Showing posts with label ANA lah Asy-Syam. Show all posts
Showing posts with label ANA lah Asy-Syam. Show all posts

Thursday, October 24, 2013

Ziarah Ramadan 2 - Siri 2 - Kenangan di dalam Keretapi Senandung Langkawi


Sebelum menjelang raya korban 
ana dan dua orang anak yang lain
telah nekat untuk balik KKB naik KTM sahaja.
Terpaksa buat begitu 
sebab anak-anak yang bersekolah hanya dapat cuti 
pada hari raya.... 
ya hanya satu hari sahaja.
Oleh kerana itu Encik suami kena tunggu mereka.
Bestnya... 
sebab luar dan dalam KTM lengang gila.
Mungkin ramai tidak balik kot.


Sepanjang dalam keretapi
sudah tentulah
ana terkenangkan rakan-rakan media 
ketika mengikuti 
Program  Ziarah Ramadan 2
yang telah diadakan pada
18 Julai hingga 21 Julai 2013 yang lalu.



Program ini telah ditaja oleh Buraq Oil 
dengan kerjasama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)
dan Tourism Malaysia.


Di dalam keretapi kami telah ditempatkan
 dalam koc even
yang tiada kerusi.
Bermakna koc tersebut lapang sahaja
untuk membolehkan melakukan aktiviti.solat berjemaah
di dalam keretapi.



Inilah pengalaman pertama ana solat di atas keretapi.
Nampak mudah tetapi agak mencabat juga.



Bayangkan bagaimana keadaannya jika anda solat 
dalam keadaan bergegar seumpama
gegaran gempa bumi....



Sudah tentulah kita akan sedaya upaya untuk
  mengimbangkan badan kita untuk mengelakkan diri
daripada jatuh tersungkur.
Ya...
itulah pengalaman yang ana alami
walaupun solat dalam keadaan duduk
kerana
keadaan keretapi sentiasa bergegar.
Namun begitu pengalaman
ini sangat bermakna buat ana.



Selesai solat tarawikh hidangan bungkusan makanan
pula diedarkan.


Rupaya moreh juga disediakan 
setelah selesai solat tarawikh.



Rezeki jangan ditolak...



Nasi lemak panas pun ada...



Allahuma bariklama fimarazaktana wakina azabanar.



Bismillah
Jom makan...



Yang paling menarik sekali ialah
aktiviti ibadah di dalam keretapi
telah dirakam oleh krew  TV3.



Ianya telah tersiar di dalam Buletin Utama jam 8 
keesokan harinya.






Kini sesi beramah mesra pula.



Man Raja Lawak juga hadir dan turut serta 
dalam pengagihan kurma di dalam keretapi.




Disebalik tabir ini sebenarnya
ada katil dua tingkat dan tempat penumpang-penumpang  KTM tidur.


Dj Nini dari TV1 pun ada...



Dj Nini bergabung dengan Man Raja Lawak
memang telah
menceriakan suasana.




Agaknya pakcik ini mungkin rasa
seperti bermimpi apabila
Man Raja Lawak mengejutnya untuk  bersahur.


Termasuklah se kecil ini
Walaupun tidak mengenali siapa
yang mengganggu tidurnya sebentar tadi.
Namun tiada rengitan dan tangisan
kedengaran.




Bersama wartawan TV3 yang rasa terkilan
kerana tidak dapat turut serta
program ke Kedah kerana terpaksa bertugas.



Sebenarnya banyak lagi 
kenangan di dalam
Keretapi Senandung Langkawi ini.
Namun biarlah dahulu keretapi ini
membelah malam sunyi  yang gelap pekat
menuju ke Kedah.

Ana akan catat lagi kenangan itu nanti agat tidak hilang begitu sahaja.
Insya-Allah 

Monday, September 23, 2013

Nasi Ayam Punya Cerita

Setiap kali masak nasi ayam... 
pasti akan teringatkan mak mertua ana.
 Pernah suatu hari diawal perkahwinan 
ketika balik ziarah keluarga sebelah suamiku di Jengka, Pahang...
 mak mertua ana sedang masak di dapur.
Sambil bersalaman dan bertanya khabar ana bertanya;
Ana :  Mak masak apa tu?
Mak: Masak nasi ayam.
Ana: (Dalam hati) Mak ni macam tahu-tahu je anak dia nak balik... 
siap masak special lagi.
Ana: Hendak buat apa lagi mak... biar saya tolong.
Mak: Tak payah... syam kan baru sampai, pergi rehat. 
Lagi pun mak sudah siap masak.

