Sunday, August 30, 2009

Di Kelana Sentral Concourse

Diatas pelawaan Che Am Raihan... kami sekeluarga telah berpeluang ke Bufet Ramadhan di Kelana Sentral Concourse, Kelana Jaya.

Lebih menyeronokkan apabila Su adik bongsu saya dan keluarga turut serta bersama ibu tersayang.

Kawan saya ... Aida Julia dan Norhashimah Rahman juga datang bersama keluarga masing-masing. Kak Yan pula datang bersama Maizurah kenalan saya ketika sekolah dulu.

Lama sungguh terputus hubungan dengan mereka. Rupanya kini mereka menetap di Kuala Langat dan sudah mempunyai 11 orang cahaya mata. Alhamdulillah. Maizurah dan suaminya merupakan kawan sekelas kepada Mak Su saya.

Satu kejutan buat Siti Juwairiah anak saya yang ke 6 telah dijemput kepentas kerana kumpulan nasyid Saujana hendak meraikan harijadinya yang ke 15. Ummu Asilah pula mendapat cabutan bertuah dan mendapat cenderamata CD Raihan.

Sofian dari kumpulan Saujana dan Jef beramah mesra dengan tetamu yang hadir.

Kumpulan nasyid Saujana membuat persembahan pada malam ini. Rupanya artis nasyid yang lain juga turut mengambil bahagian membuat persembahan di sini diantaranya Raihan, Rabbani, Hijjaz, Inteam dll.

Bufet Ramadhan yang disediakan sungguh menyelerakan. Sesiapa yang berminat hendak merasa sajian arab dan cina muslim silalah datang ke Kelana Sentral Concourse.

Tengok Abu Huzaifah ... makan sampai tak pandang kiri kanan. Sebenarnya Abu sampai lewat sebab tersesat jalan walaupun suatu masa dulu dia pernah kerja kat Kelana Jaya ni. Ini disebabkan Kelana Sentral Concourse ni kedudukannya agak tersorok sikit.

Saturday, August 29, 2009

Majlis Berbuka Puasa GISB

Alhamdulillah... pada tahun ini sekali lagi saya dapat berbuka puasa di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya. Kali ini bos GISB yang belanja anak-anak buahnya.





Meriah sekali suasana malam itu. Tambahan pula dapat berjumpa dengan kawan lama sebab ada diantara staf membawa isteri, suami dan anak masing-masing.

Friday, August 28, 2009

Gambar Kenangan Bersama Allahyarham Shukery Hashim


Ketika datang pejabat...gambar ni sudah ada di atas meja saya. Saya sebenarnya sudah lupa pernah bergambar dengan Zul Yahya dan Allahyarham Shukery Hashim. Al-Fatihah buat Allahyarham yang telah pulang ke rahmatullah pada 10 Jun 2009 lalu.Semoga kepulangannya itu Allah melimpahkan rahmat dan kasih sayang-Nya dengan menempatkan dia di tempat orang-orang beriman. Amin!

Asma Allah Melegakan Stress

Adakah anda mengalami tekanan menghadapi kerenah anak atau bebanan kerja yang banyak? Apabila stress melanda diri, sudah tentu anda akan rasa sakit kepala. Apa yang akan anda lakukan?
Cubalah kaedah ini untuk menghilangkan stress dan sakit yang dialami.
1. Letakkan dua atau tiga jari ke tempat yang sakit.
2. Tongkat atau letakkan lidah kita di langit-langit.
3. Dengan menggunakan jari tadi, ketok-ketoklah ditempat yang sakit itu berulang kali sambil membaca Asma Allah.
Kalau diamalkan selalu, Insya-Allah akan melegakan stress atau sakit anda.

Wednesday, August 26, 2009

Program Amal Iftar & Tribute Khas

Program ini diadakan sebagai tanda penghormatan dan penghargaan kepada allahyarham Ustaz Asri Ibrahim terhadap segala jasa baik, sumbangan, amal jariah dan pengorbanan beliau dalam industri nasyid selama ini.
Pentas di Hotel Singgahsana, PJ ini berkonsepkan rumah kampung.

Kini Kumpulan Rabbani diketuai oleh Mohd Asri Ubaidullah dan vokalisnya pula ialah Zulkiflee Azman.

Mohd Nor bersama Zaidi Rustam, Timbalan Pengarah PIN (Penggiat Industri Nasyid Negara).


Acara berbuka puasa. Syakilah anak dara saya pun ikut juga... sebab sekarang dia sedang praktikal di Syarikat Scot Technology (M) SDN. BHD. dan pejabatnya sebaris dengan tempat kerja maknya.

Bergambar bersama Mazlina Pengacara IKIM.FM dan Leia Az Zahra artis yang bernaung di bawah syarikat Hijjaz Record Sdn. Bhd.