Selamat datang ke Hutan Lipur Gunug Senyum.
"Hutan kebanggaan anda."
Itulah antara tercatit di papan tanda apabila memasuki kawasan ini.
Alhamdulillah....
akhirnya sampai juga kami di kaki Gua Senyum
setelah sekian lama menyimpan hasrat
hendak kemari tetapi asyik tidak jadi je.
Setiap kali nak pergi ada sahaja halangannya.
Jadi kedatangan kami di sini sebenarnya kebetulan sahaja kerana telah lalu di kawasan ini.
Oleh kerana itu,
kelihatan sopan sahaja dengan berbaju kurung
walaupun hendak melakukan aktiviti lasak selepas ini.
Ok....
Satu... Dua.... Tiga...
Senyummmmmmmmmm...... KLIK!
Tak sah rasanya kalau tak bergambar tempat begini.
Kalau hendak tahu..,
Hutan Lipur Gunung Senyum terletak dalam Hutan Simpan Jengka
yang terletak 20km dari Bandar Jengka,
dan 40km dari Bandar Temerloh.
Hutan Lipur Gunung Senyum meliputi kawasan seluas 794
hektar dan
menjadi sebahagian Hutan Simpan Jengka 1,2,3 dan 4.
Jika dilihat dari jauh,
Hutan Lipur Gunung Senyum akan kelihatan seperti muka orang
sedang tersenyum dan mengadap kelangit.
Jika dilihat dari jauh,
Hutan Lipur Gunung Senyum akan kelihatan seperti muka orang
sedang tersenyum dan mengadap kelangit.
Sebelum meneroka gua,
terlebih dahulu perlu mendapatkan khidmat pemandu
di Pejabat Perhutanan Hutan Lipur Gunung Senyum.
Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan sebarang
kejadian yang tidak diingini.
Dalam gambar di atas Abah dan Ngah berehat
dipondok sahaja sementara menunggu cucu-cucunya meneroka Gunung Senyum.
Mereka sudah selalu berkunjung ke sini sebab itu dah tak kisah.
Gunung Senyum yang mempunyai ketinggian 1,594 m ini
merupakan hutan rekreasi jenis Hutan Dipterokarp Pamah.
Mula dibuka pada Julai 1989.
yang penuh dengan misteri yang tersendiri.
Menurut kajian arkeologi,
hutan lipur ini terdapat bukti kesan-kesan sejarah
kehidupan manusia zaman Mesolitik.
Terdapat 20 gua dengan tapak arkeologi di Gunung Senyum.
7 gua di Jebak Puyuh dan terdapat dua laluan denai untuk
pengunjung menjelajah hutan dan gua iaitu ke Jebak Puyoh
dan laluan dari Gua Kelawar ke Gua Kambing.
7 gua di Jebak Puyuh dan terdapat dua laluan denai untuk
pengunjung menjelajah hutan dan gua iaitu ke Jebak Puyoh
dan laluan dari Gua Kelawar ke Gua Kambing.
Selain daripada itu,
terdapat pelbagai spesies flora dan fauna di hutan lipur ini.
Kawasan hutan lipur ini juga menyimpan pelbagai herba yang mempunyai nilai perubatan komersial.
Beberapa kemudahan disediakan
untuk pengunjung untuk menjalankan aktiviti di sini seperti berkhemah,
merentas denai hutan,
berjogging, meneroka gua dan berkelah.
Selain itu terdapat dua asrama untuk
pengunjung yang ingin bermalam disini.

Selain menjadi kediaman pelbagai spesies flora dan
fauna,
ia menawarkan pemandangan indah landskap
semula jadi bukit batu kapur.
Gambar paling bawah sebelah kanan adalah Makam Tok Long.
Sebenarnya ana tak ikut pun meneroka dalam gua
sebab tangga untuk masuk ke dalam Gua Senyum sanggatlah tinggi dan curam,
Rasa gayattttttttt....... la.
Gua ini terhasil oleh perubahan dan hakisan
pada
permukaan batu kapur di kawasan Gunung Senyum.
Kebanyakan gua di Gunung Senyum itu juga dikatakan
Kebanyakan gua di Gunung Senyum itu juga dikatakan
masih mengalami proses
pertumbuhan stalagmit dan stalaktit.
Setiap gua memiliki keistimewaan tersendiri dan kisah di sebaliknya.
Begitu juga gua-gua yang terdapat di Gua Senyum ini,
ada dipaparkan pada papan tanda untuk kemudahan pengunjung.
Misteri
dan keunikan ini menjadi tarikan utama pengunjung yang menjejakkan kaki ke
hutan rekreasi ini.
Antara legenda paling terkenal di Gunung Senyum dan masih disebut-sebut sehingga kini mengenai kisah
Antara legenda paling terkenal di Gunung Senyum dan masih disebut-sebut sehingga kini mengenai kisah
Tok Long. Ia mengisahkan seorang lelaki berhati
mulia, Tok Long yang dikatakan pernah mengahwini gadis
bunian di kawasan gunung
ini.
Akibat melanggar janji, Tok Long gagal menemui kembali isterinya di alam bunian menyebabkannya
Akibat melanggar janji, Tok Long gagal menemui kembali isterinya di alam bunian menyebabkannya
mengambil keputusan untuk bertafakur di dalam sebuah gua di situ
sehingga meninggal dunia. Kubur di Gua
Makam Tok Long dikatakan bukti kisah
lama yang diperturunkan dari generasi ke generasi.
Meskipun tiada kisah aneh berlaku kini, gua di sini tetap mempunyai daya tarikan semula jadi untuk
Meskipun tiada kisah aneh berlaku kini, gua di sini tetap mempunyai daya tarikan semula jadi untuk
menggamit kedatangan anda.
Dari kajian arkeologi,
hutan lipur Gua Senyum ini banyak menyimpan sejarah
kehidupan manusia Zaman Mesolitik,
malah kajian berkaitan penemuan bersejarah ini masih diteruskan sehingga hari ini.
Insya-Allah dimasa akan datang,
jika kemari lagi ana akan mencabar diri untuk melepasi cabaran pertama
iaitu mendaki tangga yang tinggi dan curam itu.
Lagi info Gunung Senyum di myMetro:
http://www.hmetro.com.my/articles/Percutianpenuhmisteri/Article/

1 comment:
siapa pergi ke gua senyum..senyum memanjang..betul tak?
Post a Comment