Wednesday, August 12, 2015

Buat Sendiri Instant Shawl

Meh kita belajar menjahit pula kali ini
bersama  
Pernah dengar instant shawl dua muka yang tengah top sekarang ni?
Cantikkan bile pakai?
Sarung je. Mudah, cepat, kemas, ringkas & vouge gitu
Hari yg indah ni aimi nak share cara buat instant shawl dua (2) muka menggunakan halfmoon yg da sedia ada dlm wardrobe kita. 
Tak payah beli baru. 
Guna je yang sedia ada. Senang & mudah sgt. 
Semua org bole buat 

😊
Bentang halfmoon dalam keadaan bahagian depan halfmoon menghadap ats. 
Maksud aimi, kainkan ada depan & belakang. Bahagian depannya menghadap ke atas dan yg belakang menghadap ke bawah



Lipat sblh kiri sekitar 15inch ke 16inch.


Ukur dlm 11inch ke 12inch pada lipatan td dan tanda pd ukuran tersebut



Ukur mcm ni.


Letak jarum dan jahit sedikit pada bahagian yg sudah ditanda tadi. Jahit memanjang ke bawah dlm 1inch sahaja. Jahit sikit je jangan panjang2


Lipat halfmoon sebelah kanan pula sekitar 13inch. 
Ulang perkara yang sama macam langkah yg sebelum ini. 
Cuma beza dr segi ukuran. 
Bahagian ni lg pendek dr yang belah kiri tadi. 
Dari ukuran 13inch tadi, ukur pula bahagian muka uol pd bahagian ni. Ukuran aimi 9.5inch. Da ukur, tanda dan jahit terus mcm langkah tadi cuma yg ini kene jahit habis sampai bawah yg kita ukur 13inch tadi



Mcm ni rupanya bila da lipat dua-dua belah halfmoon td


Inilah rupanya bile da siap. Senangkan. 
Ni belum di terbalikkan. Bila da terbalikkan, bahagian yang pendek akan jadi sebelah kiri dan yang panjang jadi sebelah kanan. Paham tak ni? Haha. Tak reti aimi nak explain macam mana. Maaf la ye kalu uol kompius


Dari ukuran 13inch tadi, ukur pula bahagian muka uol pd bahagian ni. Ukuran aimi 9.5inch. Da ukur, tanda dan jahit terus mcm langkah tadi cuma yg ini kene jahit habis sampai bawah yg kita ukur 13inch tadi



Dah siap bole la pakai terus. Yang tak tau nak pakai tu, meh sini nak tunjuk. Sarung bahagian yang kiri dulu, bahagian yang pendek dan dijahit habis tadi


Kemudian sarung bahagian kanan pula. Buat mcm dlm gambar tuh


Da siap sarung, adjust sikit kasi lawa, cantik, comei gitu



Dah siap. Senangkan.


Dari belakang

View dari tepi pulak. Haha
Gedik ler pulakkan
So uol, 
SELAMAT MENCUBA
Muaahhhh 

Thursday, July 30, 2015

Belajar Melukis

Ketika di sekolah rendah dan menengah
ana memang suka melukis.
Sudah tentulah Pendidikan Seni
merupakan matapelajaran yang sangat ana suka.
Jika ada terjumpalah 
gambar-gambar orang, kartun, bunga dan apa-apa sahaja yang cantik dan menarik
pasti akan ana ambil dan simpan
 bila masa lapang, ana akan lukis semua gambar tersebut.
Lukis sekadar suka-suka je.

Apabila sudah ada anak ana menjadi rujukkan mereka
apabila subjek Pendidikan Seni
Lebih-lebih lagi jika peperiksaan subjek tersebut.
Kebiasaannya malam sebelum peperiksaan
mereka akan tanya ana
nak buat yang mana sebab soalan biasanya sudah dapat sebelum periksa.
Jadi kami sama-samalah melukis malam tu.

Alhamdulillah...
walaupun tidak berapa pandai dengan kehendak soalan sekarang
bolehlah cuba-cuba sekadar yang termampu.
Walaupun idea dan tangan sudah lama mengeras.

Lukisan di bawah ni ana nak simpan dulu 
manalah tahu
 esok-esok nak ajar cucu pula.
Mudah nak cari bahan rujukan di sini saja.

( ^ ___^ )





Yang ini melukis menggunkan nombor.











