Friday, February 26, 2010

Ganjaran Bagi Orang Yang Berselawat



Selawat menambah rasa kecintaan dan keterikatan kepada Rasulullah SAW, di samping membawa kita dekat kepada rahmat Allah.
Berselawat tidak semestinya dengan lisan, bagi yang sentiasa sibuk dengan kerja-kerja sudah memadai kalau berselawat di dalam hati.
Setiap kerja yang dilakukan dengan banyak mengingati kekasih Allah yang paling agung ini ada keberkatannya, antaranya:


1. Ia dapat membersihkan diri daripada dosa dan mengawal daripada melakukan dosa.

2. Wajah bercahaya, ditenangkan hati bila berhadapan dengan pelbagai dugaan.

3. Disampaikan hajat.

4. Meninggikan darjat.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud;
"Sesiapa yang berselawat ke atasku, Allah akan memberi kebahagiaan keatasnya dengan sepuluh ganjaran." (Riwayat Muslim)

5. Diberi jaminan syafaat.
Rasulullah SAW;
Abu Hurairah r.a. berkata, Nabi SAW bersabda maksudnya:
"Bacalah selawat untukku sebab bacaan selawat itu membersihkan kekotoran (dosa-dosamu) dan mintalah kepada Allah untukku wasilah."
"Manusia yang paling baik denganku pada hari kiamat, itulah orang yang paling banyak memberikan selawat ke atasku."

(Riwayat Termizi)

Abdul Laits berkata,
"Selawat adalah pencuci untukmu serta pengampunan bagi dosa-dosamu dan andaikan selawat itu tidak ada pahala kecuali mendapat syafaat Nabi SAW, nescaya itu sahaja sudah cukup untuk menjadi kewajipan seorang yang sempurna akal untuk memperbaikinya. Lebih-lebih lagi di dalamnya mengandungi ampunan dosa dan mendapat selawat daripada Allah."
Semasa berdoa, lebih afdal dimulai dengan selawat. Abul Laits meriwayatkan dari sanadnya dari Saleed bin Almusayyah, berkata: Sayidina Umar r.a. berkata;
"Saya mendapat khabar bahawa doa ini tertahan di antara langit dan bumi, tidak dapat dibawa ke atas sehinggalah dibacakan selawat di atas Nabi SAW."

1 comment:

Amirul said...

Marilah sama-sama kita ucapkan selawat dan salam kepada Rasul Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.
Semoga kita mendapat Syafaat Baginda S.A.W. di akhirat kelak...