Selesai solat... 
mak panggil makan kerana makanan sudah siap terhidang. 
Ketika berhadapan dengan hidangan hati ana terdetik...
"Tadi mak kata masak nasi ayam tetapi kenapa tidak dihidangkan?"
Lalu ana bertanya;
Ana: Bukan ke tadi mak kata masak nasi ayam?
Mak: (Sambil tersenyum) Betul... 
mak masak nasi untuk beri ayam, 
bukan masak nasi ayam untuk kita sekeluarga.
Ana: Ooooo... macam itu rupanya. Masak nasi untuk ayam...
Mak: Ya masak nasi untuk beri ayam makan 
sebab abah tidak sampai hati ayam-ayam yang dibela makan makanan yang keras.

Begitulah ceritanya.... ana salah sangka rupanya.



Resipi
Nasi Ayam Hainan



Bahan-bahannya:
Bahan A
1 ekor ayam/1whole chicken (1.5kg)
500g beras makan/rice
Bahan B
2cm halia/ginger
4 ulas bawang putih/shallot
2 sudu makan minyak bijan
2 sudu makan minyak masak
2 sudu makan serbuk pati ayam/chicken stock

cacah/gravy
5 biji lada hidup/fresh chili
10 biji bawang putih/shallot
3 sudu makan cuka/vineger
3 biji limau kasturi/lime
gula secukupnya/sugar

Cara
AYAM:
Bersihkan ayam bulat dan di gantung selama 30min sehingga kering sikit.Masakan air 3/4 dalam belanga besar(cukup masukan ayan tadi).Masukkan ayam tadi kedalam air yang mendidih, kecilkan apinya dan masakan dalam 40min.
Selepas masak sediakan basin yang penuh dengan Ais Batu dan Ayer.Masukan ayam tadi kedalamnya dan rendamnya selama 5min lepas itu di gantung untuk buang segala airnya (Air yang sejuk penuh ais dapat membekukan lemak ayam bila di makan nanti tidak berapa kering)
Nasi:
Bersihkan beras makan dan dikeringkan,Tumis Bahan B dengan api kecil dan seterusnya masukan beras tadi dan di gaul sehingga sebati.Masukan ke periuk masak nasi dan masak seperti masak nasi biasa.

Cadangan Hidangan:
Bagi Cacah
Bersihkan lada dan masukan dalam blender,masukan cuka gula dan air kasturi dan sedikit air dan garam..lepas tu blender lah....
Tambahan:
(Air yang sejuk penuh ais dapat membekukan lemak ayam bila di makan nanti tidak berapa kering)
(Beras kalau ingin yang lebih lazat gantikan ayer masak dengan air masak ayam dan masukan 5 helai daun pandan)




Thursday, September 5, 2013

Perlawanan Bowling Staf GIMG

Terjumpa gambar main bowling sempena 
Festival Sukan SAKTI anjuran GIMG 
yang telah di adakan pada 9.1.2012.
Walaupun sudah setahun berlalu tetapi
pertandingan ini telah
menjadi sejarah dalam hidup ana.
Siapa sangka ana
Johan bagi ketogeri wanita.
Fuhhh...!
Mamang tak percaya.
Apabila ditanya rahsianya,
ana jawab;
sebab selalu buat latihan baling pinggan mangkuk kat cik abang
hahaha.... acah je.
Alhamdulillah.... kebetulan sahaja kali ini ana lebih bernasib baik.
(^___^)












Monday, April 22, 2013

Tiket ke Singapura...

Niat hendak ke Singapura memang sudah lama terpasak di hati ana. Cuma tidak pasti lagi bila akan pergi dan dengan siapa. Sehinggalah ana terjumpa iklan rombongan ke Singapura sempena Majlid Maulid @ Haul Masjid Ba’alawi.  
“Wah! Ini sangat menarik, sebab dengan RM100.00 akan dibawa melawat sekitar beberapa tempat di Singapura,” bisik hati ana.
Iklan tersebut diajukan kepada beberapa rakan di pejabat dan mereka juga turut berminat untuk turut serta. Sebagai manusia kita hanya boleh merancang tetapi Allah menentukan. Oleh kerana tidak  dapat menghubungi pihak penganjur program tersebut, kami telah bertekat untuk meneruskan misi cinta Rasul ini. Ya, kami akan pergi sendiri dengan menaiki bas.
 Hishh! Hishh! Takkan nak cepat mengalah kan sebab masing-masing sudah dapat lesen besar (kebenaran) daripada suami tercinta. Bos di pejabat juga telah meluluskan cuti kami semua.
Enam orang telah beri nama dan perjalanan ini akan diketua oleh Pengarah Urusan GISB Tuan Haji Abu Hassan Morad atau lebih mesra dipanggil Cikgu sahaja. Lima orang lagi adalah staf wanita yang terdiri daripada Puan Hajah Aliyah Sijari (Kak Aliyah), Puan Jalilah (Editor Q&A), Puan Norhashimah (Editor Anis), Mira ( staf admin) dan ana.  
Puan Aliyah telah membeli tiket bas Nice Executive Coach dan tarikhnya ialah 6 Mac 2013 jam 12.30 malam. Alhamdulillah.