Sumber Siakap Keli 


Wednesday, July 29, 2015

Kisah Kejayaan Aizat Razak Turunkan Berat Badan


Turun 125 kg dalam 18 bulan? Mungkin anda tidak hairan sangat jika anda bukan berstatus Mega-Obes seperti saya. Ok. Apa kata, kalau saya kongsikan rekod 6 bulan pertama saya berjaya turunkan 60kg? Mungkin anda berminat untuk terus membaca..."

Saya Aizat Razak, berumur 31 tahun. Tanpa disedari, leka dalam kesibukan kerja, makan, minum, lepak tengah malam dan tidak membuat sebarang aktiviti yang mengeluarkan peluh, berat semakin bertambah sehingga 220kg dan makin banyak kesulitan yang dihadapi. Antaranya, tali pinggang kereta sudah semakin ketat, nak pilih kerusi di restoran untuk makan pun semakin susah, naik tangga penat, dan kalau naik flight atau bas pasti tidak muat, sedangkan saya suka melancong ke sana sini. Paling penting, bila mahu solat, kena solat duduk sebab susah nak duduk dan bangun.

“Dah takdir aku macam ini, nak buat macam mana lagi?” “Bukannya aku minta dilahirkan gemuk” “Apa yang penting adalah dalaman seseorang, bukannya penampilan luaran”

Entah berapa kali saya pujuk hati saya dengan ayat-ayat di atas.

Tetapi mama tak jemu-jemu memberi nasihat untuk berubah. Sehinggakan pada sekitar November 2013, nasihat mama agak berlainan. Kedengaran mama seperti merajuk dengan saya.

“Berubahlah Aizat. Kalau Aizat masih tak sihat macam sekarang ini, siapa nak jaga Aizat bila mama dah tiada nanti?”

Darah saya berderau. Langsung saya terdiam tanpa kata-kata. Seharian saya mengulang-ulang kata-kata mama dalam kepala.

Apa yang membuatkan saya terdiam bukanlah kerana saya buntu mencari siapa yang akan menjaga saya apabila mama sudah tiada nanti. Tetapi saya buntu memikirkan – bagaimana dan bila saya dapat membalas jasa mama kalau mama pergi dahulu?

“Ya Allah, izinkanlah aku berbakti kepada mamaku sebelum Kau panggilnya buat selama-lamanya. Berilah aku peluang untuk menjaga mamaku sebagaimana dia menjagaku sejak kecil.”

Saya nekad. Saya perlu berubah. 1 Januari 2014 adalah tarikh terbaik untuk saya mulakan gaya hidup baru.

Azam tahun baru saya semakin serius apabila saya melihat program terbaru @kevinzahri – Jom Kurus 1Malaysia 2014 (JK1M) siri yang pertama. Pucuk dicita ulam mendatang. Yuran program yang mampu bayar. Ada pula kawasan berhampiran dari rumah. Kebetulan pula duit ada lebih sedikit di bank.

Latar belakang jurulatih-jurulatih program JK1M pun sangat mengagumkan. Di Bandar Baru Bangi (kawasan rumah saya), jurulatih tersebut mempunyai Ijazah Sarjana dalam Sains Sukan. Coach Aizzat Adnan namanya.. Semuanya bermula dengan #jk1m… ia mengubah kehidupan saya 360 darjah.


Alhamdulillah selepas setahun setengah saya mencapai misi saya #misibawah 100kg dan ini hasil penurunan saya.

Jan 2014 – Jun 2014 = 220kg ke 160kg (Penurunan 60kg)
Julai 2014 – Dis 2014 = 160kg ke 138kg (Penurunan 22kg)
Jan 2015 – Mac 2015 = 138kg ke 128kg (Penurunan 10kg)
April 2015 – Jun 2015 = 128kg ke 95kg (Penurunan 33kg)

"OK, Sebelum saya kongsikan tip-tip apa yang saya lakukan untuk 6 bulan pertama, maybe this is my very golden tips untuk anda. Perasan kan pada period kedua dan ketiga, saya alami penurunan yang SIPUT sekali? Hati-hati....itu fasa plateu namanya. Boleh bikin hati resah dan gundah gelana dan boleh bikin kita tewas di pertengahan jalan. Ini tips.

1. Tukar pelan pemakanan yang baru yang bersesuaian dengan berat badan kita yang baru. Jika masih mengamalkan pelan pemakanan lama tanpa ada ubahsuai, walaupon pelan tersebut juga adalah pelan diet sihat, maka plateau akan mudah mendampingi kita.

