Monday, August 24, 2009

Bersama Anak Sulung

Wednesday, August 19, 2009

Konsert terakhir bertemakan perjalanan hidup seorang insan Muslim

Inilah persembahan Ustaz Asri Ibrahim yang terakhir dan secara live telah saya saksikan dalam Konsert Antara Dunia 2009 Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) dengan kerjasama Rabbani Productions yang diadakan di Stadium Melawati, Shah Alam,pada 2 Ogos lalu.

Konsert ini telah menggabungkan 4 gergasi NASYID iaitu RAIHAN, RABBANI, HIJJAZ DAN SHOUTUL HARAKAH sebuah kumpulan nasyid perjuangan paling terkenal di Indonesia serta Nibras daripada Arab Saudi.
Gabungan persembahan pada malam itu adalah bertemakan perjalanan kehidupan seorang insan Muslim menempuhi perjalanan kehidupan bermula dari alam roh, rahim, dunia, kubur dan akhirat. Al fatihah buat Ustaz Asri...semoga ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Amin.

RABBANI; BILA NUR MELIMPAH DI HATI

Sangat Menarik - Ucapan Dalam Bentuk Pantun


Inilah ucapan yang telah menarik perhatian saya kerana daripada awal hingga ke akhir semuanya telah disampaikan dalam bentuk pantun. Namun begitu padat dengan kata-kata nasihat agar kita berfikir dan mengajak kita mengubah diri , ahli keluarga dan semua masyarakat Islam. Mudah-mudahan selamat hidup di dunia dan akhirat.

Gambar Kenang-kenangan