Saturday, May 22, 2010

Setelah hampir 30 tahun berlalu....

-->
Dari kiri Ita Rossi Cindarella, Shamsiah Puad, Hamimah Harun, Mashitah, Zainora Ramli, Faridah, Saridah dan Hasnah Zakaria.

Alhamdulillah... setelah hampir 30 tahun berpisah, akhirnya saya dapat bertemu semula dengan rakan-rakan ketika menuntut di SMKKKB dahulu (1977 - 1981). Ianya bermula apabila rakan lama bernama Sahid dan Hamimah telah menghubungi saya di tempat kerja. Tak ingat pula bagaimana mereka mendapat nombor telefon tempat kerja saya? Lupa hendak bertanya sebab terlalu seronok bersembang. Maklumlah sebelum ini memang saya sudah berusaha menjejaki kawan-kawan lama melalui search nama di facebook.

Bermula dari saat itu seorang demi seorang telah dapat dijejaki melalui facebook... sehinggalah masing-masing bersetuju untuk mengadakan pertemuan bertempat di Rawang pada 14 Mac 2010.


Oleh kerana ketika berpisah masing-masing masih berusia belasan tahun dan apabila berjumpa semula sudah masuk di usia kematangan... ramai juga yang saya tidak ingat nama dan ada yang saya tidak ingat langsung kerana perubahan wajah dan fizikal. Minta maaf kawan-kawan jika ketika itu saya kelihatan blur sahaja. Sungguh pun begitu saya berasa sungguh gembira semoga ukhwah sesama kita akan berpanjangan.
Razman

Sahid

Nurhaya

Rozela (OG)
Ramlah Mat Dali

Zainora Ramli

Mashitah

Hasnah Zakaria

Hamimah Harun

Fahmi

Nasir

Mokhtar

Hasbi

Mustafa

Suhaimi

Norazli

Norashikin Tajuddin



2 comments:

GPBSMKKKB said...

Menarik tapi kalau ada nama bekas rakan-rakan tu lagi menarik kan?

Unknown said...

Salam cikgu,
Terima kasih sebab sudi menatap blog yang tidak seberapanya ini. Nama rakan-rakan sudah pun saya catatkan.... Maklumlah sudah 30 tahun masa berlalu... nama mereka pun ada yang saya lupa. Boleh saya tahu siapa nama cikgu yang menjadi admin GPBSMKKB Sekian.