Monday, October 15, 2012

Pak Long - 5X Ambil SRP


Alhamdulillah peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012 sudah pun berlalu. Yang pasti PMR 2012 bakal menjadi sejarah kerana ini merupakan peperiksaan PMR yang terakhir yang pernah diadakan di Malaysia setelah diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika di Sydney 9 Oktober 2010. Ingin tahu maklumat selanjutnya sila klik link ini. Mencatat sejarah juga pada peperiksaan PMR tahun ini apabila seorang tukang kebun bernama Encik
Nordin Saat berusia 50-an telah menjadi calon persendirian paling tua menduduki PMR.“Saya menduduki PMR kerana mahu menebus kegagalan mendapat keputusan baik dalam peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) 35 tahun lalu," katanya.Ya, ini adalah cabaran kepada golongan muda supaya tidak mensia-siakan peluang yang ada dengan belajar bersungguh-sungguh dan usia bukannya penghalang untuk mencapai kejayaan. Baca seterusnya dalam Harian Metro.


Kisah Encik Nordin ini ada sedikit persamaan dengan ayahanda ana. Ayahanda telah mengambil lima kali peperiksaan SRP (PMR) semenjak usia 60an lagi. Semuanya dilakukan demi untuk mendorong anak-anaknya berjaya di dalam peperiksaan.



Dulu ayahanda ana juga menjadi tukang kebun dan tukang masak di Arama Sek Men Keb Kuala Kubu Baharu, Hulu Selangor.  Setiap kali anaknya mengambil peperiksaan, dia turut mendaftar untuk mengambil peperiksaan. Kisah ayah lima kali ambil peperiksan ini pernah keluar di dalam Majalah Anis.




No comments: