Gambar arwah datuk (Othman bin Hj Khalid) berdiri sebelah kanan sekali.
Duduk dua dari kanan (paling kecil orangnya) ialah Pak Ngah (Hamzah bin Othman)
Pada tanggal 31.08.1957,
tepat pada detik
pertama pukul 12.00 tengah malam,
Padang Kelab Selangor di Kuala Lumpur,
bergema dan bergemuruh dengan laungan
“MERDEKA”
yang penuh bersemangat bagi
menandakan lahirnya
sebuah negara baru yang berdaulat,
setaraf dan setimpal
dengan semua negara-negara yang berdaulat di dunia.
Negara itu ialah
Persekutuan Tanah Melayu.
Pada malam itu juga,
bertempat di Dewan Kuala Kubu Baharu,
Selangor
sedang berlangsungnya
Pertandingan Drama Peringkat Daerah.
Antara
peserta yang terlibat ialah peserta daripada
Kampung Sungai Damar, Kuala Kubu
Selangor
dengan membawa drama yang bertajuk
“Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Alhamdulillah,
akhirnya kumpulan ini telah
memenangi tempat pertama (Johan).
Sekiranya ana ada ketika itu,
sudah tentulah ana berasa bangga..
bangga sangat-sangat
dengan kejayaan tersebut.
Ini adalah disebabkan
orang yang
terlibat dalam lakunan tersebut
adalah datok ana sendiri yang bernama Othman bin
Haji Khalid
dan Pak Ngah ana bernama Hamzah bin Othman.
Sebenar-benarnya,
yang buat ana kagum sangat-sangat
ialah kerjasama yang
ditunjukkan
oleh penduduk-penduduk Kampung Sungai Damar itu sendiri.
Ini adalah
hasil munfakat mereka
akhirnya mereka muncul sebagai yang terbaik pada ketika
itu.
Sekiranya tiada kata sepakat diantara mereka,
sudah tentu mereka tidak
boleh bekerjasama
dan duduk di dalam satu pentas persembahan.
Tahniah!
Dan tabik
spring buat semua yang terlibat.
Al-Fatihah
buat arwah-arwah datuk-datuk dan
pakcik-pakcik
yang telah meninggal dunia.
Sekalung ucapan terima kasih
buat Mak
Long Siti Rafiah Ishak
yang telah download gambar ini difacebooknya.
Dan izinkan saya share
gambar yang telah
berusia 54 tahun dan
separuh abad ini.
Sekian.
(^_^)
No comments:
Post a Comment