2. Tingkatkan dan pelbagaikan latihan dari segi durasi latihan ataupun intensity latihan. Sebagai contoh, gabungkan ‘resistance training’ atau bahasa mudahnya weight training dan juga cardio training.

Itu tip-tip bagi stage plateu untuk mereka yang sudah sampai ke fasa itu. Bagi mereka yang baru bermula, seperti yang dijanjikan ini yang saya amalkan untuk 6 bulan pertama yang menyebabkan saya hilang 60kg.

Fasa Permulaan:

1. Set objektif mengapa mahu ubah.. Mahu kurus dalam jangka masa pendek atau panjang. Nasihat saya ubah untuk jangka masa panjang sebab kalau jangka masa pendek, potensi untuk kita membesar semula sangat besar.

2. Cara sebab utama mengapa kita mahu berubah. Caranya mudah, pasti kita mahu berubah untuk kebaikkan diri kita sendiri dan untuk yang menyanyangi kita

3. Cari cara yang sesuai untuk kita berubah. Ada yang boleh bergerak sendiri, ada juga yang perlu berkumpulan.

4. Fahami konsep ‘lose weight’ iaitu 70% pemakanan dan 30% pada senaman.

5. Fahami ilmu diet dan sesuaikan dengan diri kita supaya kita selesa dan suka dengan diet itu.

Fasa Tindakan:
Sesudah selesai menetapkan apa yang perlu pada fasa permulaan, ini tip-tip yang dinantikan.. Apa amalan saya sehingga boleh kurangkan 60kg dalam masa 6 bulan. Boleh diamalkan tetapi perlu faham, jumlah penurunan berbeza berdasarkan kondisi badan setiap individu.

Untuk fasa 6 bulan pertama, mental perlu kuat kerana kita mahu ubah tabiat pemakan kita supaya badan kita selesa dengan menu sihat kita. Ini 10 tip untuk anda

1. Minum air putih.
Minum air sekurang-kurang 4L sehari. Amalan saya 2L sepanjang pagi ke tengahhari dan bakinya bermula selepas makan tengah hari sehingga 6.30 petang. (jangan minum banyak malam-malam nanti tidur tak cukup sebab kena bangun dan buang air kecil)

2. Kurangkan Gula, Garam dan Minyak
Mulakan dengan mengurangkan jumlah pengambilan gula, garam dan minyak dalam masakan. Untuk saya, saya memang buang terus gula dan hanya secubit garam dalam masakan dan menggunakan minyak zaitun dengan kuantiti sedikit dalam masakan.

3. Kurangkan pengambilan karbo.
Setiap hari saya hanya makan 2 keping roti whole meal bagi menggantikan nasi ketika pagi bagi penggunaan tenaga sepanjang hari. Sebenarnya tidak kisah apa jua jenis carbs, tetapi mesti ada carbs dan kuantiti yang kecil. Bak Kata Kevin Zahri. Nasi segenggam.

4. Sarapan yang sihat
Saya amalkan sarapan saya dengan dua biji telur putih (rebus atau setengah masak, salad, dan roti.

5. Minum Teh Hijau
Amalkan pengambilan teh hijau tanpa gula ketika pagi. Teh hijau dapat meningkatkan metabolism dalam badan kita.

6. Menu makan tengah hari dan malam yang sihat
Amalan menu saya sepanjang 6 bulan adalah gabungan protein (ayam/ikan) yang dibakar/kukus/sup (make sure less oil ya) bersama sayur-sayuran (fibre) seperti broccoli, tomato, lobak dan apa jua jenis salad yang dikukus atau direbus atau masak air.

7. Snack sampingan – 2 biji Epal hijau pada jam 10 pagi dan 4 petang

8. Senaman, saya hanya lakukan 3 kali seminggu sahaja. Fokus kepada senaman cardio terlebih dahulu seperti, berjalan laju, berbasikal di gym dan libatkan diri pada pelbagai aktiviti sampingan seperti futsal, dodgeball dan jenis senaman yang pelbagai.

9. Untuk mereka yang overweight seperti saya, saya sarankan basikal di gym dahulu atau berjalan-jalan mengikut kemampuan kita. Jangan push, lakukan secara perlahan-lahan dan biarkan badan kita berkenalan dengan stamina dan lama kelamaan stamina badan kita sendiri akan meningkat naik dan kita akan lakukan dengan lebih laju dan lama. Insyallah

10. Ada ambil supplement?
Sejujurnya usaha saya sepanjang setahun setengah ini 99.95% adalah secara natural iaitu gabungan pemakanan dan senaman. Kenapa bukan 100% sebab jujurnya 0.05% peratus itu datangnya dari cubaan mengambil supplement seperti fat burner. Tetapi kesan penurunan pada badan saya sama sahaja seperti tidak ambil supplement dan tiada penurunan maha hebat. Jadi terus berhenti sahaja pengambilannya dan fokus kepada proses secara semula jadi.

