Alhamdulillah
berkat ana mencabar diri
akhirnya sampai juga di Jakarta.
Sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta
jam 12.00 pagi.
Lapangan terbang ini dinamakan sempena
Presiden pertama Republik Indonesia,
Soekamo dan timbalan presiden,
Mohammad Hatta.
Lapangan Terbang ini mula beroperasi
pada pertengahan 1980an,
menggantikan lapangan terbang lama
di Kemayoran utara Jakarta.
Dari Soekarno-Hatta International Airport
rombongan kami telah menaiki kereta sewa untuk ketempat penginapan.
30 minit perjalanan
akhirnya sampailah di Novotel Mangga Dua Hotel di Jakarta
yang merupakan hotel bertafaf 4 bintang.
Kami singgah sekejap di hotel untuk mendaftar masuk
dan
meninggalkan semua barang-barang di kuanter pendaftaran.
Kemudian menikmati makan tengahari
di restoran yang terletak
dibawah Hotel Navotel itu.
Di Restoran Selera Padang...
Tak perlu ambil pesanan....
Apabila kita duduk sahaja....
palayan kedai ini akan
mengeluarkan semua jenis lauk
yang mereka ada
dan terus dihidangkan di dalam pinggan-penggan
yang sederhana besarnya.
Oleh kerana itu penuh meja dengan lauk-pauk
yang bebagai jenis masakan.
Sekiranya kita makan sedikit sahaja lauk di dalam pinggan itu
akan dikira sudah makan.
Cara mereka hendak mengira jumlah harganya...
mereka akan susun pinggan mengikut saiz
Jadi mereka akan mengira mengikut
berapa banyak lauk pinggan telah dikosongkan.
Di Novotel Mangga Dua Hotel di Jakarta
Di bahagian tengah hotel ini terdapat sebuah kolam renang saiz Olimpik.
Hotel ini berkonsepkan
dekorasi kontemporari di Asia.
hotel ini ideal untuk perjalanan perniagaan
dengan WiFi di semua kawasan
dan ruang pertemuan untuk 11 hingga 1500 orang.
Antara majalah-majalah terdapat di pasaran Indonesia.
Hai... ada juga orang nak ambil gambar ana ya.
Terima kasih.
Setiap kali ada perjumpaan... mesti makan.
Sebab makanan memang sentiasa ada sahaja terhidang di restoran ini.
Makan aja la...
sebab sudah termasuk dalam pakej penginapan
dan tak perlu bayar.
Makanan yang disediakan hanyalah kueh mueh sahaja...
Makanan berat seperti nasi memang tidak disediakan oleh pihak hotel.
Kalau nak tahu yang berdiri itu adalah Encik Zawahir
bos besar IRM.
Sesi memperkenalkan diri masing-masing...
Masing-masing tekun mendengar taklimat.
"Ok.. kita berkumpul disini lagi malam nanti
sebelum dibawa ketempat makan malam,"
kata Encik Zawair.
Di Pondok Sedap Malam
Pada malam itu,
kami telah dibawa makan malam
di Pondok Sedap Malam.
Nak juga bergambar
walaupun di dalam kegelapan...
Kalau hendak makan disini kena tempah lebih awal.
Oleh itu ketika kami sampai... makanan sudah siap sedia untuk dihidangkan.
Mar dan Linda... staf IRM.
Ini ikan terbang...
Sebenarnya rasanya macam ikan goreng biasa je.
Tetapi,
bila cara potong dan memasaknya
menjadikan ikan itu nampak
sangat menarik sekali.
Inilah antara siput yang dihidang.
Pertama kali ana tengok dan makan siput
berbentuk empat segi ini.
Burb!
Alhamdulillah perut pun sudah kenyang...
Balik hotel untuk berehat
sebab esok ada
Visi dan Misi
yang perlu dilaksanakan.