Showing posts with label ANA lah Asy-Syam. Show all posts
Showing posts with label ANA lah Asy-Syam. Show all posts

Thursday, July 30, 2015

Belajar Melukis

Ketika di sekolah rendah dan menengah
ana memang suka melukis.
Sudah tentulah Pendidikan Seni
merupakan matapelajaran yang sangat ana suka.
Jika ada terjumpalah 
gambar-gambar orang, kartun, bunga dan apa-apa sahaja yang cantik dan menarik
pasti akan ana ambil dan simpan
 bila masa lapang, ana akan lukis semua gambar tersebut.
Lukis sekadar suka-suka je.

Apabila sudah ada anak ana menjadi rujukkan mereka
apabila subjek Pendidikan Seni
Lebih-lebih lagi jika peperiksaan subjek tersebut.
Kebiasaannya malam sebelum peperiksaan
mereka akan tanya ana
nak buat yang mana sebab soalan biasanya sudah dapat sebelum periksa.
Jadi kami sama-samalah melukis malam tu.

Alhamdulillah...
walaupun tidak berapa pandai dengan kehendak soalan sekarang
bolehlah cuba-cuba sekadar yang termampu.
Walaupun idea dan tangan sudah lama mengeras.

Lukisan di bawah ni ana nak simpan dulu 
manalah tahu
 esok-esok nak ajar cucu pula.
Mudah nak cari bahan rujukan di sini saja.

( ^ ___^ )





Yang ini melukis menggunkan nombor.











Sumber Siakap Keli 


Wednesday, July 15, 2015

Ziarah Ramadhan 2 - Siri 4 (Aktiviti di Gunung Jerai)

Ziarah Ramadan 2 ini adalah sambungan 

 Lagi yang berkaitan 

Gunung Jerai mempunyai ketinggian 986m dari aras laut, kami dapat melihat pemandangan sawah padi yang terbentang luas dengan Pantai Merdeka yang tenang di sebelahnya. Kami juga berkesempatan melawat tempat-tempat menarik di sekitar Gunung Jerai seperti Telaga Tok Sheikh yang mempunyai sejarah tersendiri dan tempat penternakan cendawan shitake, satu-satunya di Malaysia.