Tuesday, June 16, 2009

Majlis Perasmian dan Mesyuarat Agung Pertama PAKHS

"Sabtu 30 Mei ini ada mesyuarat, baliklah. Mula jam 2 petang".
Itulah antara mesaj yang saya terima daripada ayahanda tercinta (saya panggil bapak). Untuk tidak menghampakan hati orang tua, saya sekeluarga pun balik ke Kuala Kubu Bharu, Selangor. Tetapi yang mengikuti mesyuarat itu saya dan bapak sahaja.
Ketika naik bukit ke Rumah Rehat Kuala Kubu Bharu, di Padang Golf, kelihatan kain rentang yang tertulis Selamat Datang Ke Majlis Perasmian dan Mesyuarat Agung Pertama Persatuan Anak Kerinchi Hulu Selangor (PAKHS).
Rupanya bapak telah daftarkan saya dalam persatuan ini dan nombor keahlian saya ialah (00044).

Majlis yang pertama kali di adakan ini telah dirasmikan oleh Y.B. Senator Dato' Maznah Binti Mazlan, Timbalan Menteri Sumber Manusia. Dia pun orang Kerinchi juga rupanya.

Tuan Pengerusi Penaja PAKHS Tuan Haji Mohd Taufik Haji Osman sedang memberi ucapan.

Antara ahli PAKHS yang hadir.... termasuklah bapak dan Pak Ngah.

Barisan AJK PAKHS bergambar kenang-kenangan bersama Y.B. Senator Dato' Maznah Binti Mazlan.

Mak Teh dan Mak Su pun datang juga.Tahniah Mak Teh sebab dilantik menjadi AJK Kawasan Batang Kali. Semoga dengan adanya PAKHS ini dapat mengembalikan lagi kegemilangan keturunan Kerinci dan dapat mengumpul seramai mungkin tokoh-tokoh Kerinchi yang telah berjaya di masa kini pula.

Pak Ngah bersama anak lelakinya.


Info
Definasi “Anak Kerinchi” ialah nama keturunan berasal dari Sumatera, Indonesia.

Tujuan PAKHS ini ditubuhkan adalah seperti berikut:
• Menyatukan, menyusun, mengembeling dan memperkukuhkan tali persaudaraan masyarakat Kerinchi Hulu Selangor, Selangor khasnya.
• Tolong-menolong diantara sesama ahli di dalam soal kebajikan.
• Membantu memaju dan mengukuhkan Ekonomi ahli-ahli supaya dapat mewujudkan masyarakat yang lebih makmur dan bersifat berdikari yang berdisiplin.
• Menjalankan akiviti-aktiviti sukan, rekreasi, kebajikan, sosial, kebudayaan, ekonomi dan kemasyarakatan.
• Memupuk semangat perpaduan, kemesraan, keharmonian dan toleransi mengeratkan hubungan silaturahim dikalangan ahli.

4 comments:

Anonymous said...

Salam,
Bagus la persatuan ni... bagaimana hendak jadi ahli ya?

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Salam,
Keahlian terbuka kepada semua warganegara Malaysia berketurunan Kerinchi samada sebelah bapa atau ibu yang berumur 18 tahun ke atas yang tinggal di dalam daerah Hulu Selangor, Selangor.

Anonymous said...

Kita yang duduk luar Hulu Selangor tak de can lan nak jadi ahli yek.