Tipu lah kalau saya tidak teringin macam-macam seperti mana yang orang lain dan saya makan sebelum ini. Saya ini peminat dessert. Pantang nampak.. pejam mata je habis. heheh jadi apa yang saya buat, kalau betul-betul teringin akan saya makan satu sudu kecil sahaja buat cukup syarat. Lebihnya saya beri pada kawan ataupun keluarga. Jadi, kita boleh makan apa sahaja yang diingini, tetapi portion / kuantiti itu perlu di jaga.

Awalnya memang saya menjaga pemakanan saya dengan ketat. Tapi apabila kita berjaya mengaktifkan diri kita dengan melakukan senaman, ini sedikit sebanyak saya melonggarkan sedikit amalan diet saya dan mula mengambil pemakanan yang seimbang.

Pesan saya, tiada yang boleh mengubah diri kita sendiri selain diri kita sendiri. Percaya pada diri dan insyallah kita boleh lakukan. Tip akhir, jauhi mereka yang merperkotak katikan semangat kita, lihat secara positif dan cabar diri untuk buktikan yang kita bukan main-main. INI SERIUS!....

Paling-paling akhir, sambil berusaha, teruslah berdoa dan sentiasa mohon untuk dipermudahkan dan diberikan kekuatan untuk kita lalui perjalanan ini. Amin..

Harapan saya, saya berharap saya dapat pula membantu mereka melawan obesiti ini. Insyallah. Follow FB saya https://www.facebook.com/aizat225sekiranya mahukan tips yang dapat memotivasikan anda.

Sudah bersedia untuk berubah? Cadangan saya, sertailah JK1M Kenapa saya cadangkan JK1M? Ini sebab-sebabnya berdasarkan pengalaman saya MENYERTAI sepanjang JK1M siri 1 hingga 4:

1. Sokongan kumpulan yang sangat tip top. Mereka ini yang akan saling sokong menyokong untuk pastikan kita semua berada dalam track yang betul. Senaman sama-sama, diet sama-sama dan cheat day pun sama-sama.

2. Team leader yang juga terbaik yang akan membantu kita menurunkan berat badan dengan BETUL

3. Kelebihan sampingan dari Kevin Zahri iaitu seminar percuma dan keahlian ebook sepanjang hayat yang boleh membantu kita walaupun kita tidak lagi sertai JK1M. Serius, ebook beliau sangat membantu saya sekiranya saya terkeluar dari landasan. hehehh

Jadi sekiranya anda merasakan JK1M sebagai salah pilihan untuk membantu anda berubah, layarikevinzahri.com.

Okay, ini betul-betul terakhir. Saya mahu ambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua coach yang membantu saya sepanjang perjalanan ini. Izikan saya menyebut nama mereka satu persatu, Aizzat Adnan, Gillian & Qhal, Azlan & Izwan, Yun, Iylia Fahmi, Nick Zainul, Anum & Eachuan, Ellyna, Cem dan semua trainer yang lain yang membantu saya seadanya. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasNya.

Tidak lupa juga buat keluarga, Sahabat-sahabat, rakan-rakan serta seluruh keluarga fitness saya B’fit, Bangirunners, JK1M 1 & 2 di Bangi, JK1M 3 di Putrajaya dan JK1M 4 di Seri Kembangan dan semua yang menyokong dan mendoakan supaya usaha saya dipermudahkan selama ini. Terima kasih banyak-banyak.

Untuk saya sendiri, saya berasa bersyukur kerana dapat membahagiakan keluarga saya. Meminjam kata-kata Penulis Prolifik Bahruddin Bekri, “Membahagiakan ibu bapa itu, adalah bahagia yang sesungguhnya. Bahagiakanlah mereka melalui usaha, dan doa, kerana dalam banyak-banyak manusia, doa kita sebagai anak adalah antara doa yang akan terus sampai kepada mereka, walaupun di alam mana mereka berada.” Alhamdulillah.

PENUTUPNYA, 
REMEMBER “No Pain No gain. Pain is temporary, pride is forever.”



