Wednesday, January 20, 2010

Tuliskan Pengalaman Itu, Demi Anak-anakmu!

Bersama Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, penulis buku best seller, AKU TERIMA NIKAHNYA, ketika di Pesta Buku Antarabangsa 2009.

Antara tulisan beliau yang benar-benar telah menarik perhatian saya untuk terus berblog dan menulis tentang Keluarga Othman.
"Semua itu tinggal kenangan. Satu demi satu hilang dari kehidupan.Abah kembali kepada Allah ketika saya masih terlalu muda dan mentah. Masih banyak yang belum sempat abah cerita, masih banyak yang belum sempat saya tanya.
Kerana itulah saya gigihkan diri merakam episod perjalanan hidup di blog saifulislam.com, di Majalah ANIS dan di mana sahaja ada ruang dan peluang, agar anak-anak saya tidak sedih seperti saya. Sedih kerana bayangan abah semakin kabur di ingatan, selepas satu demi satu nilai kehidupan, diubah oleh perjalanan masa dan persekitaran.Tuliskan Pengalaman Itu, Demi Anak-anakmu!"
Petikan Majalah ANIS.

1 comment:

Anonymous said...

Ayat itu juga menyentuh hati saya. Tahu tak saya air mata saya luruh begitu deras sekali apabila baca buku Aku Terima Nikahnya 1 - tentang kesepian Ustaz Hasrizal menerima hakikat ketiadaan ayah. Di ruang mata saya terbayang ayah yang kian tua di kampung. Seorang ayah adakalanya kata-katanya boleh dibilang dengan jari tapi kasih sayang dicurah sederas air mengalir. Kita anaknya yang sering lupa pada jasa dan bakti mereka curahkan.