Sunday, February 28, 2010

Mengembara Di Dalam Tubuh Manusia



Mengembara di dalam tubuh badan manusia? Wow! sesuatu yang sangat menarik. Tahukah anda di Amsterdam ada sebuah muzium yang dikenali dengan nama Carpus Museum, yang direka khas seolah-olah 'perjalanan melalui tubuh manusia'. Bangunan muzium setinggi 35 meter tinggi itu terletak di sepanjang jalan raya A44 antara Amsterdam dan Den Haag. Berada di dalam Corpus Museum, pengunjung boleh melihat, merasakan dan mendengar bagaimana tubuh manusia bekerja. Pameran di Corpus Museum bukan sahaja menyeronokkan malah telah menyediakan pelbagai maklumat pendidikan seperti peranan makanan sihat dan gaya hidup sihat.




















Friday, February 26, 2010

Ganjaran Bagi Orang Yang Berselawat



Selawat menambah rasa kecintaan dan keterikatan kepada Rasulullah SAW, di samping membawa kita dekat kepada rahmat Allah.
Berselawat tidak semestinya dengan lisan, bagi yang sentiasa sibuk dengan kerja-kerja sudah memadai kalau berselawat di dalam hati.
Setiap kerja yang dilakukan dengan banyak mengingati kekasih Allah yang paling agung ini ada keberkatannya, antaranya:


1. Ia dapat membersihkan diri daripada dosa dan mengawal daripada melakukan dosa.

2. Wajah bercahaya, ditenangkan hati bila berhadapan dengan pelbagai dugaan.

3. Disampaikan hajat.

4. Meninggikan darjat.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud;
"Sesiapa yang berselawat ke atasku, Allah akan memberi kebahagiaan keatasnya dengan sepuluh ganjaran." (Riwayat Muslim)

5. Diberi jaminan syafaat.
Rasulullah SAW;
Abu Hurairah r.a. berkata, Nabi SAW bersabda maksudnya:
"Bacalah selawat untukku sebab bacaan selawat itu membersihkan kekotoran (dosa-dosamu) dan mintalah kepada Allah untukku wasilah."
"Manusia yang paling baik denganku pada hari kiamat, itulah orang yang paling banyak memberikan selawat ke atasku."

(Riwayat Termizi)

Abdul Laits berkata,
"Selawat adalah pencuci untukmu serta pengampunan bagi dosa-dosamu dan andaikan selawat itu tidak ada pahala kecuali mendapat syafaat Nabi SAW, nescaya itu sahaja sudah cukup untuk menjadi kewajipan seorang yang sempurna akal untuk memperbaikinya. Lebih-lebih lagi di dalamnya mengandungi ampunan dosa dan mendapat selawat daripada Allah."
Semasa berdoa, lebih afdal dimulai dengan selawat. Abul Laits meriwayatkan dari sanadnya dari Saleed bin Almusayyah, berkata: Sayidina Umar r.a. berkata;
"Saya mendapat khabar bahawa doa ini tertahan di antara langit dan bumi, tidak dapat dibawa ke atas sehinggalah dibacakan selawat di atas Nabi SAW."

Tuesday, February 23, 2010

Petua Melembutkan Hati Orang Yang Tersayang


Setiap makhluk ciptaan Allah mempunyai roh (perasaan). Termasuklah beras yang ditanak menjadi nasi. Kita boleh menggunakan nasi sebagai perantaraan kita untuk mendapat barakah. Caranya, ketika kita membasuh beras, letakkan tangan di atas beras yang mengandungi air dan berselawat ke atas Rasul junjungan. Kemudian berdoalah, ”Ya Allah dengan berkat selawat kepada junjungan besar kekasih-Mu ya Allah, lembutkanlah hati anakku dan suamiku sepertimana lembutnya beras menjadi nasi.” Insya-Allah sekiranya diamalkan secara istiqamah, seisi keluarga akan lembut hatinya dan mudah mendengar kata. Amin.

Monday, February 22, 2010

Fenomena alam

Subhanallah... cantiknya alam ciptaan-Mu Ya Allah. Fenomena alam ini dipanggil pelangi, yang akan terhasil apabila cahaya terbias melalui titik air di udara. Sebab itulah pelangi selalu dapat dilihat selepas hujan. Ia berbentuk melengkung (bulat) kerana titisan air di udara berbentuk bulat/sfera. Namun biasanya bahagian bawah pelangi itu "terlindung" oleh bumi. Fenomena pelangi ini juga boleh dilihat dengan membelakangi matahari dan menyembur air pada hari yang cerah.








