Sunday, August 30, 2009

Di Kelana Sentral Concourse

Diatas pelawaan Che Am Raihan... kami sekeluarga telah berpeluang ke Bufet Ramadhan di Kelana Sentral Concourse, Kelana Jaya.

Lebih menyeronokkan apabila Su adik bongsu saya dan keluarga turut serta bersama ibu tersayang.

Kawan saya ... Aida Julia dan Norhashimah Rahman juga datang bersama keluarga masing-masing. Kak Yan pula datang bersama Maizurah kenalan saya ketika sekolah dulu.

Lama sungguh terputus hubungan dengan mereka. Rupanya kini mereka menetap di Kuala Langat dan sudah mempunyai 11 orang cahaya mata. Alhamdulillah. Maizurah dan suaminya merupakan kawan sekelas kepada Mak Su saya.

Satu kejutan buat Siti Juwairiah anak saya yang ke 6 telah dijemput kepentas kerana kumpulan nasyid Saujana hendak meraikan harijadinya yang ke 15. Ummu Asilah pula mendapat cabutan bertuah dan mendapat cenderamata CD Raihan.

Sofian dari kumpulan Saujana dan Jef beramah mesra dengan tetamu yang hadir.

Kumpulan nasyid Saujana membuat persembahan pada malam ini. Rupanya artis nasyid yang lain juga turut mengambil bahagian membuat persembahan di sini diantaranya Raihan, Rabbani, Hijjaz, Inteam dll.

Bufet Ramadhan yang disediakan sungguh menyelerakan. Sesiapa yang berminat hendak merasa sajian arab dan cina muslim silalah datang ke Kelana Sentral Concourse.

Tengok Abu Huzaifah ... makan sampai tak pandang kiri kanan. Sebenarnya Abu sampai lewat sebab tersesat jalan walaupun suatu masa dulu dia pernah kerja kat Kelana Jaya ni. Ini disebabkan Kelana Sentral Concourse ni kedudukannya agak tersorok sikit.

No comments: