Saturday, November 7, 2009

Kenangan 2007 - Perjumpaan Keluarga

Pada tahun 2006, perjumpaan keluarga Othman telah di adakan di Villa UKHWAH, Kuala Lumpur. Tetapi pada tahun 2007 Keluarga Othman telah mengadakan perjumpaan di dalam hutan pula. Tempat yang dimaksudkan ialah di Kampung Sungai Damar, Kuala Kubu Baharu, Hulu Selangor.Inilah tempatnya... nun di hujung kampung trdapat sebuah rumah yang telah usang dan telah dikeliling oleh pokok-pokok.

Di suatu masa dahulu rumah ini meriah dengan gelak ketawa dan senda gurau Keluarga Othman. Kini tinggal sunyi sepi....Inilah dia rumah pusaka peninggalan arwah Datuk Othman.

Keadaan luar dan dalam rumah yang telah dimamah anai-anai setelah di tinggalkan berpuluh-puluh tahun.

Gotong royong membersihkan kawasan....

Mak Ngah: Baik-baik kalau nak naik tu... tangga ni pun dah reput.
Mak Su: Teringin juga naik... tapi takut roboh pulak rumah ni...

Tiang-tiang rumah juga telah reput...

Oleh kerana terlalu subur pokok-pokok di kawasan ini... parang pun tidak lut hendak memotongnya.

Pak Long: Orang dulu guna ni sebagai berat penimbang.

Antara barang-barang kepunyaan Keluraga Othman yang tinggal kenangan..... Kasut kepunyaan arwah datuk dan lampu pelita itulah yang telah menerangi rumah ini pada waktu malam kerana ketika itu kampung ini tiada bekalan eletrik lagi.

Dalam 50 langkah sebelahan dengan rumah pusaka ini kelihatan rumah yang pernah disewa oleh Pak Long. Pak Long telah menyewa rumah itu setelah balik dari Singapura bersama lima anak yang lain. Sebelum ini anak-anak Pak Long telah dijaga oleh Keluarga Othman.

Satu kejutan daripada Mak Anjang...

Buat anak terunanya yang bernama Adam bin Yahya...

Sebiji kek telah dibuat khas untuk meraikan hari jadinya....

Allah selamatkan Adam....

Allah berkatilah umur Adam....

Allah murahkan rezeki Adam.

Menikmati makanan sambil melihat kehijuan alam semula jadi.


Setelah itu jungle traking pula diadakan... tujuannya hendak melawat kebun.

Masing-masing terkejut apabila melihat kebun datuk telah dicerobohi.

Semua pokok getah kepunyaan arwah datuk telah dicuri.

Berkumpul semula di rumah pusaka....




Pak Ngah telah mengajar cucu saudaranya menoreh.

Meneroka tempat-tempat yang pernah dijejaki ketika kecil dulu sambil mengimbau kenangan lama.

Bergambar sebagai kenang-kenangan di hadapan rumah pusaka.

Rupa-rupanya Mak Su sempat juga memotong pokok-pokok buluh untuk dijadikan hiasan rumah...

Setelah itu kami ramai-ramai menujuh ke Batang Kali untuk berkelah di sana pula.... nasib tidak baik, hujan pula turun dengan lebatnya.


Apabila hujan telah berhenti kami telah ke tempat air panas pula juga terletak di Batang Kali, Hulu Selangor.



Inilah antara kenangan yang dapat saya abadikan. Semoga ikatan persaudaraan dan kemesraaan begini akan berterusaan.... Amin.

Wednesday, October 28, 2009

Kenangan Berhari Raya Bersama Keluarga Di Kuala Kubu

Tahun ini kami beraya di Pahang dulu... raya ke lima baru baru balik Kuala Kubu. "Selamat hari raya Atok... maaf zahir batin..." kata Ucu.
Ini keluarga Pak Lang bersama anak, menantu serta cucunya... ketika datang raya di rumah Pak Long.

Pak Su: Jangan malu-malu...Makan banyak-banyak... penat Mak Su kamu masak tadi.

Memang sedap roti jala Mak Su, sehingga menjilat jari...

Ala Maksu... jangan la malu-malu... sekali sekala apa salahnya makan suap menyuap....

Anak dara Mohd Nor dari Sungai Buluh.... bergambar dengan Pak Su nyer.

Ketika di rumah Pak Su... Pak Ngah and famili pula datang. Dapatlah ambil gambar mereka sekeluarga. Puas pujuk Mak Ngah supaya bergambar sekali... tapi tak nak. Oooo...rupanya Mak Ngah nak bergambar dengan Nurul je yek?

Inilah antara anak dan cucu Pak Ngah. Terkejut juga tengok anak bujang Pak Ngah... Si Din tu bila dah besar sebijik macam rupa sorang pelakun kat Malaysia yang sedang meningkat naik namanya.... tak ingat la siapa namanya.


Di rumah Pak Teh pula... kesihatan Pak Teh tidak mengizinkan dia bergerak bebas seperti dulu.

Alhamdulillah menjelang hari raya kesihatan Mak Teh bertambah baik dan dapatlah melayan tetamu yang datang.

Malang tidak berbau... satu kemalangan telah berlaku keatas diri Atek (anak bujang Pak Teh) dan rakannya ketika mereka hendak beraya bersama. Motor yang dibawa telah bertembung dengan kereta. Menyebabkan Atek patah tangan manakala rakanya tidak sedarkan diri dan dalam keadaan koma.

Apalah yang diceritakan oleh Ustazah Mira tu... sehingga Pak Andak serta yang lain khusyuk mendengarnya.
Akhir kata marilah kita bermaaf-maafan antara satu sama lain... Semoga di hari yang mulia ini dapat menyatukan hati-hati kita kembali. Maka terbinalah suatu keluarga besar yang dikenali "KELUARGA OTHMAN". Amin...

Friday, October 16, 2009

Majlis Pertunangan Siti Khadariah Binti Hamzah