memanjang di tiga buah negara iaitu Armenia, Turki dan Iraq. Sementara Bukit Judie (atau Gunung Judie) merupakan salah satu gunung di banjaran tersebut.

"Hal itu hanya 'permainan' pihak Barat supaya pengkaji Islam tidak ke lokasi lain yang mungkin menjadi lokasi sebenar kapal bersejarah itu terdampar.

"Pihak Barat mengkaji semata-mata berdasarkan kitab Taurat," katanya.

Bukit Judie terletak dekat Sungai Mausul, Iraq yang jaraknya hanya 200 meter dari Gunung Ararat.

Menurut seorang pendakwah bebas, Datuk Mohd. Daud Che Ngah, al-Quran telah menjelaskan lokasi kapal Nabi Nuh dibina dan berlabuh iaitu di Bukit Judie.

"Malah, lokasinya tidak jauh dari Gunung Ararat. Jadi perlu ada penyelidikan yang lebih mendalam bagi mengenal pasti lokasi sebenarnya.

"Negara Turki, Iraq dan Armenia terletak berdekatan jadi lokasi kapal itu mungkin di sekitar ketiga-tiga negara itu," katanya.

Cerita Mohd. Daud yang sering melawat Turki, rakyat negara itu dengan bangga mengatakan kapal Nabi Nuh berlabuh di Turki.

"Tetapi kawasan tersebut iaitu Gunung Ararat dan Bukit Judie merupakan kawasan yang dilarang masuk.

"Mungkin ada rahsia besar yang sedang diterokai," ujarnya.
 


Sumber dari blog Azim Azim