Friday, October 7, 2011

Foto Kenangan Berusia Separuh Abad


Gambar arwah datuk (Othman bin Hj Khalid) berdiri sebelah kanan sekali.
 Duduk dua dari kanan (paling kecil orangnya) ialah Pak Ngah (Hamzah bin Othman)


Pada tanggal 31.08.1957, 
tepat pada detik pertama pukul 12.00 tengah malam, 
Padang Kelab Selangor di Kuala Lumpur, 
bergema dan bergemuruh dengan laungan
 “MERDEKA”
 yang penuh bersemangat bagi menandakan lahirnya 
sebuah negara baru yang berdaulat, 
setaraf dan setimpal 
dengan semua negara-negara yang berdaulat di dunia. 
Negara itu ialah Persekutuan Tanah Melayu.

Pada malam itu juga, 
bertempat di Dewan Kuala Kubu Baharu,
 Selangor 
sedang berlangsungnya 
Pertandingan Drama Peringkat Daerah. 
Antara peserta yang terlibat ialah peserta daripada 
Kampung Sungai Damar, Kuala Kubu Selangor
 dengan membawa drama yang bertajuk 
“Merdeka! Merdeka! Merdeka!  

Alhamdulillah, 
akhirnya kumpulan ini telah memenangi tempat pertama (Johan).
Sekiranya ana ada ketika itu,
 sudah tentulah ana berasa bangga.. bangga sangat-sangat
 dengan kejayaan tersebut.
 Ini adalah disebabkan
 orang yang terlibat dalam lakunan tersebut 
adalah datok ana sendiri yang bernama Othman bin Haji Khalid 
dan Pak Ngah ana bernama Hamzah bin Othman.

Sebenar-benarnya,
yang buat ana kagum sangat-sangat
 ialah kerjasama yang ditunjukkan 
oleh penduduk-penduduk Kampung Sungai Damar itu sendiri. 
Ini adalah hasil munfakat mereka 
akhirnya mereka muncul sebagai yang terbaik pada ketika itu. 
Sekiranya tiada kata sepakat diantara mereka,
 sudah tentu mereka tidak boleh bekerjasama 
dan duduk di dalam satu pentas persembahan. 
Tahniah! 
Dan tabik spring buat semua yang terlibat. 
Al-Fatihah 
buat arwah-arwah datuk-datuk dan pakcik-pakcik 
yang telah meninggal dunia. 
Sekalung ucapan terima kasih 
buat Mak Long Siti Rafiah Ishak
 yang telah download gambar ini difacebooknya.
Dan izinkan saya share 
gambar yang telah 
berusia 54 tahun dan 
separuh abad ini.
Sekian.
(^_^)








Saturday, October 1, 2011

MOH KITA KE GUNUNG SENYUM




Selamat datang ke Hutan Lipur Gunug Senyum. 

"Hutan kebanggaan anda."

Itulah antara tercatit di papan tanda apabila memasuki kawasan ini.

Alhamdulillah.... 

akhirnya sampai juga kami di kaki Gua Senyum 

setelah sekian lama menyimpan hasrat 

hendak kemari tetapi asyik tidak jadi je. 

Setiap kali nak pergi ada sahaja halangannya.

Jadi kedatangan kami di sini sebenarnya kebetulan sahaja kerana telah lalu di kawasan ini.

Oleh kerana itu,

 kelihatan sopan sahaja  dengan berbaju kurung

walaupun hendak melakukan aktiviti lasak selepas ini.

Ok....

 Satu... Dua.... Tiga...

Senyummmmmmmmmm...... KLIK!

Tak sah rasanya kalau tak bergambar tempat begini.





Kalau hendak tahu.., 

Hutan Lipur Gunung Senyum terletak dalam Hutan Simpan Jengka 

yang terletak 20km dari Bandar Jengka, 

dan 40km dari Bandar Temerloh.



Hutan Lipur Gunung Senyum meliputi kawasan seluas 794 hektar dan 

menjadi sebahagian Hutan Simpan Jengka 1,2,3 dan 4. 

Jika dilihat dari jauh, 

Hutan Lipur Gunung Senyum akan kelihatan seperti muka orang 

sedang tersenyum dan mengadap kelangit.




Sebelum meneroka gua, 

terlebih dahulu perlu mendapatkan khidmat pemandu 

di Pejabat Perhutanan Hutan Lipur Gunung Senyum. 

Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan sebarang 

kejadian  yang tidak diingini.

Dalam gambar di atas Abah dan Ngah berehat 

dipondok sahaja sementara menunggu cucu-cucunya meneroka Gunung Senyum.

Mereka sudah selalu berkunjung ke sini sebab itu dah tak kisah.





Gunung Senyum  yang mempunyai ketinggian 1,594 m ini 

merupakan  hutan rekreasi jenis Hutan Dipterokarp Pamah. 

 Mula dibuka pada Julai 1989.

Hutan Lipur ini terkenal dengan keunikan gua-gua 

yang penuh dengan misteri yang tersendiri. 

