Monday, January 17, 2011

Abah dan Raja Herba

6 Dis 2010:
Balik Jengka Pahang, ziarah keluarga sebelah suami.
Alhamdulillah... sekarang
ayah mertua ana sudah menjadi usahawan herba rupanya.
Bermulanya perniagaan
setelah mak mertua ana
telah mengamalkan permakanan kesihatan
Minuman Raja Herba
secara istiqomah
selama tiga bulan.
Bermakna sudah
tiga botol Raja Herba
telah mak habiskan.
Ketika membuat pemeriksaan doktor...
doktor terkejut kerana penyakit darah tinggi mak sudah ok.
"Makcik ada makan ubat lain ke?"
"Ada, Raja Harba", jawab mak.
"Oleh kerana
darah tinggi makcik sudah tidak ada,
jadi makcik tak perlu makan ubat hospital lagi.
Makcik boleh terus amalkan makan Raja Harba tu",
kata doktor itu lagi.
Ayah mertuaku... Tuan Haji Razali Bin Tamam

Khabar baik ini telah diceritakan kepada jiran-jirannya.
Ramailah mahu mencuba
kerana mereka juga ada bermacam-macam penyakit.
Pada mulanya abah hanya tolong belikan untuk mereka sahaja
dan tidak mengambil untung pun
sebab memang niatnya mahu menolong jirannya sahaja.
Oleh kerana terlalu kerap membeli...
stokis tempat abah beli itu pun mencadangkan
agar abah menjadi stokis pula.
Apabila memikirkan jiran-jirannya ramai memerlukannya,
akhirnya abah pun besetuju.


Kawan-kawan abah yang sudah mengamalkan prodok tersebut
kini telah menjadi wakil penjual pula.
Ini adalah berikutan setelah
mereka mendapati kesan yang
positif
setelah mengambil dan mengamalkan
Minuman Raja Herba.
Setiap kali abah keluar kekedai misalnya,
abah akan bawa beberapa botol Raja Herba.
Apabila balik.... pasti habis terjual.
Waw! Bestnya macam jual goreng pisang panas pulak.


Ini dia Minuman Raja Herba dikatakan bahawa khasiatnya mampu:

1. Mengimbangkan kandungan gula dan garam dalam
darah dan melancarkan perjalanan darah.

2. Merendahkan paras kolesterol

3. Membuang toksid dalam badan

4. Melawaskan pembuangan air besar dan kecil.

5. Menghilangkan rasa cepat letih serta memberikan
tenaga tambahan.

6. Bertindak sebagai unsur penyembuh bagi masalah
buah pinggang, batu karang, ghout, Buasir, bisa-bisa
sendi, bisa-bisa badan,

7. Darah tinggi dan kencing manis.

Kandungan RAJA HERBA pula:

1. Tongkat ali

2. Mengkudu liar

3. Raja Satong

4. Halia padi

5. Ubi jaga

6. Misai kucing

7. Rempah gunung

8. Akar seruntut

9. Rancang tembaga

10. Hulubalang Jantan

11. Teja Lawang

12. Nenas batu

13. Madu lebah


Test method used


FDA – BAM 1995.

Oxoid manual

6th edition 1990

ASW 1766.2.2-1980

BIOCHEM lab Sdn. Bhd

LRN C 7038-1/2007 C7038-2007

Per 100 gram (gm)

Ancecherichia coli ~ 0

Coaqulasae Pos St ~ 0

Salmonella ~ absent

Tenaga (Kj) ~ 396 kcal (1663 kJ)

Karbohidrat ~ 98.8 gm

Protein ~ 0.3gm

Lemak ~ 0gm


Wah! Ana macam sudah jadi duta Minuman Raja Herbalah pulak.
Sebenarnya ana juga tumpang gembira
dengan usaha yang abah buat sekarang ini.
Ana lihat abah semakin ceria
kerana enjoy dengan kerjaya barunya itu.
Mungkin niat baik abah untuk menolong jiran-jirannya,
maka Allah permudahkan segala
urusan abah.
Kalau korang berminat
dan nak tahu maklumat lebih lanjut
tentang Minuman Raja Herba ni
hubungi ayah mertua ana.
Hp: 019 9189908 (Tuan Haji Razali bin Tamam).
Sekian.

1 comment:

Minuman Raja Herba said...

Mohon share...tq

http://www.facebook.com/rajaherba