Wednesday, May 12, 2010

Pohon `ajaib' penawar penyakit?



Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' Bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia , dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis , dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Menurut kajian, mengamalkan memakan Durian Belanda dapat mengelakkan diri anda daripada serangan kanser. Ini disebabkan khasiatnya mampu menjadi pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?

Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi
orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.



Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :
i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.
ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.
iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.
iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.
Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika . Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :
1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar , Payu Dara , Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.
2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!
3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama
bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!

Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan
berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !


Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?

Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.

Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan
pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.

Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.

Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.

Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita
keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.
The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang danmenghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.

Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.

Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!

Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.

Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu.
Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara
memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safeas Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute.
Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan.
Sebarkan maklumat berharga ini kepada keluarga, saudara, sahabat dan teman yang anda
kasihi.

Friday, May 7, 2010

Sambutan Hari Ibu - Penghormatan Kepada Tuhan Orang Greece?



Hari ibu yang disambut pada 21 haribulan Mac setiap tahun telah diterima oleh semua penduduk dunia, tidak terkecuali negara-negara Islam sepertii Malaysia. Seperti "Hari Bapa" dan "Valentine", umat Islam, tanpa usul periksa menerima bulat-bulat apa yang diperkenal dan dianjurkan oleh dunia Barat. Maka berbagai ucapan dan ungkapan diluahkan kepada siibu yang kadang-kadang si anak hanya berkesempatan bertemu dengannya dua atau tiga kali setahun.

Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.



Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.




Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia. Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika.

Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.



Justeru, apakah justifikasi orang-orang Islam merayakan hari tersebut?

Rujukan

Thursday, May 6, 2010

MOIST CHOCOLATE STEAM CAKE



A.

320 GM GULA KASTOR
3 BIJI TELUR (GRED A)

B.

200 GM TEPUNG GANDUM
1 STEH SODA BICARBONAT (RATA)
1 STEH DOUBLE ACTION BAKING POWDER
75 GM KOKO POWDER
(AYAK SEMUA BAHAN 2 KALI0

C.

1 CAWAN SUSU CAIR IDEAL
1 SBESAR ESEN VANILLA
1 STEH NESCAFE
1 CAWAN MINYAK MAZOLA

D.

1 CAWAN AIR PANAS MENDIDIH

1. PUTAR BAHAN A HINGGA KEMBANG DAN GEBU, MASUK BAHAN B DAN DI IKUTI BAHAN C SATU PERSATU
DAN GAUL RATA.
2. AKHIR SEKALI MASUKKAN BAHAN D DAN KACAU SEBATI.
3. KUKUS SELAMA 1 1/4 JAM, ACUAN 8X8".
4. TUTUP ACUAN DENGAN FOIL .. UNTUK ELAK AIR MASUK ATAS KEK.


TKASIH.

www.ita-delight. com
www.ita-delight. blogspot. com

Sunday, April 25, 2010

Lupa Satu Keperluan

Suatu hari saya mendapat panggilan.
“Tolong jangan siarkan gambar arwah samada dalam facebook, blog dan mana-mana medialah”.
“Kenapa?” saya bertanya.
“Demi kebaikan keluarga si mati… sekadar untuk bantu mereka untuk melupakan daripada teringakan arwah.

“Ya… bukan mudah untuk melupakan orang yang kita sayangi,” detik hati saya.
Teringat saya dengan buku tulisan Ustaz Zul Ramli M. Razali bertajuk U_TURN KE JALAN LURUS. Berulang kali saya baca mukadimahnya yang bertajuk “Lupa Satu Keperluan”.



Cuba baca secebis kisah ini.
Ketika sesi perbincangan kumpulan dalam satu kursus seorang sahabat apabila ditanya tentang peristiwa paling sedih dalam hidupnya, dia bercerita;
“Suatu petang pada tahun 1999 setelah habis sesi pengajian petang di universiti, saya dipanggil ke pejabat, ada panggilan telefon untuk saya. Wajah kerani yang menyambut panggilan itu kelihatan gugup.
“Di hujung talian, saya dapati suara abang yang memberitahu dengan nada bergetar, serta dengan kesedihan bersama tangisan perlahan…. Ibu telah meninggal dunia.
“Saya tidak dapat menggambarkan bagaimana gawat badai dalam hati saat itu….
“Wajah ibu bermain di ruang mata. Bulan lepas ketika saya bersalam dan itu salam terakhir saya dengan ibu. Ibu mencium saya lebih lama daripada biasa… itu saya masih ingat. Saya mencium dan memeluknya dengan girang tetapi segera ingin berangkat, banyak yang perlu diselesaikan di universiti….
“Hati saya berkata, kenapa tidak lebih lama menampung kasih sayangnya.

