Tuesday, July 14, 2015

Ziarah Ramadhan 2 - Siri 3

Rombongan 40 media sekitar Lembah Klang 
telah dibawa menaiki Keretapi Senandung Langkawi di KL Sentaral.  
Sepanjang perjalanan menuju ke Kedah, 

wakil media amat bertuah kerana dapat merasai pengalaman solat terawih, moreh dan bersahur di dalam koc KTM bersama-sama. 

Sambungan Ziarah Ramdan 



Siri 2 



Pemandangan di waktu pagi antara tempat-tempat yang kami lalui.



Jam 9.08 kami tiba di Steseb Keretapi Alor Star Baru.








Dua bas sudah sedia menunggu ketiba kami.
Kami dibawa ke Gunung Jerai.


Gunung Jerai (juga dikenali sebagai Puncak Kedah) merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Kedah Darul Aman, Malaysia, di antara sempadan daerah Kuala Muda dan Yan. Tingginya setinggi 2,107 meter.  Kedudukan gunung Jerai yang menganjur ke Tanjung Jaga di pinggir laut ini, menjadikannya sejak berabad sebagai panduan pelayar silam yang singgah berdagang di negeri ini. Ada yang mengaitkan gunung Jerai ini dengan mitos Raja Bersiong yang dikatakan membuka penempatan di kaki gunung ini.


Dikatakan sebuah batu besar berbentuk sebuah kapal wujud di puncak gunung ini. Penduduk tempatan disitu mengelarnya "Batu Kapal". Menurut lagenda, kapal tersebut adalah kepunyaan Maharaja Merong Mahawangsa yang telah disumpah oleh Sang Kelembai ketika Maharaja tersebut cuba melabuhkan kapalnya di Pulau Serai, nama asal bagi Gunung Jerai.



 The Regency Hotel.
Di sinilah kami akan bermalam
yang terletak betul-betul di atas Gunung Jerai .





No comments: