Sunday, October 21, 2012

Menyediakan Teh Khas Untuk Sakit Tekak.


Bahan-bahan:
Bekas kaca dengan tudung
1 biji limau, dihiris
Madu asli
Halia dihiris
Air mendidih


Cara-caranya;

Dalam mangkuk kaca, 
masukkan  hirisan lemon, madu, hirisan halia dan air suam. 
Apabila  air sudah tidak panas,  
tutup bekas dan simpan di dalam peti sejuk sehingga ia membentuk "gel". 

Cara menggunakannya,
 masukkan satu sudu bahan di atas yang telah menjadi gel ke dalam cawan 
dan
 tuangkan air panas ke atasnya.
 Kacau sehingga sebati 
dan 
minumlah ketika airnya sudah suam.

·         Ramuan yang telah menjadi gel di atas boleh tahan  2-3 bulan jika disimpan di dalam peti sejuk.

Selamat mencuba

Sumber:


Monday, October 15, 2012

Keluarga Othman


Kenangan:

Hari Keluarga KELUARGA OTHMAN PERTAMA 2006.

Perjumpaan KELUARGA OTHMAN YANG KE DUA 2008.

Hari keluarga KELUARGA OTHMAN KE TIGA 2010.

Pak Long - 5X Ambil SRP


Alhamdulillah peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012 sudah pun berlalu. Yang pasti PMR 2012 bakal menjadi sejarah kerana ini merupakan peperiksaan PMR yang terakhir yang pernah diadakan di Malaysia setelah diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika di Sydney 9 Oktober 2010. Ingin tahu maklumat selanjutnya sila klik link ini. Mencatat sejarah juga pada peperiksaan PMR tahun ini apabila seorang tukang kebun bernama Encik
Nordin Saat berusia 50-an telah menjadi calon persendirian paling tua menduduki PMR.“Saya menduduki PMR kerana mahu menebus kegagalan mendapat keputusan baik dalam peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) 35 tahun lalu," katanya.Ya, ini adalah cabaran kepada golongan muda supaya tidak mensia-siakan peluang yang ada dengan belajar bersungguh-sungguh dan usia bukannya penghalang untuk mencapai kejayaan. Baca seterusnya dalam Harian Metro.


Kisah Encik Nordin ini ada sedikit persamaan dengan ayahanda ana. Ayahanda telah mengambil lima kali peperiksaan SRP (PMR) semenjak usia 60an lagi. Semuanya dilakukan demi untuk mendorong anak-anaknya berjaya di dalam peperiksaan.



Dulu ayahanda ana juga menjadi tukang kebun dan tukang masak di Arama Sek Men Keb Kuala Kubu Baharu, Hulu Selangor.  Setiap kali anaknya mengambil peperiksaan, dia turut mendaftar untuk mengambil peperiksaan. Kisah ayah lima kali ambil peperiksan ini pernah keluar di dalam Majalah Anis.




Saturday, October 13, 2012

Oat Bakar


Bahan-bahannya:
2 cawan oat
1/3 cawan gula perang
1 sudu kecil baking powder
1 sudu teh kayu manis
1/2 sudu teh garam
1 cawan walnut keping
1 cawan raspberi {apa-apa buah pun boleh}
1/2 cawan cip coklat susu
2 cawan susu
1 biji telur
3 sudu besar, mentega cair
1 sudu esen  vanila
1 biji pisang masak dan dipotong 1/2-inch




Campurkan  oat, gula, baking powder, kayu manis, garam, separuh walnut, separuh strawberi  dan setengah coklat ke dalam mangkuk yang besar. Kemudian gaulkan. 


             

Masukkan ke dalam loyang dan taburkan separuh lagi strawbwei, walnut dan coklat ke atas adunan tadi.


Dalam mangkuk lain yang besar, pukul susu, telur, mentega dan vanila. Setelah sebati tuangkan ke atas loyang yang berisi oat tadi.



Panaskan oven sehingga 375 ° F dan bakarlah dalam masa 35 hingga 40 minit atau sehingga bahagian atas amenjadi seperti warna  keemasan .  Untuk menambahkan kelazatan, taburkan satu sudu gula perang di atas bahagian atas lazat tambahan, taburkan satu sudu atau lebih gula perang tambahan.


Potong dahulu sebelum dihidangkan.



Selamat mencuba!






Popia Pisang


Bahan-bahanya:

Pisang
Kulit popia
Sedikit gula
Telur 

Mula-mula pisang dibelah dua atau pun empat.

Tarik dahulu kulit popia agar menjadi sehelai sahaja.

Letakkan pisang di atas kulit popia dan taburkan sedikit gula.


Gulung kulit polia perlahan-lahan/



Lipatkan kedalam kulit popia di bahagian kiri dan kanan dan teruskan
menggulung sehingga hujung.


Telur digunakan sebagai gam agar popia tidak terbuka ketika mengoreng.



Sapukan sedikit telur pada hujung kulit popia. 
Jika tidak mahu gunakan telur 
bolehlah gantikan telur dengan sedikit air 
sekadar untuk basahkan pada hujung kulit popia.



Popia pisang yang sudah siap digulung.
Bolehlah digoreng menggunakan 
api yang sederhana panas.



Gorenglah sehingga kekuningan sedikit.
Kini sudah boleh dimakan.
Mmmm...
memang seeeeeeedaaaaaaaaap.
Yang bestnya
sebab kulitnya rangup.

Hendak Seribu Daya, tak nak seribu dalih

Mmmmm... 
lama sungguh ana tidak update blog ini.
Bukan tidak ada idea untuk menulis
cuma tidak kesempatan.....



Ahhh! 
Sebenarnya apa sahaja sebabnya
hanyalah alasan.
Antara satu faktornya ialah
masih tidak pandai membahagikan masa.
Hendak seribu daya,, tak nak seribu dalih.