Saturday, February 20, 2010

Dilahirkan Dengan Kaki Terbalik

Wang Fang seorang gadis berusia 27 tahun, berasal dari Bandar Chongqing di China. Dia dilahirkan sebagai orang yang kurang upaya kerana kakinya menghadap kearah kebelakang (terbalik). Ini telah menyebabkan keluarganya merasa bimbang sekiranya dia tidak dapat berjalan dengan sempurna. Berkat kesungguhannya, dia telah membuktikan bahawa dia bukan lagi seorang yang kurang upaya kerana dia dapat menjalani kehidupan seperti orang yang normal. Malah dia boleh berlari lebih cepat daripada rakan-rakannya yang lain. Kini dia mempunyai pekerjaan yang tetap sebagai seorang pelayan di Restoran keluarganya.

Friday, February 19, 2010

Upacara Kuno Dinasti Cin

China adakah negara perindustrian yang terkenal di dunia. Sungguhpun sudah menjadi negara maju, mereka amat berpegang teguh dan menghormati adat dan tradisi nenek moyang mereka.
Gambar menunjukkan mereka melakukan upacara kuno Dinasti Cin di bandar Hangzhou.




Surat Khabar Yang Terkecil di Dunia

Ini adalah surat khabar yang terkecil dan dijumpai di London, Inggeris. Surat khabar ini telah dicatitkan di dalam buku Guinness World Record pada 8 November 2007 sebagai surat khabar terkecil di dunia.

Monday, February 8, 2010

Kalau Boring Bolehlah Main...

Sunday, February 7, 2010

Pertandingan di Facebook

"Wah! Dalam facebook pun ada pertandingan! Menarik ni," detik kata hati saya.
Yang lebih menarik apabila dikatakan:
"INI BUKAN PERTANDINGAN MENCARI SAPA PALING CUN TETAPI KREATIVITI DAN KEBIJAKASAAN TUTUR KATA..."
Begitulah kretifnya insan yang bernama Ben Ashaari yang telah menganjurkan PERTANDINGAN TOP 100 WANITA FB BEN ASHAARI di FACEBOOK setelah didapati ada lebih 5000 org dan lebih 4000 rakannya di facebook adalah wanita. Untuk mengetahui lebih lanjut bolehlah klik;
http://www.top100wanita.blogspot.com/

Wednesday, February 3, 2010

Sudoku Puzzles

Sunday, January 24, 2010

Hari Keluarga Othman 1.1.10

Alhamdulillah... syukur sangat sebab Hari Keluarga yang sentiasa dinanti-nanti oleh Keluarga Otaman akhirnya terlaksana sudah. Bukan sengaja hendak memilih tarikh yang cantik ini... 1.1.10. Sebenarnya secara kebetulan sahaja. Kalau diikutkan... ini adalah perjumpaan untuk tahun 2009. Setelah ditunda dari hari ke hari akhirnya masing-masing bersetuju melapang masa untuk hadir Hari Keluarga pada tarikh tersebut.
Tempat yang menjadi pilihan kali ini adalah sebuah resort yang terletak di Kampung Sg Kalong di Ulu Yam iaitu UK Resort. Resort yang terletak lebih kurang 40 kilometer dari pusat bandaraya atau lebih kurang 45 minit perjalanan mungkin kurang diketahui melainkan mereka yang biasa dengan Ulu Yam. Lokasinya agak tersorok dan jauh dari resort-resort lain yang boleh dilihat sepanjang perjalanan dari Sungai Tua hingga ke pekan Ulu Yam. Jika mahu ke resort ini , anda perlu melalui Jalan Sungai Tua untuk sampai ke pekan koboi Ulu Yam.


Sebelum bermula Hari Keluarga... Mak Teh telah booking tempat ini terlebih dahulu. Oleh kerana itu... ketibaan kami di sini semuanya berjalan dengan lancar. Tempat ini adalah hak milik persendirian seorang pesara. Rupa-rupanya Pak Su memang kenal sangat dengan pemilik resort ini kerana suatu masa dahulu beliau merupakan bekas guru besar tempat Pak Su mengajar dahulu.


Wah! Bestnya sesekali menikmati suasana kampung yang jauh dari kesibukan kota. Sungainya yang sederhana dalam dan tidak membimbangkan jika kanak-kanak bermain di dalamnya. Bermandi-manda ketika cuaca yang sangat hangat sungguh menyegarkan kerana air sungainya sangat sejuk. Tambahan pula persekitarannya yang terselindung dari bahang mentari, memang menjadi satu nikmat dan ketenangan yang sungguh luar biasa.





