Sunday, September 13, 2009

Petua Untuk Membersihkan Diri Dan Harta

Sudahkah anda mengeluarkan zakat fitrah?
* Tahukah anda bahawa jika anda bersedekah dalam bulan Ramadan dapat menampal segala kebocoran-kebocoran dan kekurangan-kekurangan yang berlaku pada ibadah puasa itu.

* Mengeluarkan zakat fitrah pula kan menyucikan orang-orang yang berpuasa dari perbuatan sia-sia dan pekerjaan keji yang telah mereka lakukan dalam sebulan berpuasa itu. Oleh itu, zakat fitrah dianggap sebagai pembersih diri.

* Kelebihan mengeluarkan zakat fitrah ada tersebut dalam Hadis yang pernah disabdakan:
"Barangsiapa yang memberi zakat fitrah, dia akan mendapat sepuluh perkara:
Badannya bersih dari dosa-dosa.
Dibebaskan dari api neraka.
Puasanya diterima.
Pasti memperoleh Syurga.
Keluar dari kubur dalam keadaan aman.
Semua kebaikan yang dia lakukan pada akhir tahun itu diterima.
Dia pasti mendapat syafaatku pada Hari Kiamat.
Dia akan melintas di atas Sirat bagaikan kilat yang menyambar.
Mizannya akan berat dan penuh dengan kebaikan.
Allah Taala akan menghapuskan namanya dari daftar orang-orang celaka."

Rasulullah bersabda maksudnya : "Barangsiapa menunaikan sebelum sembahyang ‘Id maka itulah zakat yang diterima. Dan barangsiapa menunaikannya sesudah sembahyang, maka itu suatu sedekah biasa"

*Adakah anda tidak pasti samada anda layak atau tidak untuk membayar zakat?
Untuk mengetahuinya layarilah portal LZS: http://www.e-zakat.com.my/taksir/
Pada 10 September lalu, saya telah menghadiri Majlis Bayaran Zakat Perniagaan & Pelancaran Kempen Taksir Zakat Anda yang telah diadakan di Concorde Hotel Shah Alam. LZS telah menerima RM1.8 juta pembayaran zakat perniagaan daripada 20 buah syarikat dan 10 individu. Sejumlah RM104,583.20 pula telah diagihkan oleh LZS kepada dua surau dan tiga individu yang layak menerimanya.

Alhamdulillah dalam majlis ini saya bertemu dengan kenalan lama bernama Fatimah binti Ariffin

Semuanya Berlaku Di Bulan Ramadan

* Enam tahun yang lalu suaminya telah meninggal dunia sehari sebelum menjelang bulan Syawal.

* Pada tahun lalu, ketika... berniaga air tebu satu kemalangan telah menimpa dirinya apabila jarinya telah termasuk ke dalam mesin tebu tersebut.

* Pada 12.9.2009 bersamaan 22 Ramadan jam 6.45 petang, beliau telah pergi buat selamanya menyahut panggilan Ilahi setelah menderita penyakit kanser.

Inilah dia Allahyarhamah SAMSIAH BINTI HASIM dan dikenali juga dengan panggilan Zie yang telah meninggal dunia setelah 41 tahun menjadi khalifah Allah di muka bumi ini.

Allahyarhamah telah meninggalkan tiga orang anak yatim piatu yang masih kecil dan dahagakan belaian kasih sayang daripda insan yang bergelar ayah dan ibu.

Semoga beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin. AL FATIHAH.

Kenangan Di Bulan Ramadan Dan Syawal Tahun Lalu

Ketika saya menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-anak Yatim anjuran PERDASAMA di Masjid Wilayah Perseketuan baru-baru ini, memang sudah terfikir bagaimana pula nasib anak-anak yatim yang dijaga oleh ibu mereka dirumah? Adakah mereka juga telah mendapat sumbangan seperti mana anak-anak yatim yang berada di pusat tertentu? Teringat saya seorang sahabat bernama Aida Julia... ketika dia masih berkhidmat di GISB, dialah yang mencadangkan agar Badan Sokongan Kebajikan GISB (SAKTI) mengajurkan majlis untuk meraikan anak-anak yatim yang duduk bersama ibunya di rumah di Hotel Singgahsana, PJ pada tahun lalu.
Aida Julia sedang melayan sebahagian anak yatim yang hadir.

Anak-anak yatim beramah mesra dan dihiburkan dengan alunan nasyid Rabbani.

Turut hadir ialah anak Allahyarhamah Samsiah yang bongsu... Terima kasih buat Puan Rokian dan Puan Rosiah yang banyak membantu saya dalam menguruskan anak-anak yatim SU ke hotel.

Puan Azura (bertudung hijau) isteri kepada arwah Azahari dari Kumpulan Nasyid Raihan turut diraikan.

Menjelang Hari Raya Aidil Fitri pula sekali lagi anak-anak yatim ini telah dijemput ke Astana Karya. Bertempat di Seksyen 8, Kota Damansara, PJ untuk menyambut hari raya anjuran bersama Galeri Ilmu Sdn. Bhd., Layar Consult Sdn. Bhd. dan Anugerah Media Sdn. Bhd. dengan MUNSYID (Majlis Usahawan Nasyid Malaysia).

Allahyarhamah Samsiah turut hadir ketika itu bersama tiga orang anaknya.



Tidak ketinggalan turut hadir ialah Mak Jang saya dan anak-anaknya yang baru sahaja kehilangan suami sebelum menjelang Ramadan tahun lalu.

Thursday, September 3, 2009

Di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur

Masjid Wilayah Persekutuan teletak berhampiran dengan Kompleks Kerajaan, Jalan Duta dan kini merupakan satu lagi mercu tanda di ibu negara. Masjid ini mula dibina pada 1997 dan siap digunakan pada 25 Oktober 2000. Rekabentuk bangunan masjid berkonsepkan 'masjid dalam taman' dan juga menggunakan konsep tradisi masjid-masjid Othmaniah di Turki.

Rekabentuk senibina dan hiasan dalamannya pula adalah merupakan kombinasi rekabentuk tradisi Melayu Malaysia dan Timur Tengah. Masjid ini boleh menampung seramai 17,000 orang jemaah pada satu-satu masa. Keluasan keseluruhan bangunan adalah kira-kira 47,000 meter persegi. Di lengkapi dengan pelbagai kemudahan, masjid ini merupakan masjid yang termoden di Malaysia pada masa ini.

Alhamdulillah akhirnya saya berpeluang juga turut serta berjemaah solat tarawih di Masjid Wilayah ini.Kesempatan ini diambil ketika menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-anak Yatim di Dewan Muslimin Masjid Wilayah ini. Program ini telah dianjurkan oleh Persatuan Pedagang Dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Yang telah menarik perhatian saya ketika di dalam masjid ini ialah seorang ibu sedang solat sambil mendukong anaknya.

Sebelum bermula majlis berbuka, peserta yang hadir telah dihiburkan dengan persembahan anak-anak yatim dari Pondok Penyayang Al-Raudah dan Rumah Amal Limpahan Kasih.

Mohd Nor bersama sahabat lamanya Abd Rahman Ramani Abdullah, Pengerusi Baitul Ummah.

Seramai 300 anak yatim daripada enam rumah anak yatim yang telah diraikan. Masing-masing tenang menanti waktu berbuka.

Antara dermawan yang menyumbang kepada anak-anak yatim.

Khusyuk membaca majalah Asuh yang baru diterima.