Dari kiri Ita Rossi Cindarella, Shamsiah Puad, Hamimah Harun, Mashitah, Zainora Ramli, Faridah, Saridah dan Hasnah Zakaria.
Alhamdulillah... setelah hampir 30 tahun berpisah, akhirnya saya dapat bertemu semula dengan rakan-rakan ketika menuntut di SMKKKB dahulu (1977 - 1981). Ianya bermula apabila rakan lama bernama Sahid dan Hamimah telah menghubungi saya di tempat kerja. Tak ingat pula bagaimana mereka mendapat nombor telefon tempat kerja saya? Lupa hendak bertanya sebab terlalu seronok bersembang. Maklumlah sebelum ini memang saya sudah berusaha menjejaki kawan-kawan lama melalui search nama di facebook.
Bermula dari saat itu seorang demi seorang telah dapat dijejaki melalui facebook... sehinggalah masing-masing bersetuju untuk mengadakan pertemuan bertempat di Rawang pada 14 Mac 2010.
Oleh kerana ketika berpisah masing-masing masih berusia belasan tahun dan apabila berjumpa semula sudah masuk di usia kematangan... ramai juga yang saya tidak ingat nama dan ada yang saya tidak ingat langsung kerana perubahan wajah dan fizikal. Minta maaf kawan-kawan jika ketika itu saya kelihatan blur sahaja. Sungguh pun begitu saya berasa sungguh gembira semoga ukhwah sesama kita akan berpanjangan.
Razman
Sahid
Nurhaya
Rozela (OG)