6 Mac 2013
Pagi ini ana pergi pejabat dengan membawa beg pakaian kerana memang sudah bersepakat dengan rakan yang lain mahu berkumpul di pejabat dan bertolak bersama-sama ke stesen bas pada malam ini.
Sampai di pejabat Puan Aliyah telah memaklumkan bahawa baru dia perasan tiket bas tersebut tercatat tarikh 14 Mac 2013 dan bukannya 6 Mac seperti mana yang dia beritahu sebelum ini.
Dia telah menghubungi pihak bas Nice Executive Coach untuk tukar tiket tersebut kepada tarikh hari ini. Alhamdulillah bas yang akan ke Singapura hanya ada pada jam 5.00 petang ini sahaja sebab pada waktu malam bas sudah dicatar.
"Ok, kami setuju... simpankan tiket tersebut dan sebentar lagi kami sampai untuk mengambilnya," kata Puan Aliah. 
Maka bergegaslah kami ke Setesen KTM lama di Kuala Lumpur untuk mengambil tiket tersebut.



"Ketika telefon hari itu berkali-kali makcik ingatkan... makcik nak tiket 6 haribulan tau... Macamana la boleh tersalah dengar," beritahu Puan Aliyah.
Budak yang menjaga kaunter hanya melemparkan senyuman kerana bukan dia bertugas pada hari kejadian. Alhamdulillah sebab tiket tersebut boleh ditukar kepada tarikh hari ini. Sementara satu tiket untuk Cikgu terpaksa dipulangkan walaupun hanya dapat  separuh harga kerana kami tidak dapat hubungi Cikgu kerana beliau ada mesyuarat penting di Perak.



"Wah! Melihat gambar ini rasa tidak sabar hendak naik bas yang mempunyai layanan istimewa ini.



Urusan tukar tiket selesai. 
Pengajaran yang boleh diambil :
 SILA SEMAK TIKET ANDA SEMULA
sebelum meninggalkan tempat ini.


Kemudian singgah sebentar di Giant Kota Damansara untuk tukar duit.  Ana tukar duit singapura untuk  80 dolar sahaja dan duit tukarannya adalah bersamaan dengan RM201.60. Duit ini sekadar untuk makan dan minum sahaja dan bukan untuk shoping sebab ana tahu barang di Singapura mahal sebab RM1.00 duit kita bersamaan 3 dolar duit Singapura. Ketika tukar duit dapat panggilan Cikgu mengatakan bahawa beliau tidak sempat hendak naik bas dan akan naik kapal terbang pada malam ini.





Jam tiga petang kami sudah bertolak ke Bangunan Stesen lama KTMB. Di hadapan bangunan ini terletaknya Syarikat Nice Executive Coach.



 Nice Executive Coach.





Di dalam bangunan ini disediakan tempat menunggu yang sangat menarik..


Sambil menunggu bas, kami dihidangkan minuman petang.


Antara barang akan kami bawa ke Singapura.


Info mengenai Bangunan Stesen Kereta Api.



Ini dia bas yang akan membawa kami ke Singapura.


 RM88.50 tambang kami ke Singapura.


Rupanya hanya kami berlima sahaja penumpang bas ini. 
Bas ini bagaikan sudah ditawan oleh kami hahaha... (perasaan aje tu).


Apa lagi... buat macam rumah sendiri lah.... bercerita dari satu tajuk ke satu tajuk. 
Inilah pertama kali ana naik bas tidak tidur. 
Mungkin juga himahnya berjalan waktu siang, leka melihat pemandangan sepanjang jalan. 


Sambil berborak... mulut kami asyik menguyah je.  


Penat bercakap kami tengok tv yang terletak di tempat duduk masing-masing.


Di bawah tempat duduk masing-masing rupanya ada plak untuk membolehkan kita caj hp dan sebagainya.


Antara hidangan yang disediakan oleh pihak bas untuk minuman petang.


Ketika berhenti solat di Tapah, Perak jumpa Zahir staf GIMG yang akan ke Johor untuk memeriahkan program Mahabah IKIM.fm

Cukup di sini dahulu.... nanti ana akan sambung cerita mengenai pengalaman ana di Singapura.
Assalamualaikum....