Antara kemudahan yang disediakan di sini ialah 7 unit chaler, tapak perkhemahan, dewan, surau, tandas dan bilik persalinan. Alhamdulillah oleh kerana telah booking awal, kami telah mendapat keizinan menjalankan aktiviti Hari Keluarga Othaman di dalam surau tanpa sebarang bayaran. Hanya chalet sahaja dikenakan bayaran. Oleh kerana kehadiran menggalakkan… khemah juga telah disewa dengan kadar harga RM30 satu khemah.
Tempat ber-bbq juga turut disediakan. Terima kasih kepada Yan sekeluarga kerana telah bersusah payah menyediakan ayam, ikan dan udang yang sangat enak sekali untuk hidangan malam itu.


Seperti biasa antara acara yang wajib ialah solat berjemaah apabila masuk waktunya.


Sementara menunggu makanan siap... bermulalah acara pertama untuk remaja.


Setelah dibahagikan kepada empat kumpulan... setiap kumpulan hendaklah berjumpa dengan setiap ketua keluarga untuk mengetahui salasilah Keluarga Othman.



Menikmati hidangan yang disediakan.


Berkenal-kenalan sudah, solat sudah, acara remaja sudah dan makan-makan pun sudah. Kini tiba masanya untuk mengetahui keputusan kumpulan mana yang berjaya. Alhamdulillah... nampaknya semua peserta yang terlibat telah bekerjasama dan dapat menyelesaikan kerja yang telah diberi. Tahniah kepada anak-anak muda semua.


Tibalah masanya untuk melelapkan mata. Oleh kerana hujan turun dengan lebatnya... khemah yang dipasang terpaksa dibawa ke dalam surau agar mendapat keselesaan untuk tidur. Pada malam itu juga, anak Mak Jang yang bernama Adam dari Langkawi , Kedah... baru sampai di UK Resort, sebagai mewakili keluarganya yang tidak dapat hadir. Ini disebabkan di Kedah sekolah bermula pada hari Ahad (esok hari).


Keesokkan harinya... oleh kerana bahan bbq masih banyak berlebihan dan masih elok... kerja membakar bbq diteruskan. Sekali lagi semua keluarga berkumpul untuk memulakan acara sukaneka.


`Memakai baju pahlawan daripada suratkhabar' merupakan acara berkumpulan remaja.



Gambar di atas... barisan pahlawan dengan persalinan yang sungguh bergaya.... memang nampak gagah dan segak. Gambar di bawah adalah kumpulah yang berjaya mendapat tempat pertama. Tahniah!


Sekarang acara dewasa pula. Antaranya acara tetap iaitu bowling padang.


Ahli keluarga wanita juga tidak ketinggalan untuk menyertai acara yang disediakan.


Tidak dilupakan acara kanak-kanak. Alhamdulillah masing-masing telah memberi kerjasama yang baik sekali. Suasana sungguh meriah dengan gelak ketawa dan usik mengusik sekadar gurau senda telah menghiasi dan menghidupkan suasana sukaneka ini.


Tiba masanya untuk penyampaian hadiah kepada yang berjaya. Terlebih dahulu ketua Keluarga Othman telah dijemput ke hadapan untuk diraikan.


Boleh dikatakan semua ahli keluarga telah menerima hadiah. Sebelum menutup majlis Adam anak kepada Mak Jang telah dipanggil untuk memberi ucapan dan menyampaikan pesanan daripada ibunya yang tidak dapat hadir. Hajjah Sohana yang baru pulang daripada tanah suci dari mengerjakan haji telah diberi kesempatan berucap dan menceritakan pengalaman beliau ketika menunaikan fardu haji.

Sebelum bersurai.... adalah acara bergambar beramai-ramai sebagai kenang-kenangan. Rupa-rupanya ramai yang sudah terjun kesungai untuk bermanda manda sebelum pulang sehingga lupa adanya acara bergambar beramai-ramai.

Senyum semuaa........ satu.... dua.... tiga... KLIK!

Wednesday, January 20, 2010

Tuliskan Pengalaman Itu, Demi Anak-anakmu!

Bersama Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, penulis buku best seller, AKU TERIMA NIKAHNYA, ketika di Pesta Buku Antarabangsa 2009.

Antara tulisan beliau yang benar-benar telah menarik perhatian saya untuk terus berblog dan menulis tentang Keluarga Othman.
"Semua itu tinggal kenangan. Satu demi satu hilang dari kehidupan.Abah kembali kepada Allah ketika saya masih terlalu muda dan mentah. Masih banyak yang belum sempat abah cerita, masih banyak yang belum sempat saya tanya.
Kerana itulah saya gigihkan diri merakam episod perjalanan hidup di blog saifulislam.com, di Majalah ANIS dan di mana sahaja ada ruang dan peluang, agar anak-anak saya tidak sedih seperti saya. Sedih kerana bayangan abah semakin kabur di ingatan, selepas satu demi satu nilai kehidupan, diubah oleh perjalanan masa dan persekitaran.Tuliskan Pengalaman Itu, Demi Anak-anakmu!"
Petikan Majalah ANIS.