Thursday, September 3, 2009

Di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur

Masjid Wilayah Persekutuan teletak berhampiran dengan Kompleks Kerajaan, Jalan Duta dan kini merupakan satu lagi mercu tanda di ibu negara. Masjid ini mula dibina pada 1997 dan siap digunakan pada 25 Oktober 2000. Rekabentuk bangunan masjid berkonsepkan 'masjid dalam taman' dan juga menggunakan konsep tradisi masjid-masjid Othmaniah di Turki.

Rekabentuk senibina dan hiasan dalamannya pula adalah merupakan kombinasi rekabentuk tradisi Melayu Malaysia dan Timur Tengah. Masjid ini boleh menampung seramai 17,000 orang jemaah pada satu-satu masa. Keluasan keseluruhan bangunan adalah kira-kira 47,000 meter persegi. Di lengkapi dengan pelbagai kemudahan, masjid ini merupakan masjid yang termoden di Malaysia pada masa ini.

Alhamdulillah akhirnya saya berpeluang juga turut serta berjemaah solat tarawih di Masjid Wilayah ini.Kesempatan ini diambil ketika menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-anak Yatim di Dewan Muslimin Masjid Wilayah ini. Program ini telah dianjurkan oleh Persatuan Pedagang Dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Yang telah menarik perhatian saya ketika di dalam masjid ini ialah seorang ibu sedang solat sambil mendukong anaknya.

Sebelum bermula majlis berbuka, peserta yang hadir telah dihiburkan dengan persembahan anak-anak yatim dari Pondok Penyayang Al-Raudah dan Rumah Amal Limpahan Kasih.

Mohd Nor bersama sahabat lamanya Abd Rahman Ramani Abdullah, Pengerusi Baitul Ummah.

Seramai 300 anak yatim daripada enam rumah anak yatim yang telah diraikan. Masing-masing tenang menanti waktu berbuka.

Antara dermawan yang menyumbang kepada anak-anak yatim.

Khusyuk membaca majalah Asuh yang baru diterima.

Sunday, August 30, 2009

Di Kelana Sentral Concourse

Diatas pelawaan Che Am Raihan... kami sekeluarga telah berpeluang ke Bufet Ramadhan di Kelana Sentral Concourse, Kelana Jaya.

Lebih menyeronokkan apabila Su adik bongsu saya dan keluarga turut serta bersama ibu tersayang.

Kawan saya ... Aida Julia dan Norhashimah Rahman juga datang bersama keluarga masing-masing. Kak Yan pula datang bersama Maizurah kenalan saya ketika sekolah dulu.

Lama sungguh terputus hubungan dengan mereka. Rupanya kini mereka menetap di Kuala Langat dan sudah mempunyai 11 orang cahaya mata. Alhamdulillah. Maizurah dan suaminya merupakan kawan sekelas kepada Mak Su saya.

Satu kejutan buat Siti Juwairiah anak saya yang ke 6 telah dijemput kepentas kerana kumpulan nasyid Saujana hendak meraikan harijadinya yang ke 15. Ummu Asilah pula mendapat cabutan bertuah dan mendapat cenderamata CD Raihan.

Sofian dari kumpulan Saujana dan Jef beramah mesra dengan tetamu yang hadir.

Kumpulan nasyid Saujana membuat persembahan pada malam ini. Rupanya artis nasyid yang lain juga turut mengambil bahagian membuat persembahan di sini diantaranya Raihan, Rabbani, Hijjaz, Inteam dll.

Bufet Ramadhan yang disediakan sungguh menyelerakan. Sesiapa yang berminat hendak merasa sajian arab dan cina muslim silalah datang ke Kelana Sentral Concourse.

Tengok Abu Huzaifah ... makan sampai tak pandang kiri kanan. Sebenarnya Abu sampai lewat sebab tersesat jalan walaupun suatu masa dulu dia pernah kerja kat Kelana Jaya ni. Ini disebabkan Kelana Sentral Concourse ni kedudukannya agak tersorok sikit.

Saturday, August 29, 2009

Majlis Berbuka Puasa GISB

Alhamdulillah... pada tahun ini sekali lagi saya dapat berbuka puasa di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya. Kali ini bos GISB yang belanja anak-anak buahnya.





Meriah sekali suasana malam itu. Tambahan pula dapat berjumpa dengan kawan lama sebab ada diantara staf membawa isteri, suami dan anak masing-masing.

Friday, August 28, 2009

Gambar Kenangan Bersama Allahyarham Shukery Hashim


Ketika datang pejabat...gambar ni sudah ada di atas meja saya. Saya sebenarnya sudah lupa pernah bergambar dengan Zul Yahya dan Allahyarham Shukery Hashim. Al-Fatihah buat Allahyarham yang telah pulang ke rahmatullah pada 10 Jun 2009 lalu.Semoga kepulangannya itu Allah melimpahkan rahmat dan kasih sayang-Nya dengan menempatkan dia di tempat orang-orang beriman. Amin!

Asma Allah Melegakan Stress

Adakah anda mengalami tekanan menghadapi kerenah anak atau bebanan kerja yang banyak? Apabila stress melanda diri, sudah tentu anda akan rasa sakit kepala. Apa yang akan anda lakukan?
Cubalah kaedah ini untuk menghilangkan stress dan sakit yang dialami.
1. Letakkan dua atau tiga jari ke tempat yang sakit.
2. Tongkat atau letakkan lidah kita di langit-langit.
3. Dengan menggunakan jari tadi, ketok-ketoklah ditempat yang sakit itu berulang kali sambil membaca Asma Allah.
Kalau diamalkan selalu, Insya-Allah akan melegakan stress atau sakit anda.