Saturday, January 29, 2011

Sambung Belajar di Politeknik PD....


14 Disember 2010
Pagi-pagi lagi sudah bertolak ke PD
sebab hari ini anak ana yang ke tiga
mula mendaftar masuk Politeknik Port Dickson.
Dulu
Syakilah belajar di Politeknik Sultan Idris Shah
di Sabak Bernam.
Oleh kerana kos yang dia ambil dulu
(Kursus Pengurusan Data) 
sudah tidak ada lagi...
jadi kini dia memohon pula kursus akaun pula.
Tak kisahlah ambil kos apa pun
janji dia nak belajar lagi.



Syukur sangat sebab diterima masuk belajar semula setelah membuat rayuan dan rayuan.
Jika diikutkan tarikh mula dipanggil untuk mendaftar adalah 2 Disember 2011.
Mengalabah juga ana sebab langsung tidak ada apa-apa persiapan,
borang terima tawaran tak pos lagi
borang kemasukan tak urus tandatanggan pegawai
yuran tidak dibank in
pemeriksaan kesihatan  tak buat
barang keperluan asrama tak beli lagi.
Semuanya kena urus dalam masa dua hari bekerja.
Manalah sempat.
Tambahan pula abang haji tak balik ke Malaysia lagi.
Hai! Siapa pulak nak tolong hantar ke PD.
Akhirnya...
Call politeknik minta tangguh
Alhamdulillah dapatlah pula.
Pihak poli minta tunggu sehingga surat tawaran dikembalikan.
Ok la tu...
Bermakna sempatlah abang haji balik ke Malaysia.



Rasanya pada hari tu Syakilah seorang je yang datang mendaftar
sebabnya
yang lain sudah lama masuk dan sudah belajar pun.





Antara undang-undang yang perlu dipatuhi di Politeknik PD.



Ok Kak Lang... belajar dan belajar sungguh-sungguh ya.




Mendaftar sudah selesai...
tibalah masanya untuk mandi laut pula
di pantai di Teluk Kemang.



Seronoknya dapat mandi laut...



Lompat! Lompattt! Lompattttt!



Dua beranak ni menari ke?



Melompat pulak....
Senaman juga namanya tu.



Menghirup udara segar...



....sambil menikmati pandangan yang indah.



Kita minum dulu...



Jalan-jalan je...



Inilah Syakilah... panggil Kak Lang je.



Semua pakat tak mahu mandi dan main pasir je la nampaknya.



Ini Siti Juwairiah... panggil Kak Teh.




Nampak sopan sekali.
Anak siapa la tu.....



Peace :)



Satu... Dua... Tiga.....


Senyummmm....





Ummu Asilah... panggil Atam je.



Ada gaya....



Kenapa Ucu tak mandi? Selalunya  pantang nampak laut...




Oooo.... dah pandai mengusik kakak dia  ya...



Bersama kekasih hati...




Ketika ni Nurul dan Imah tak dapat ikut sekali
sebabnya...
Cuti tahunan Nurul dah habis.
Imah pula tengah menghadapi peperiksaan SPM.
Lain kali kalau hantar Kak Lang balik poli kita singgah lagi ok.
Insya-Allah.


2 comments:

kak su said...

Assalammualaikum Sham...

Anak Su baru last yaer abis kat PD tu...Olehyg demikian PD tiadalagi dlm list tempat percutian sbb dia kat tak nak lah PD...

Bulan March ni baru grad...

Alhamdulillah Polyteknik adalah tempat yg tepat utk belajar..kalu kat IPTS sgt2 lah mahal...belum kerja loan dah tunggu. PPTN okay lagi...

Wslm.

SHAMSIAH BINTI PUAD said...

Betul cakap Su tu... politeknik adalah pilihan terbaik. Terutama untuk golongan yang sederhana macam kita. Sekarang ni kalau baru je habis periksa SPM, surat diterima masuk ke IPTS sudah melambak-lambak datang. Sedangkan keputusan SPM tak keluar lagi. Yurannya pun boleh tahan juga mahalnya.