Tuesday, April 7, 2009

Fuhhhhh!...

Fuhhh!…. Panas betul… bayangkan dalam keadaan terdesak nak call orang tiba-tiba je tak leh nak call. Rasanya baru je bayar bil awal bulan ari tu. Saya pun call la no 1111… “Saya hendak tanya, kenapa hp saya tidak boleh buat panggilan sedangkan saya sudah bayar awal bulan lagi?” Benar puan dah bayar tapi sekarang bil hp puan telah melebihi had yang ditetapkan sebanyak RM300.00.”
Tak terkejut beruk dibuatnya… selama ni bil hp jarang sampai RM100. Tiba-tiba kali ni… dalam masa seminggu melonjak RM300.00. Time ni…sorang-sorang muka anak-anak aku bayangkan. “Sapa la punya keja ni..”
Rupa-rupanya… bil bulan ni tiba-tiba je melambung sebab si Kakak la… pandai-pandai je on kan Asro kat hp umi dia. Katanya; “Free je… tak payah bayar.” Apa lagi… pantang letak je… hp tu hilang. Sat lagi ada yang tengok katun la… drama la… hatta pulun habislah sebab free katakan. Jadi tak hairan la kalau bil mendadak naik sebab pergunaan Asro free tu hanya untuk pelanggan Maxis je… Celcom pula, setiap pergunaan akan dimasukkan kedalam bil. Apa nak buat… nak tak nak … kena bayar jugaklah. Hai! Bertuahnya anak-anakku.

Sejarah Hp yang telah menjadi milikku.
1. Hp pertama sempat pakai tiga bulan. Lepas tu hilang sebab kena beg kena ragut.
2. Hp jenis Nokia (Model : 3310).
3. Hp jenis Nokia (tak ingat apa jenis modelnya tapi sudah ada warna gambar pada skrinnya).
4. Hp jenis Motorola (Daftar Celcom dengan Avon dapat 3 hp sekali)
5. Hp jenis Nokia (N70 – Bestnya sebab ada cemera).
6. Hp terkini jenis Sony Ericsson (Model : W8 10i pun ada cemera juga alhamdulillah.)Hp ni... banyak jasanya. Terima kasih la pada tuan empunya asal hp ni.

Friday, March 27, 2009

I Love..

Persembahan Dari Hati Jatuh Ke Hati

Alhamdulillah sekali lagi kami sekeluarga telah menghadirkan diri dalam Program Malam Sinar Maulidurrasul 1430 (MSM), anjuran Rabbani Productions di Stadium Melawati, Shah Alam. Dibandingkan Malam Sinar Maulidurrasul pertama yang telah diadakan pada tahun 2006, saya rasa program kali ini telah berjaya menyentuh hati saya dan mungkin juga para penonton yang lain. Antara artis yang membuat persembahan ialah Mawi, Ustaz Akhil Hayy, Amy Seacrh selain mengekalkan penampilan Dato’ Hajjah Siti Nurhaliza dan Dato’ Ustazah Siti Nor Bahyah.

Lagu Mentari Merah di Ufuk Timur oleh Amy Search bersama Kumpulan Rabbani. Lagu ini tersirat mesej agung. Cinta yang dimaksudkan bukan cinta untuk manusia tetapi cinta untuk Tuhan.
Teringat saya akan kata-kata Amy Search ketika ditemu bual oleh wartawan selepas beliau balik daripada Makkah dua tahun lalu.
“Apa peristiwa yang paling Amy ingat ketika di Makkah?”
Amy: Saya dengar suara saya sendiri menyanyikan lagu Mentari Merah di Ufuk Timur kala mendaki Gua Hira.


Persembahan Amy Search yang benar-benar telah menusuk ke kalbu.

Wednesday, March 18, 2009

Bersama Cut Panglima Putri - Aceh

Masih ingatkah peristiwa Tsunami yang telah berlaku pada 26 Disember 2004 yang lalu.
Cut Panglima Putri inilah diantara yang telah merakamkan peristiwa Tsunami yang dahsyat itu.
Kemudian hasil rakamannya telah diserahkan kepada Metro Tv untuk tontonan keseluruh dunia.
Tujuan Cut Panglima Putri datang ke Malaysia adalah untuk mengumpul sebanyak mungkin pewakafan al-Quran untuk diberikan kepada seluruh rakyat dunia terutama di negara-negara yang ditimpa bencana termasuk Palestin. Ini adalah disebabkan kebanyakan bantuan yang diterima untuk mangsa Tsunami adalah dalam bentuk makanan, pakaian dan kain telekung tetapi tiada siapa di dunia ini mewakafkan al-Quran. Sedangkan al-Quran lah yang paling penting untuk meneguhkan jiwa mangsa Tsunami ketika itu. Hati Cut Panglima Putri ini benar-benar tersentuh ketika dia pergi ke masjid untuk baca al-Quran ternyata tak ada langsung al-Quran yang tinggal sebab telah dibawa arus Tsunami yang dahsyat. Oleh kerana itu dia telah menubuhkan Gerakan Mahabbah al-Quran pada tahun 2007. Untuk mengetahui pengalaman Cut Paglima Putri selanjutnya sila dapatkan ANIS Mei 2009.