Monday, September 23, 2013

Nasi Ayam Punya Cerita

Setiap kali masak nasi ayam... 
pasti akan teringatkan mak mertua ana.
 Pernah suatu hari diawal perkahwinan 
ketika balik ziarah keluarga sebelah suamiku di Jengka, Pahang...
 mak mertua ana sedang masak di dapur.
Sambil bersalaman dan bertanya khabar ana bertanya;
Ana :  Mak masak apa tu?
Mak: Masak nasi ayam.
Ana: (Dalam hati) Mak ni macam tahu-tahu je anak dia nak balik... 
siap masak special lagi.
Ana: Hendak buat apa lagi mak... biar saya tolong.
Mak: Tak payah... syam kan baru sampai, pergi rehat. 
Lagi pun mak sudah siap masak.

Selesai solat... 
mak panggil makan kerana makanan sudah siap terhidang. 
Ketika berhadapan dengan hidangan hati ana terdetik...
"Tadi mak kata masak nasi ayam tetapi kenapa tidak dihidangkan?"
Lalu ana bertanya;
Ana: Bukan ke tadi mak kata masak nasi ayam?
Mak: (Sambil tersenyum) Betul... 
mak masak nasi untuk beri ayam, 
bukan masak nasi ayam untuk kita sekeluarga.
Ana: Ooooo... macam itu rupanya. Masak nasi untuk ayam...
Mak: Ya masak nasi untuk beri ayam makan 
sebab abah tidak sampai hati ayam-ayam yang dibela makan makanan yang keras.

Begitulah ceritanya.... ana salah sangka rupanya.



Resipi
Nasi Ayam Hainan



Bahan-bahannya:
Bahan A
1 ekor ayam/1whole chicken (1.5kg)
500g beras makan/rice
Bahan B
2cm halia/ginger
4 ulas bawang putih/shallot
2 sudu makan minyak bijan
2 sudu makan minyak masak
2 sudu makan serbuk pati ayam/chicken stock

cacah/gravy
5 biji lada hidup/fresh chili
10 biji bawang putih/shallot
3 sudu makan cuka/vineger
3 biji limau kasturi/lime
gula secukupnya/sugar

Cara
AYAM:
Bersihkan ayam bulat dan di gantung selama 30min sehingga kering sikit.Masakan air 3/4 dalam belanga besar(cukup masukan ayan tadi).Masukkan ayam tadi kedalam air yang mendidih, kecilkan apinya dan masakan dalam 40min.
Selepas masak sediakan basin yang penuh dengan Ais Batu dan Ayer.Masukan ayam tadi kedalamnya dan rendamnya selama 5min lepas itu di gantung untuk buang segala airnya (Air yang sejuk penuh ais dapat membekukan lemak ayam bila di makan nanti tidak berapa kering)
Nasi:
Bersihkan beras makan dan dikeringkan,Tumis Bahan B dengan api kecil dan seterusnya masukan beras tadi dan di gaul sehingga sebati.Masukan ke periuk masak nasi dan masak seperti masak nasi biasa.

Cadangan Hidangan:
Bagi Cacah
Bersihkan lada dan masukan dalam blender,masukan cuka gula dan air kasturi dan sedikit air dan garam..lepas tu blender lah....
Tambahan:
(Air yang sejuk penuh ais dapat membekukan lemak ayam bila di makan nanti tidak berapa kering)
(Beras kalau ingin yang lebih lazat gantikan ayer masak dengan air masak ayam dan masukan 5 helai daun pandan)




No comments: