Saturday, October 1, 2011

MOH KITA KE GUNUNG SENYUM




Selamat datang ke Hutan Lipur Gunug Senyum. 

"Hutan kebanggaan anda."

Itulah antara tercatit di papan tanda apabila memasuki kawasan ini.

Alhamdulillah.... 

akhirnya sampai juga kami di kaki Gua Senyum 

setelah sekian lama menyimpan hasrat 

hendak kemari tetapi asyik tidak jadi je. 

Setiap kali nak pergi ada sahaja halangannya.

Jadi kedatangan kami di sini sebenarnya kebetulan sahaja kerana telah lalu di kawasan ini.

Oleh kerana itu,

 kelihatan sopan sahaja  dengan berbaju kurung

walaupun hendak melakukan aktiviti lasak selepas ini.

Ok....

 Satu... Dua.... Tiga...

Senyummmmmmmmmm...... KLIK!

Tak sah rasanya kalau tak bergambar tempat begini.





Kalau hendak tahu.., 

Hutan Lipur Gunung Senyum terletak dalam Hutan Simpan Jengka 

yang terletak 20km dari Bandar Jengka, 

dan 40km dari Bandar Temerloh.



Hutan Lipur Gunung Senyum meliputi kawasan seluas 794 hektar dan 

menjadi sebahagian Hutan Simpan Jengka 1,2,3 dan 4. 

Jika dilihat dari jauh, 

Hutan Lipur Gunung Senyum akan kelihatan seperti muka orang 

sedang tersenyum dan mengadap kelangit.




Sebelum meneroka gua, 

terlebih dahulu perlu mendapatkan khidmat pemandu 

di Pejabat Perhutanan Hutan Lipur Gunung Senyum. 

Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan sebarang 

kejadian  yang tidak diingini.

Dalam gambar di atas Abah dan Ngah berehat 

dipondok sahaja sementara menunggu cucu-cucunya meneroka Gunung Senyum.

Mereka sudah selalu berkunjung ke sini sebab itu dah tak kisah.





Gunung Senyum  yang mempunyai ketinggian 1,594 m ini 

merupakan  hutan rekreasi jenis Hutan Dipterokarp Pamah. 

 Mula dibuka pada Julai 1989.

Hutan Lipur ini terkenal dengan keunikan gua-gua 

yang penuh dengan misteri yang tersendiri. 

Menurut kajian arkeologi,

 hutan lipur ini terdapat bukti kesan-kesan sejarah 

kehidupan manusia zaman Mesolitik.




Terdapat 20 gua dengan tapak arkeologi di Gunung Senyum.

 7 gua di Jebak Puyuh dan terdapat dua laluan denai untuk

 pengunjung menjelajah hutan dan gua iaitu ke Jebak Puyoh 

dan laluan dari Gua Kelawar ke Gua  Kambing.





Selain daripada itu, 

terdapat pelbagai spesies flora dan fauna di hutan lipur ini. 

Kawasan hutan lipur ini juga menyimpan pelbagai herba yang mempunyai nilai perubatan komersial.

Beberapa kemudahan disediakan

 untuk pengunjung untuk menjalankan aktiviti di sini seperti berkhemah, 

merentas denai hutan, 

berjogging, meneroka gua dan berkelah. 

Selain itu terdapat dua asrama untuk 

pengunjung yang ingin bermalam disini.


Selain menjadi kediaman pelbagai spesies flora dan fauna,

 ia menawarkan pemandangan indah landskap 

semula jadi bukit batu kapur.

Gambar paling bawah sebelah kanan adalah Makam Tok Long.

Sebenarnya ana tak ikut pun meneroka dalam gua 

sebab tangga untuk masuk ke dalam Gua Senyum sanggatlah tinggi dan curam,

Rasa gayattttttttt....... la.



Gua ini terhasil oleh perubahan dan hakisan 

pada permukaan batu kapur di kawasan Gunung Senyum.

Kebanyakan gua di Gunung Senyum itu juga dikatakan

 masih mengalami proses 

pertumbuhan stalagmit dan stalaktit. 

Setiap gua memiliki keistimewaan tersendiri dan kisah di sebaliknya.

Begitu juga gua-gua yang terdapat di Gua Senyum ini,

 ada dipaparkan pada papan tanda untuk kemudahan pengunjung. 





Misteri dan keunikan ini menjadi tarikan utama pengunjung yang menjejakkan kaki ke hutan rekreasi ini.

Antara legenda paling terkenal di Gunung Senyum dan masih disebut-sebut sehingga kini mengenai kisah 

Tok Long. Ia mengisahkan seorang lelaki berhati mulia, Tok Long yang dikatakan pernah mengahwini gadis

 bunian di kawasan gunung ini.

Akibat melanggar janji, Tok Long gagal menemui kembali isterinya di alam bunian menyebabkannya 

mengambil keputusan untuk bertafakur di dalam sebuah gua di situ sehingga meninggal dunia. Kubur di Gua

 Makam Tok Long dikatakan bukti kisah lama yang diperturunkan dari generasi ke generasi.

Meskipun tiada kisah aneh berlaku kini, gua di sini tetap mempunyai daya tarikan semula jadi untuk 

menggamit kedatangan anda.



Dari kajian arkeologi, 

hutan lipur Gua Senyum ini banyak menyimpan sejarah

 kehidupan manusia Zaman Mesolitik,

 malah  kajian berkaitan penemuan bersejarah ini masih diteruskan sehingga hari ini.

Insya-Allah dimasa akan datang,

 jika kemari lagi ana akan mencabar diri untuk melepasi cabaran pertama 

iaitu mendaki tangga yang tinggi dan curam itu.



Lagi info Gunung Senyum di myMetro:

http://www.hmetro.com.my/articles/Percutianpenuhmisteri/Article/






1 comment:

matt kincai said...

siapa pergi ke gua senyum..senyum memanjang..betul tak?