“Apabila pulang ke kampung, saya dapati tubuh ibu telah diselimuti kain putih. Saya meluru mencium ibu semahu-mahunya tapi ibu hanya terkujur kaku dengan wajah lesi dan mata terpejam rapat. Dia tidak mendengar pun esak tangis saya yang pilu…

“Dada saya hampir pecah membayangkan perpisahan ini..”
Dia menghabiskan cerita dukanya. Kami berkongsi air mata. Saya bertanya kepadanya, kenapa hari ini anda tidak lagi menangis? Adakah kasih sayang terhadap ibu telah luntur? Siapakah yang telah mengambil ruang kasih sayang ibu?

Jawapannya tentu tidak! Sayang masih membara dan tiada siapa yang mampu mengisi ruang kosong itu. Pasti! Tetapi kenapa hal ini tidak seperti petang gawat tahun 1999 itu?

Sebabnya adalah kerana manusia punya sifat lupa. Cuba bayangkan andainya sifat ini tiada. Ingatan dan kesedihan terhadap kematian ibu benar-benar segar, tiba-tiba datang pula berita meninggalnya bapa atau kegawatan lain dalam hidup. Bagaimana manusia boleh mengharungi hidup dalam situasi sedemikian? Bagaimana dada mereka tahan untuk menanggung semua ini.
Atas alasan ini, manusia dibekalkan dengan sifat lupa. Lupa bagi manusia satu keperluan

Saturday, April 24, 2010

Allah Berkatilah Umur Ayahandaku...

24 April 2010 - Hari ini merupakan hari lahir ayahandaku yang tersayang yang ke-74. Semoga ayahanda dikurniakan kesihatan yang baik. Mudah-mudahan dengan nikmat kesihatan itu... dapatlah ayahanda menambah ilmu, menambah amal,mengeratkan silahturrahim, menambahkan sedekah dan beribadah kepada-Nya. Amin.








ENGKAU BAPAKU

Ayahku!
Hari ini aku coretkan sebuah naskhah cantik buatmu
tanda syukur tak terbanding terhadap Ilahi
kerana kaulah kami lahir di sini…

Ayahku!
Engkau adalah legasi seorang khalifah tersohor di muka bumi
amanah warisan seorang lelaki bernama Adam a.s
hanya Dia Yang Maha Tahu
kenapa kelompokmu dipilih memimpin kami!

Ayahku!
Bukankah kerana sempurna maka Adam dilantik?
maka sempurnakanlah tanggungjawabmu seperti mana
hebatnya Adam memimpin dunia…
kerana kamilah anak-anak jiwa merdeka
yang sentiasa berusaha membalas jasa
seorang lelaki bernama ayah!

Ayahku!
Mengertilah dikau bahawa sesungguhnya kami amat bangga
menjadi anak yang punya bin di hujung nama
tanda nama itu amanah penjaga kami
menjadi pelengkap di hadapan Ilahi

Ayahku!
Usah kau nafikan hak kami
sebagai amanah yang mesti kau bela belai berseni
hadir kami adalah titipan Rabul Izzati
ke atas kedua pundakmu untuk dijagai selalu.

Ayahku!
Walau terkadang waktu kau sukar menterjemahkan sayang
namun reaksi itu sudah kami maklumi berabad lalu
andai dalam hati masih tergumpal rasa mesra
luahkanlah agar kami tahu sebenarnya kau adalah
lelaki terbaik dalam lingkungan kami!

Ayahku!
Mengertilah bahawa engkaulah lelaki
yang sentiasa bertakhta di sanubari
asbab cinta kasihmu bersama ibu
lantas kami pun lahir dewasa di sini
kaulah pembimbing awal dan akhir
sehingga kekal bersemadi
di syurga yang kekal abadi!


Sajak Anis Jun 2008