Sate Ayam Dan Daging


Bahan-bahan :
10 kilo ayam
41/2 kilo gula
5 senduk kunyit serbuk
1 senduk rempah ketumbar
1/2 senduk jintan
11/2 garam
5 senduk serai, halia  dan  lengkuas yang telah di blend sekali

Cara-caranya
1. Dadukan ayam
2. Gaulkan gula bersama ayam
3. Masukkan garam, jintan, ketumbar dan serbuk kunyit
4. Masukkan serai, halia dan lengkuas
5. Gaulkn sekali lagi...
Dah siap bolehlah mulakan tugas mencocok sate.. makan masa dlm 5 jam gak kalau buat sorang-sorang  taw.

Tuesday, July 28, 2015

Idea Ruang Bawah Tangga

Maysa-Allah
cantik sungguh rumah orang ni.
Ana sangat tertertarik dengan
idea mereka bagaimana hendak manfaatkan
semua ruang yang ada.
Antaranya ruang bawah tangga.

Ana simpan dulu idea ini
manalah tahu dapat rumah sendiri nanti
bolehlah tiru idea seperti dibawah.

Tangga kayu di padankan dengan kabinat kayu di bawah tangga.




Fuhhh... boleh buat tempat air terjun mengalir.

Tempat berehat dan membaca sambil melihat pemandangan di luar.



Monday, July 27, 2015

Idea Buat Pengait Buah

Seronoknya apabila musim buah.
Boleh makan buah puas-puas.
Teringat ana ketika kecik apabila musim buah
Ana adik beradik akan pergi ke dusun datok
di Kuala Kubu Road.
Makanlah banyak mana pun selagi larat.
Ketika tu ana kecik lagi
Dah tentulah akan makan mana yang jatuh ataupun yang orang sudah kumpulkan.
Nak panjat tak reti.
Nak jolok pun tidak larat sebab galahnya berat sangat.
Ketika tu galah untuk mengait buah adalah daripada buluh yang hujungnya dibelah dua sedikit macam bentuk U.
Caranya dengan selitkan ranting  buah pada U pada hujung galah
kemudiah loncakkan dahan tersebut atau
pusingkan galah tersebut agar ranting pada buah itu patah.
Sebenarnya selalu terjadi pusing punya pusing
Galah yang hancur disebabkan galah yang terpulas
 sedangkan ranting ok je sebab ranting buah tu liat sangat.
Bila ranting buah telah dapat dipatahkan
maka jatuhlah buah tersebut.
Sebelum buah jatuh sambutlah agar tidak jatuh bederai.
Kena hati-hati juga
Bukan mudah nak sambut buah
Silap haribulan 
penuh semut pada buah
habuk atau binatang kecil akan termasuk dalam mata
ketika kita mendongak ke atas.

--- 0 ---


Beria-ria benar ana cerita pasal pengait buah kali ini ya
Sebabnya ana
terjumpalah post pasal cara-cara membuat pengait oleh
telah pos dalam  fb 

Ana sangat tertarik sebabnya
1.     Guna barangan terpakai
2.     Mudah didapati
3.     Mudah cara buatnya
4.     Guna kaedah ini buah tidak lagi jatuh bertaburan


Potong ikut garisan merah ikut kesesuaian saiz buah. Lurah hujung lagi runcing lagi bagus. Namun pemotongan agak sukar dibahagian kerana plastik semakin tebal.

Pasang skru pada galah. Bilangan skru bergantung kepada kedegilan tangkai buah. Jika tidak, botol ini akan menjadi tanglung di pokok.



Posisikan tangkai buah di bahagian lurah runcing dan sentap ke bawah.



Insya-Allah, buah 'diselamatkan' daripada tersembam menyembah bumi.

Selamat mencuba.

Friday, July 24, 2015

Ayam Goreng Ala Keny Rogers

Ayam goreng ala keny rogers
=======================
1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)
Bahan-2 untuk make up ayam :
3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam – ( ganti ngan sos tiram+kicap pekat n lada hitam byk. )
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr
2 sudu besar gula pasir- Saya guna gula perang
2 sudu besar herba campuran
1 1/2 sudu teh garam halus
Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
Sedikit mentega


