Friday, March 27, 2009

Persembahan Dari Hati Jatuh Ke Hati

Alhamdulillah sekali lagi kami sekeluarga telah menghadirkan diri dalam Program Malam Sinar Maulidurrasul 1430 (MSM), anjuran Rabbani Productions di Stadium Melawati, Shah Alam. Dibandingkan Malam Sinar Maulidurrasul pertama yang telah diadakan pada tahun 2006, saya rasa program kali ini telah berjaya menyentuh hati saya dan mungkin juga para penonton yang lain. Antara artis yang membuat persembahan ialah Mawi, Ustaz Akhil Hayy, Amy Seacrh selain mengekalkan penampilan Dato’ Hajjah Siti Nurhaliza dan Dato’ Ustazah Siti Nor Bahyah.

Lagu Mentari Merah di Ufuk Timur oleh Amy Search bersama Kumpulan Rabbani. Lagu ini tersirat mesej agung. Cinta yang dimaksudkan bukan cinta untuk manusia tetapi cinta untuk Tuhan.
Teringat saya akan kata-kata Amy Search ketika ditemu bual oleh wartawan selepas beliau balik daripada Makkah dua tahun lalu.
“Apa peristiwa yang paling Amy ingat ketika di Makkah?”
Amy: Saya dengar suara saya sendiri menyanyikan lagu Mentari Merah di Ufuk Timur kala mendaki Gua Hira.


Persembahan Amy Search yang benar-benar telah menusuk ke kalbu.

1 comment:

hidayaty said...

Salamualaikum

Saya pun ada di sana..buka gerai pakaian muslimah.Gerai No.1 STance of Muslimah.. tepi tangga naik.Betul2 depan gerai TM.

Puan ada kunjungi gerai kami tak?

By the way puan..jemput ke blog saya juga ya.Nak perkenalkan blouse menyusu muslimah..Insya Allah syariat compliant..Kalau nak buat cover fashion for mothers day..call le saya at 016-9121381

Ini pula jalan dakwah saya..rekaan pakaian untuk kemudahan muslimah.

Saya tak pandai menulis..:))