Saturday, September 21, 2013
Sukan Punya Cerita
“Umi… tahun ni Emma tak nak masuk sukanlah?”
“Kenapa?” Aku bertanya.
“Cik gu ada tanya Emma…..” jawabnya perlahan.
“Cikgu cakap apa?” Tanya aku lagi.
“Cikgu tanya… ada berapa banyak sijil-sijil sukan yang Emma ada… Jadi Emma jawablah ada banyak juga la.”
“Lepas tu apa masalahnya dengan sijil-sijil tu,” Tanya aku lagi.
“Cikgu cakap sijil Emma dah banyak ….… bagilah peluang kat orang lain pulak.”
“Ooooooo ya ke. Kalau cikgu cakap gitu Emma tidak tak payahlah masuk sukan apa-apa pun tahun ni,” sambung aku lagi.
Itulah perbualan yang masih aku ingat ketika diawal bulan dua yang lalu. Sebenarnya aku pun rasa kagum juga pada Emma anak yang ke lima ni. Kalau bab sukan yang ada lari-lari ni dia memang terror la… jadi kalau sukan seperti menetas desa, lari jarak dekat dan jauh …kuat pulak dia. Mengalahkan budak-budak yang berbangsa India. Sehinggakan dia mewakili sekolah-sekolah sehingga keperingkat negeri. Tahun lepas hampir dia kena pergi Serawak untuk perlawanan peringkat kebangsaan…. Memang patutlah banyak koleksi sijil yang dia dapat setiap tahun.
Jesteru itu… atas nasihat cikgu sekolah dia…pada tahun ni dia tak masuklah acara tersebut untuk mewakili sekolah. Aku pun tidak kisah… sebab itu pilihan dia juga.
Baru-baru ini… ketika dia balik daripada kejohanan olahraga sukan tahunan sekolah kali ke-5… dia telah tunjuk empat piala.
“Umi… Emma dapat johan dalam empat acara lari,” kata Emma sambil menunjukkan hadiah yang dia terima.
“Laa…. Emma cakap dah tak nak masuk sukan?” aku bertanya.
“Entahlah… cikgu suruh masuk juga untuk mewakil rumah sukan.”
“Pulak da!”
Kesimpulannya apa yang aku nak sampaikan di sini… sebenarnya apakah tujuan kita bersukan?
Perpatah Arab yang berbunyi
`Akal yang sihat adalah dari badan yang sihat’
Badan yang sihat akan melahirkan minda yang sentiasa aktif untuk membuat sesuatu kebaikan dan menghilangkan rasa malas, kurang motivasi, mengurangkan penyakit dalam badan dan membawa kepada kecemerlangan dalam kehidupan seseorang Muslim samada dia seorang pelajar atau apa sahaja profesyen yang dia ceburi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment