Saturday, November 7, 2009

Kenangan 2007 - Perjumpaan Keluarga

Pada tahun 2006, perjumpaan keluarga Othman telah di adakan di Villa UKHWAH, Kuala Lumpur. Tetapi pada tahun 2007 Keluarga Othman telah mengadakan perjumpaan di dalam hutan pula. Tempat yang dimaksudkan ialah di Kampung Sungai Damar, Kuala Kubu Baharu, Hulu Selangor.Inilah tempatnya... nun di hujung kampung trdapat sebuah rumah yang telah usang dan telah dikeliling oleh pokok-pokok.

Di suatu masa dahulu rumah ini meriah dengan gelak ketawa dan senda gurau Keluarga Othman. Kini tinggal sunyi sepi....Inilah dia rumah pusaka peninggalan arwah Datuk Othman.

Keadaan luar dan dalam rumah yang telah dimamah anai-anai setelah di tinggalkan berpuluh-puluh tahun.

Gotong royong membersihkan kawasan....

Mak Ngah: Baik-baik kalau nak naik tu... tangga ni pun dah reput.
Mak Su: Teringin juga naik... tapi takut roboh pulak rumah ni...

Tiang-tiang rumah juga telah reput...

Oleh kerana terlalu subur pokok-pokok di kawasan ini... parang pun tidak lut hendak memotongnya.

Pak Long: Orang dulu guna ni sebagai berat penimbang.

Antara barang-barang kepunyaan Keluraga Othman yang tinggal kenangan..... Kasut kepunyaan arwah datuk dan lampu pelita itulah yang telah menerangi rumah ini pada waktu malam kerana ketika itu kampung ini tiada bekalan eletrik lagi.

Dalam 50 langkah sebelahan dengan rumah pusaka ini kelihatan rumah yang pernah disewa oleh Pak Long. Pak Long telah menyewa rumah itu setelah balik dari Singapura bersama lima anak yang lain. Sebelum ini anak-anak Pak Long telah dijaga oleh Keluarga Othman.

Satu kejutan daripada Mak Anjang...

Buat anak terunanya yang bernama Adam bin Yahya...

Sebiji kek telah dibuat khas untuk meraikan hari jadinya....

Allah selamatkan Adam....

Allah berkatilah umur Adam....

Allah murahkan rezeki Adam.

Menikmati makanan sambil melihat kehijuan alam semula jadi.


Setelah itu jungle traking pula diadakan... tujuannya hendak melawat kebun.

Masing-masing terkejut apabila melihat kebun datuk telah dicerobohi.

Semua pokok getah kepunyaan arwah datuk telah dicuri.

Berkumpul semula di rumah pusaka....




Pak Ngah telah mengajar cucu saudaranya menoreh.

Meneroka tempat-tempat yang pernah dijejaki ketika kecil dulu sambil mengimbau kenangan lama.

Bergambar sebagai kenang-kenangan di hadapan rumah pusaka.

Rupa-rupanya Mak Su sempat juga memotong pokok-pokok buluh untuk dijadikan hiasan rumah...

Setelah itu kami ramai-ramai menujuh ke Batang Kali untuk berkelah di sana pula.... nasib tidak baik, hujan pula turun dengan lebatnya.


Apabila hujan telah berhenti kami telah ke tempat air panas pula juga terletak di Batang Kali, Hulu Selangor.



Inilah antara kenangan yang dapat saya abadikan. Semoga ikatan persaudaraan dan kemesraaan begini akan berterusaan.... Amin.

4 comments:

Unknown said...

Kak yan teringin....teringing...teringin.....sangat...sangat nak belajar masuk kan data dalam blogspot....canggih yang macam ni...hebat hebat...

bro.matt said...

semuga ikatan silaturrahim dan kemesraan keluarga besar datuk othman berterusan...Amin..jangan ada pulak yang berebut2 harta pusaka...

Unknown said...

Salam, Kak Yan kan sudah pandai macamana nak masukkan bahan dalam blog. Jadi apa tunggu lagi... mulakan langkah untuk buat blog sendiri. Insya-Allah Kak Yan boleh.

Unknown said...

Salam bro.matt, Alhamdulillah ikatan persaudaraan keluarga Othman semakin erat. Tq atas nasihat bro.matt mengenai harta pusaka. Setakat ini nampaknya ok je diuruskan oleh wasi yang dilantik.