Cara penyediaan
1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
3. Perap selama 1 1/2 jam – semalaman.
4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak.
5. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
6. Hidangan boleh disertakan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar.
Sumber : Resepi Orang Kampung
Jika Anda Suka ?? Sila Komen "SHARE"
Ingin Menu yang lazat ada 1001 menu !!!
Sila follow and like page dibawah:


https://www.facebook.com/jomkerjadarirumah

BAHAYA TIDUR DALAM KERETA


BAHAYA TIDUR DALAM KERETA
Apa jadi pun, jangan la tidur dalam kereta masa kereta tgh idle/tak bergerak sebab ianya boleh membunuh. Dah banyak kes sebelum orang mati sebab tidur dalam kereta, tapi masih ramai yang buat jugak.
Macam baru-baru ni area rumah aku black out. Aku tengok ramai orang keluar rumah, start enjin, duduk dalam kereta sebab konon-kononnya panas takde kipas dalam rumah. Alahai, panas ape la sangat. Lain kali standby satu kipas jepun. Paling senang amik suratkhabar buat kipas.
Sama juga kat RnR highway especially waktu malam. Aku tengok ramai yang tido dalam kereta sambil engine dan aircond on.
Tidur dalam kereta bahaya kalau:
1. Engine on, aircond on, tingkap fully tutup.
2. Engine off, aircond off, tingkap fully tutup.
Bila engine on dan kereta idle dalam jangka masa yang panjang, kebocoran gas CO daripada ekzos boleh masuk ke dalam cabin penumpang. Ada dua cara CO membunuh, pertama ianya akan menyerap ke dalam darah bersama oksigen dan dipam ke seluruh badan dan merosakkan organ. Kedua CO akan bergabung dengan Oksigen membentuk CO2 (karbon dioksida). Maka oksigen yang tinggal akan berkurangan dan penambahan gas CO2 akan menyebabkan keracunan. Lebih teruk orang selalu tutup tingkap rapat bila on aircond dan sebab nak tidur.
Kalau engine off, tapi tingkap tutup rapat, akan sebabkan kekurangan oksigen.
Boleh kalau nak tidur dalam kereta tapi tingkap tu kene turunkan sikit. Agak cukup tangan dari luar tak boleh masuk. Aku pun selalu kalau nak tidur aku akan off aircond dan turunkan tingkap sikit. Jangan turun banyak sgt, nnti pencuri boleh bukak dan kalau nak tidur, parking kat tempat yang ramai orang.
Bila korang terperangkap dalam traffic jem, mesti korang akan rasa pening kan? Mungkin korang ingat sebab kereta yang kerap bergerak dan berhenti tapi sebab sebenarnya ialah keracunan CO. Masa traffic jem, penghasilan gas CO akan lebih banyak bila banyak kenderaan berkumpul bersama. Apa yang korang perlu buat bila rasa pening masa traffic je, ialah bukak tingap sekejap dalam 30 saat. Bagi oksigen masuk sikit dan keluarkan CO dari cabin.
Kesimpulannya, elakkan la tidur dalam kereta kalau bukan hal emergency. Safety first yosh!
Current mood: Dah start ngantuk.
Listen to: Cinta Setengah mati - Indah Dewi Pertiwa
After this: Tido. Spain dah menang dlam masa 90 minit.

Makmur Susu Versi Sabah


Ct suka buat makmur sebab febret,lagi pon senang nak buatkan da la Gebu, halus, dan melt in mouth, pecah didalam mulut, terasa kemanisan dan lemak susu tepung tu bha geng hehe.. aumm! ^^ Resepi ada kat sini ye..
Resepi Makmur Susu Versi Sabah.
Bahan A
1 kg tepung gandum, digoreng tanpa minyak hingga gebu dan biarkan sejuk.
400g minyak sapi / majerin pun boleh( kena panaskan bagi cair da sejuk bole uli dengan tepung)
Bahan B (inti)
500g kacang tanah,
di goreng & di tumbuk kasar nak blend pun bole tapi jgn terlalu halus.
200g gula kaster
(Tapi ni ct letak inti cip coklat nak kelainan ^^)
Bahan C
200g susu tepung
250g gula aising
Cara2:
1. Satukan bahan A hingga menjadi doh.
2. Dalam bekas lain, satukan pula bahan B. Venezuelan bulat doh tadi, leperkan sedikit, masukkan sedikit inti kacang, bulatkan lagi kemas. Susun atas dulang pembakar.
3. Panaskan oven pada suhu 160C, bakar selama 15 - 20 minit.
4. Angkat & biarkan suam, salutkan dengan bahan2 C. Simpan dalam bekas kedap udara.
#resepi dan foto Siti Fatimah Habib Mujahidin