Menurut kajian arkeologi,

 hutan lipur ini terdapat bukti kesan-kesan sejarah 

kehidupan manusia zaman Mesolitik.




Terdapat 20 gua dengan tapak arkeologi di Gunung Senyum.

 7 gua di Jebak Puyuh dan terdapat dua laluan denai untuk

 pengunjung menjelajah hutan dan gua iaitu ke Jebak Puyoh 

dan laluan dari Gua Kelawar ke Gua  Kambing.





Selain daripada itu, 

terdapat pelbagai spesies flora dan fauna di hutan lipur ini. 

Kawasan hutan lipur ini juga menyimpan pelbagai herba yang mempunyai nilai perubatan komersial.

Beberapa kemudahan disediakan

 untuk pengunjung untuk menjalankan aktiviti di sini seperti berkhemah, 

merentas denai hutan, 

berjogging, meneroka gua dan berkelah. 

Selain itu terdapat dua asrama untuk 

pengunjung yang ingin bermalam disini.


Selain menjadi kediaman pelbagai spesies flora dan fauna,

 ia menawarkan pemandangan indah landskap 

semula jadi bukit batu kapur.

Gambar paling bawah sebelah kanan adalah Makam Tok Long.

Sebenarnya ana tak ikut pun meneroka dalam gua 

sebab tangga untuk masuk ke dalam Gua Senyum sanggatlah tinggi dan curam,

Rasa gayattttttttt....... la.



Gua ini terhasil oleh perubahan dan hakisan 

pada permukaan batu kapur di kawasan Gunung Senyum.

Kebanyakan gua di Gunung Senyum itu juga dikatakan

 masih mengalami proses 

pertumbuhan stalagmit dan stalaktit. 

Setiap gua memiliki keistimewaan tersendiri dan kisah di sebaliknya.

Begitu juga gua-gua yang terdapat di Gua Senyum ini,

 ada dipaparkan pada papan tanda untuk kemudahan pengunjung. 





Misteri dan keunikan ini menjadi tarikan utama pengunjung yang menjejakkan kaki ke hutan rekreasi ini.

Antara legenda paling terkenal di Gunung Senyum dan masih disebut-sebut sehingga kini mengenai kisah 

Tok Long. Ia mengisahkan seorang lelaki berhati mulia, Tok Long yang dikatakan pernah mengahwini gadis

 bunian di kawasan gunung ini.

Akibat melanggar janji, Tok Long gagal menemui kembali isterinya di alam bunian menyebabkannya 

mengambil keputusan untuk bertafakur di dalam sebuah gua di situ sehingga meninggal dunia. Kubur di Gua

 Makam Tok Long dikatakan bukti kisah lama yang diperturunkan dari generasi ke generasi.

Meskipun tiada kisah aneh berlaku kini, gua di sini tetap mempunyai daya tarikan semula jadi untuk 

menggamit kedatangan anda.



Dari kajian arkeologi, 

hutan lipur Gua Senyum ini banyak menyimpan sejarah

 kehidupan manusia Zaman Mesolitik,

 malah  kajian berkaitan penemuan bersejarah ini masih diteruskan sehingga hari ini.

Insya-Allah dimasa akan datang,

 jika kemari lagi ana akan mencabar diri untuk melepasi cabaran pertama 

iaitu mendaki tangga yang tinggi dan curam itu.



Lagi info Gunung Senyum di myMetro:

http://www.hmetro.com.my/articles/Percutianpenuhmisteri/Article/






Saturday, September 24, 2011

"JIMAT TENAGA, JIMAT BAJET"

Tahukah anda apakah yang menyumbang kepada bacaan bil elektrik bulanan anda?



Tarif TNB untuk Semenanjung Malaysia ialah kira-kira 30 sen kepada 45 sen kilowatt / jam (kWj), bergantung kepada penggunaan andaLebih banyak anda gunakan, lebih mahal kadar!

Berikut adalah jadual ringkas alat-alat elektrik yang biasa, dan anggaran kasar jumlah kos untuk perbandingan bagi setiap jam. (Kos ini mungkin kelihatan rendah, tetapi ingat, walaupun menggunakan 3 sen / jam bermakna anda akan membayar kira-kira RM 20 bulan jika anda meninggalkan ia selama 24 jam sehari!)

 

Appliance

Estimated cost (cent/hour)
Fluorescent lights

1 sen
Wireless Router

1 sen
ASTRO decoder + dish

2 sen
Table Fan

2 sen
Incandescent lights

3 sen
Ceiling Fan

3 sen
Computer (laptop)

5 sen
CRT ( ‘ normal ’ ) TV (21 inch)

3 sen
LCD TV (32 inch)

7 sen
Computer (desktop)

9 sen
Plasma TV (42 inch)

10 sen
Washing Machine

15 sen
Vacuum Cleaner

17 sen
Electrical Clothes Iron

33 sen
Electric Hot Plate

46 sen
Air Conditioning

46 sen
Electric Water 
Kettle
50 sen


“SAVE ENERGY, SAVE BUDGET”