Wednesday, June 17, 2009

Kursus Bersiri Haji

Bermula pada tarikh 14 Feb 2009, alhamdulillah hari ini 30 Mei 2009, berakhirlah sudah 12 siri Kursus Bersiri Haji 2009 yang saya dan suami mengikutinya. Masih saya ingat lagi, ketika saya jumpa iklan Kursus Bersiri Haji pada tahun lalu, saya terus call Ustaz Haji Azlan...
"Assalamualaikum ustaz, saya nak ikut kursus haji yang ustaz ajurkan. Tetapi bukan hendak pergi haji lagi tahun ni," Itulah ayat yang mula-mula terkeluar daripada mulut saya ketika call Ustaz Azlan. "Hissh... sapa kata orang nak pergi haji je kena ikut kursus... sebenarnya semua umat Islam kena belajar bab haji ini," jawab Ustaz. Malu la pulak rasanya sebab tanya soalan yang bodoh tu....
Ustaz Haji Mohd Azlan Bin Suhaimi sedang memberi penerangan sebelum melakukan latihan mengerjakan tawaf di Masjid Nurul Amin, Kg Merbau Sempak, Sungai Buluh, Selangor.
Diantara peserta wanita sedang khusyuk mendengar penerangan Ustaz Azlan.

Latihan mengerjakan Saie.Kalau hendak tahu lebih kurang 350 mengikuti kursus bersiri haji ini dan 30 daripadanya tinggal di Saujana Utama. Keputusan ujian yang paling tinggi markahnya juga adalah peserta lelaki dan wanita daripada Saujana Utama, tempat saya tinggal sekarang.

Ketika berkursus di Masjid Nurul Amin saya terserempak dengan kawan lama masa bersekolah dulu. Namanya Rokiah ... Masa tu dia tingkatan enam rendah dan saya enam atas. Tapi kami memang berkawan baik.Sekarang dia mengajar diKAFA Kubu Gajah, Sungai Buluh dan mempunyai anak empat orang.

Kursus Bersiri Haji 2008
Ini adalah gambar kenang-kenangan ketika saya mengikuti Kursus Bersiri Haji 2008 di Masjid Nurul Amin, Kg Merbau Sempak, Sungai Buloh, Selangor. Tapi saya tak de la sebab jadi tukang tangkap gambar.

Berjubah hitam adalah Haji Ayob bin Mat Aris, Pengerusi Gemilang Travel And Tours Sdn. Bhd.

Ini merupakan Kursus Bersiri Haji yang pertama kali dibuat di Masjid Nurul Amin dan tuan gurunya pun Ustaz haji Mohd Azlan Bin Suhaimi.

Pada tahun ni... agak best la sebab suasana tu macam betul-betul kat Mekah dan sedang mengerjakan haji sebab lelaki perempuan masing-masing berpakaian ihram.

Pada tahun lepas juga saya ada juga pergi ke Kampung Kerinci dan ikut mak Kursus Bersiri Haji di Masjid Al-Ikhlasiah.

Oleh kerana masjid ini besar dan luas jadi semua latihan dilakukan di dalam Masjid.

Daripada Abu Hurairah bersabda Rasulullan SAW bersabda;
“Tidak digalakkan mengembara melainkan kepada 3 buah masjid iaitu Al Masjid Al-Haram, masjidku (Masjid Madinah) dan Masjid Al Alaqsa (di Baitul Maqadis).”
Mengikut penerangan Ustaz,maksud hadis di atas ialah, sekiranya kita hendak mengambara... sebaik-baiknya kita pergilah dulu Mekah dan Madinah untuk ziarah 3 buah masjid yang disebutkan itu. Kemudian barulah meronda satu dunia.

No comments: