“Wah!
Ini sangat menarik, sebab dengan RM100.00 akan dibawa melawat sekitar beberapa
tempat di Singapura,” bisik hati ana.
Iklan
tersebut diajukan kepada beberapa rakan di pejabat dan mereka juga turut
berminat untuk turut serta. Sebagai manusia kita hanya boleh merancang tetapi
Allah menentukan. Oleh kerana tidak dapat menghubungi pihak penganjur program
tersebut, kami telah bertekat untuk meneruskan misi cinta Rasul ini. Ya, kami
akan pergi sendiri dengan menaiki bas.
Hishh! Hishh! Takkan nak cepat mengalah kan
sebab masing-masing sudah dapat lesen besar (kebenaran) daripada suami tercinta. Bos di pejabat juga telah meluluskan cuti kami semua.
Enam
orang telah beri nama dan perjalanan ini akan diketua oleh Pengarah Urusan GISB
Tuan Haji Abu Hassan Morad atau lebih mesra dipanggil Cikgu sahaja. Lima orang
lagi adalah staf wanita yang terdiri daripada Puan Hajah Aliyah Sijari (Kak
Aliyah), Puan Jalilah (Editor Q&A), Puan Norhashimah (Editor Anis), Mira ( staf admin) dan ana.
Puan
Aliyah telah membeli tiket bas Nice Executive Coach dan tarikhnya ialah 6 Mac
2013 jam 12.30 malam. Alhamdulillah.
6
Mac 2013
Pagi
ini ana pergi pejabat dengan membawa beg pakaian kerana memang sudah
bersepakat dengan rakan yang lain mahu berkumpul di pejabat dan bertolak
bersama-sama ke stesen bas pada malam ini.
Sampai
di pejabat Puan Aliyah telah memaklumkan bahawa baru dia perasan tiket bas
tersebut tercatat tarikh 14 Mac 2013 dan bukannya 6 Mac seperti mana yang dia
beritahu sebelum ini.
Dia telah menghubungi pihak bas Nice Executive Coach untuk tukar tiket tersebut kepada tarikh hari ini. Alhamdulillah bas yang akan ke
Singapura hanya ada pada jam 5.00 petang ini sahaja sebab pada waktu malam bas sudah
dicatar.
"Ok, kami setuju... simpankan tiket tersebut dan sebentar lagi kami sampai untuk mengambilnya," kata Puan Aliah.
Maka bergegaslah kami ke Setesen KTM lama di Kuala Lumpur untuk mengambil tiket tersebut.
"Ok, kami setuju... simpankan tiket tersebut dan sebentar lagi kami sampai untuk mengambilnya," kata Puan Aliah.
Maka bergegaslah kami ke Setesen KTM lama di Kuala Lumpur untuk mengambil tiket tersebut.
"Ketika telefon hari itu berkali-kali makcik ingatkan... makcik nak tiket 6 haribulan tau... Macamana la boleh tersalah dengar," beritahu Puan Aliyah.
Budak yang menjaga kaunter hanya melemparkan senyuman kerana bukan dia bertugas pada hari kejadian. Alhamdulillah sebab tiket tersebut boleh ditukar kepada tarikh hari ini. Sementara satu tiket untuk Cikgu terpaksa dipulangkan walaupun hanya dapat separuh harga kerana kami tidak
dapat hubungi Cikgu kerana beliau ada mesyuarat penting di Perak.
"Wah! Melihat gambar ini rasa tidak sabar hendak naik bas yang mempunyai layanan istimewa ini.
Urusan tukar tiket selesai.
Pengajaran yang boleh diambil :
SILA SEMAK TIKET ANDA SEMULA
sebelum meninggalkan tempat ini.
Kemudian singgah
sebentar di Giant Kota Damansara untuk tukar duit. Ana tukar duit singapura untuk 80 dolar sahaja dan duit tukarannya adalah
bersamaan dengan RM201.60. Duit ini sekadar untuk makan dan minum
sahaja dan bukan untuk shoping sebab ana tahu barang di Singapura mahal sebab
RM1.00 duit kita bersamaan 3 dolar duit Singapura. Ketika tukar duit dapat panggilan Cikgu mengatakan bahawa beliau tidak sempat hendak naik bas dan akan naik kapal terbang pada malam ini.
Jam tiga petang kami sudah bertolak ke Bangunan Stesen lama KTMB. Di hadapan bangunan ini terletaknya Syarikat Nice Executive Coach.
Nice Executive Coach.
Di dalam bangunan ini disediakan tempat menunggu yang sangat menarik..
Sambil menunggu bas, kami dihidangkan minuman petang.
Antara barang akan kami bawa ke Singapura.
Info mengenai Bangunan Stesen Kereta Api.
Ini dia bas yang akan membawa kami ke Singapura.
RM88.50 tambang kami ke Singapura.
Rupanya hanya kami berlima sahaja penumpang bas ini.
Bas ini bagaikan sudah ditawan oleh kami hahaha... (perasaan aje tu).
Apa lagi... buat macam rumah sendiri lah.... bercerita dari satu tajuk ke satu tajuk.
Inilah pertama kali ana naik bas tidak tidur.
Mungkin juga himahnya berjalan waktu siang, leka melihat pemandangan sepanjang jalan.
Sambil berborak... mulut kami asyik menguyah je.
Penat bercakap kami tengok tv yang terletak di tempat duduk masing-masing.
Di bawah tempat duduk masing-masing rupanya ada plak untuk membolehkan kita caj hp dan sebagainya.
Antara hidangan yang disediakan oleh pihak bas untuk minuman petang.
Ketika berhenti solat di Tapah, Perak jumpa Zahir staf GIMG yang akan ke Johor untuk memeriahkan program Mahabah IKIM.fm
Cukup di sini dahulu.... nanti ana akan sambung cerita mengenai pengalaman ana di Singapura.
Assalamualaikum....
No comments:
Post a Comment