Kini sudah tiada... kerana telah dirobohkan. Yang tinggal hanya kesan tapak rumah. Papan-papan rumah tersebut telah dikumpulkan disatu tempat..untuk mengelak daripada terpijak paku.
Antara barang antik yang masih tinggal ialah lesung. Suatu masa dulu lesung ini digunakan untuk menumbuk padi dan beras.
Apabila sudah dirobohkan kelihatan kecil je tapak rumah pusaka ini. Sedangkan ketika kecil dahulu saya terasa rumah arwah datuk ini sangat besar dan luas. Terutama ruang tamu, ruang tengah dan dapur. Kemudian mempunyai dua bilik.

Menurut kata arwah katil ini kepunyaan Pak Long. Mesih kukuh lagi dan sangat berat. Oleh kerana sudah melekat kuat dan susah untuk ditanggalkan, tiada siapa mampu memgambilnya.

3 comments:
"deyhet" tau ke budak2 maknanya dan menyebutnya?hehehe!
Salam bro.matt,
Saya pun tidak berapa pasti sebutannya. Samada "deyhet" atau "Keyhet" Maksudnya di atas. Betulkan bro.matt?
deyhet...betullah tu!
Post a Comment