Thursday, November 11, 2010

Gempak punya rancangan... kalau berminat




Ana bukan saja-saja nak buat cerita

tapi sudah memang itu kenyataannya.

Kalau korang nak tahu

rancangan ni memang

TERBAIK

Sampai orang luar negara pun boleh terima rancangan ni.

Termasuk la orang di Amerika Syarikat

Eropah

dan orang di negara Arab Saudi juga.



Saja je nak letak gambar bersama Puan Jalilah, editor ANIS sebab ada sesuatu persamaan antara kami...


* * *


Jadi korang fikilrlah sendiri

betapa hebat dan gempaknya

rancangan ini kalau sudah boleh diterima oleh negara luar.

Sedangkan

Mat-mat saleh dan Pak-pak Arab ini

bukannya faham bahasa kita

BAHASA MALAYSIA.

Itu yang buat ana bangga-bangga sangat

sebabnya, secara langsung

telah memartabatkan

bahasa kebangsaan kita di mata dunia.


* * *



Rancangan yang ana maksudkan ialah

PROGRAM KHABAR HAJI

hasil kerjasama

ASTRO OASIS

dengan

IQRAA TV

yang berpusat di Arab Saudi.


Wah! Memang Habat

Khabar haji kedua ni

sebab dapat kerjasama dan permintaan

ANTARABANGSA.

* * *




Menjadi daya penarik rancangan ni

ialah pengacaranya terdiri daripada

anak-anak mu yang sangat popular

siapa lagi kalau bukan

IMAM MUDA

Imam Muda Ahmad Hazran Ahmad

Imam Muda Mohd Khairul Azhar Ghazali

dan penampilan istimewa

Imam Muda Muhammad Asyraf Mohd

juara Imam Muda.

Mudah-mudahan pemilihan mereka

akan menggalakkan golongan muda ke Tanah Suci.

Hai... sebenarnya ana rasalah

dengan pemilihan Imam Muda ini membuatkan

ramai mak-mak dan ayah-ayah

yang menonton dirumah tu

jadi CAIR hatinya

sebab berkenankan anak-anak muda mereka

menjadi seperti Imam Muda.

yang pandai segalanya pasal agama.

Fuhhhh!

Bak kata orang...sejuk perut mak mengandungkan dulu.

Mana-mana yang ada anak-anak dara pula

berangan-angan untuk jadikan mereka menantu pun ada.

Begitulah kalau orang yang beragama dan mempunyai budi pekerti tinggi

semua orang suka.


Kadang-kadang tu akan terkeluar juga gambar suami ana dikaca tv .... tu buat tertunggu-tunggu rancangan Khabar Haji ini.

* * *

OK

jangan lupa saksikan 15 episod rancangan

KHABAR HAJI

setiap jam 10 malam bermula 7 - 21 November 2010.

Di ASTRO OASIS (SALURAN 106)

Segmen yang akan disajikan ialah

BERITA

BINGKISAN

LAPORAN KHAS

SIDANG TELEFON

AKTIVITI MASYARAKAT SETEMPAT

termasuk yang berasal daripada Malaysia

ZIARAH

dilokasi menarik seperi Percetkan Quran Raja Fahd, kebun kurma Madinah

dan BANYAK LAGI.

* * *

Diantara banyak-banyak segman tu

yang telah menarik perhatian ana ialah

SEGMEN SIDANG TELEFON

Sagmen SIDANG TELEFON ni adalah antara jemaah haji

dari Tanah Suci dengan keluarga yang ditinggalkan di tanah air.




Yang menjadikan ana

menarik dan tertarik

sebab ana telah menjadi pembuka tirai

dalam episod pertama.

Sebenarnya malu teramat sangat,

tetapi difikirkan demi untuk kerja Islam

perasaan itu berjaya dikawal.

Alhamdulillah...

Mudah-mudahan dengan memudahkan urusan kerja krew Khabar Haji

Allah akan permudahkan segala urusan

dan perjalanan perjuangan ana.


* * *


Sesiapa yang terlepas menonton pada jam 10 malam

jangan bimbing kerana ada siaran ulangannya

jam 7 pagi dan 12 tengahari keesokkan harinya.


ALHAMDULILLAH

Jumlah rating penonton KHABAR HAJI

dari sehari ke sehari sentiasa meningkat.

Episod 1 = 39K

Episod 2 = 49K

Episod 3 = 115K

Mudah-mudahan rancangan ini menjadi

program pilihan seisi keluarga.

Amin.

No comments: