Wednesday, August 19, 2009

Konsert terakhir bertemakan perjalanan hidup seorang insan Muslim

Inilah persembahan Ustaz Asri Ibrahim yang terakhir dan secara live telah saya saksikan dalam Konsert Antara Dunia 2009 Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) dengan kerjasama Rabbani Productions yang diadakan di Stadium Melawati, Shah Alam,pada 2 Ogos lalu.

Konsert ini telah menggabungkan 4 gergasi NASYID iaitu RAIHAN, RABBANI, HIJJAZ DAN SHOUTUL HARAKAH sebuah kumpulan nasyid perjuangan paling terkenal di Indonesia serta Nibras daripada Arab Saudi.
Gabungan persembahan pada malam itu adalah bertemakan perjalanan kehidupan seorang insan Muslim menempuhi perjalanan kehidupan bermula dari alam roh, rahim, dunia, kubur dan akhirat. Al fatihah buat Ustaz Asri...semoga ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Amin.

No comments: