Friday, July 10, 2015

Ziarah Ramadhan 2 - Siri 1

Pejam celik, pejam celik, Ramadan hampir dipenghujung. 
Bermakna Ramadan untuk tahun 2015 akan berakhir apabila menjelangnya bulan Syawal. 
Masih seger lagi dalam ingatan, pada tahun lepas 2014 ana telah mengikut program Ziarah Ramadhan 2 di Kedah pada 18-21Julai.
Ana serta tim Majalah Anis dan Majalah Asuh berpeluang untuk turut serta dengan rombongan media dan Buroq Oil dalam program Ziarah Ramadhan 2 di Kedah. 
Program yang berkonsepkan ‘Pelancongan Ibadah – Melancong Sambil Beramal’ telah ditaja oleh  Buroq Oil dengan kerjasama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), dan Tourism Malaysia.
Rombongan 40 media sekitar Lembah Klang telah dibawa menaiki Keretapi Senandung Langkawi di KL Sentaral.  Sepanjang perjalanan menuju ke Kedah, wakil media amat bertuah kerana dapat merasai pengalaman solat terawih, moreh dan bersahur di dalam koc KTM bersama-sama. 

Gambar dibawah ketika di KL Sentral.



Kami sekarang berada di ibu negara, KL Sentral
Stesen keretapi terbesar di Asia Tenggara. 
Kl Sentral ini dibuka pada 16 April 2001 untuk mengambil alih peranan
Stesen Keretapi Kuala Lumpur lama, sebuah mercu tanda zaman penjajahan yang masih dibuka untuk tren komuter sahaja.




Banyakkan kami bawa barang.
Sebenarnya dalam kotak tu ada majalah untuk diedarkan kat tempat kami pergi nanti.


Mula-mula mendaftar dulu. 



Dah daftar dapat kad media ni.


Dapat 3 helai t shirt warna kuning, bisu dan merah.
Masaalahnya saiznya tidak berapa sesuai dengan ana.
Kira ok la.... da orang bagi free ambik je.



Barang-barang yang banyak tu kami serahkan kepada urusetia.



Okay sebagai sokongan ana pakai juga baju t shirt tu.
Hahaha... tak pernah dibuat orang pakai baju kurung dan kemudian pakai t shirt kat luar.



Tugasan sudah bermula.


Edar majalah kepada pengunjung yang ada di KL Stranl.



Buraq Oil pula edar kurma percuma kepada pengujung yang lalu di situ.


Pondok yang terdapat di dalam bangunan KL Stral.



Kami berbuka puasa  di KL Stral juga. 
Inilah antara jaudah yang disediakan.
Alhamdulillah.


Meja VIP.



Selepas berbuka dan solat ada sidang media.




Dihiburkan oleh Pak Long.


Bermulalah Program Ziarah Ramadan.






Alhamdulillah ada sudah berada dalam perut keretapi sekarang
Semoga perjalanan ini di permudahkan.

Baca dulu Doa Naik Kenderaan

بِسْمِ اللَّهِ مَجْرَاهَا وَمُرْسَاهَا إِنَّ رَبِّي لَغَفُورٌ رَحِيمٌ وَمَا قَدَرُوا اللَّهَ حَقَّ قَدْرِهِBismillaahi majreehaa wa mursaahaa, inna rabbii laghafuurur-rahiim. Wa maa qadarullaaha haqqa qadrih.Artinya : “Dengan menyebut nama Allah pada waktu berlayar dan berlabuhnya. Sesungguhnya Tuhanku benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Q.S.Hud [11] ayat 41).

Baca seterusnya

Siri 2

Siri 3



No comments: