Friday, November 20, 2009

Di Deyhet

Kesempatan balik kampung pada raya yang lalu, saya,suami dan anak-anak telah ke Kampung Sungai Damar,Kuala Kubu Baharu,Hulu Selangor. Keluarga Othman memanggil tempat ini 'deyhet'.
Kali terakhir ke sini.... rumah ini masih megah berdiri walahpun sudah seabad usianya dan terbiar berpuluh-puluh tahun.

Kini sudah tiada... kerana telah dirobohkan. Yang tinggal hanya kesan tapak rumah. Papan-papan rumah tersebut telah dikumpulkan disatu tempat..untuk mengelak daripada terpijak paku.

Antara barang antik yang masih tinggal ialah lesung. Suatu masa dulu lesung ini digunakan untuk menumbuk padi dan beras.


Apabila sudah dirobohkan kelihatan kecil je tapak rumah pusaka ini. Sedangkan ketika kecil dahulu saya terasa rumah arwah datuk ini sangat besar dan luas. Terutama ruang tamu, ruang tengah dan dapur. Kemudian mempunyai dua bilik.


Menurut kata arwah katil ini kepunyaan Pak Long. Mesih kukuh lagi dan sangat berat. Oleh kerana sudah melekat kuat dan susah untuk ditanggalkan, tiada siapa mampu memgambilnya.

Nostalgia

Ini adalah sebahagian daripada rumah arwah datuk. Bahagian lain mungkin telah diguna pakai papannya sebab papannya masih elok (pernah diganti dengan papan baru) dibanding di bahagian hadapan rumah. Yang tinggal hanya rumah di bahagian tamu sahaja.


Di bawah rumah tu... tempat arwah datuk jemur getah keping. Di situ juga tempat saya adik beradik bermain. Jika duduk di bawah rumah, saya terasa rumah datuk tersangatlah tinggi.


Setelah sekian lama ditinggalkan... kemudian datang kembali ketempat ini... Semuanya sudah berubah sebab sekarang rumah tersebut sudah setinggi saya pula dan saya sudah boleh mencapai lantai bawah rumah itu.


Tempat jatuh lagikan dikenang.... ya memang benar kerana di tangga yang tinggi inilah di suatu masa dulu saya pernah jatuh terguling dari anak tangga atas sehinggalah ke anak tangga batu di bahagian bawah. Kesan jatuh masih lagi berbekas dimana tengkorak kepala saya telah retak dek terkena bucu anak tangga tersebut. Alhamdulillah... tidak mendatangkan masalah kepada diri saya dan yang penting sekali akal fikiran tetap waras hingga kini. Bersyukurlah...

Suatu masa dahulu, di tingkap ini tempat menjadi kegemaraan kedua-dua arwah. Di tingkap disebelah kiri tempat arwah datuk duduk dan di tingkap sebelah kanan tempat arwah nenek duduk bersembang sesama mereka. Jika dari luar kelihatan kepala mereka sahaja.

Masih saya ingat... pada tahun 1973 bapak sudah berhenti kerja menjadi askar British dan kembali semula ke Malaysia. Bapak telah menyewa rumah bersebelah dengan rumah arwah datuk ini. Oleh kerana itu... jika bapak tiada di rumah... arwah nenek dan datuklah yang akan pantau kami dari tingkap ini.

Inilah antara wajah ibu-ibu yang pernah berjasa dalam hidup saya.... Mak Lang, Mak Andak dan Mak Jang.



Rupa ruang tamu yang telah ditinggalkan... Inilah sudut menjadi kegemaraan arwah datuk suatu masa dahulu. Oleh kerana itu saya adik beradik tidak berani hendak usik barang kepunyaan arwah di sekitar tempat ini. Tak tau la... cam mana pula katil ni ada di ruang tamu.

Suatu ketika dahulu, saya pernah tangkap gambar di sudut ini. Di belakang dari kiri gambar Kak Teh, Su, Mak Su dan Mak Teh. Depan gambar saya dan Kak Ani.

Belakang sekali gambar Pak Cik So'od dan Noji. Tengah gambar anak buah arwah datuk, Mak Su dan Saya. Duduk gambar Ani dan Zura.

Inilah pandangan dari dalam ruang tamu... ditingkap disebelah kiri tempat arwah nenek selalu duduk dan tingkap sebelah kanan tempat arwah datuk. Jika arwah nenek selesai kerja pasti akan duduk di tepi tingkap ini sambil bersembang dengan arwah datuk....



Suatu masa dahulu... rak ini dipenuhi dengan buku-buku.


Antara bahagian yang ditebuk anai-anai.

Bergambar dijalan menuju ke rumah datok...Zura, Ani, Yan dan saya sedang mendukung Noji...

Gambar Yan, Zura, Ani, Kak Long Shafizah, Noji dan dibelakang mereka saya la... Gambar ini diambil pada tahun 1982, ketika itu saya menuntut di tingkatan enam. Ketika ini saya sekeluarga tidak lagi duduk disini sebab sudah berpindah ke Jalan Padang Tembak, Kuala Kubu Baharu, Hulu Selangor.

Semua itu tinggal kenangan... semakin kabur di ingatan dan satu demi satu hilang dari kehidupan ditelan oleh perjalanan masa dan zaman. Masih banyak persoalan yang belum sempat saya tanya. Namun yang telah pergi tetap akan pergi dan tidak akan kembali lagi. Semoga mereka sentiasa aman dan damai di dalam sana. Al Fatihah.

Saturday, November 7, 2009

Kenangan 2007 - Perjumpaan Keluarga

Pada tahun 2006, perjumpaan keluarga Othman telah di adakan di Villa UKHWAH, Kuala Lumpur. Tetapi pada tahun 2007 Keluarga Othman telah mengadakan perjumpaan di dalam hutan pula. Tempat yang dimaksudkan ialah di Kampung Sungai Damar, Kuala Kubu Baharu, Hulu Selangor.Inilah tempatnya... nun di hujung kampung trdapat sebuah rumah yang telah usang dan telah dikeliling oleh pokok-pokok.

Di suatu masa dahulu rumah ini meriah dengan gelak ketawa dan senda gurau Keluarga Othman. Kini tinggal sunyi sepi....Inilah dia rumah pusaka peninggalan arwah Datuk Othman.

Keadaan luar dan dalam rumah yang telah dimamah anai-anai setelah di tinggalkan berpuluh-puluh tahun.

Gotong royong membersihkan kawasan....

Mak Ngah: Baik-baik kalau nak naik tu... tangga ni pun dah reput.
Mak Su: Teringin juga naik... tapi takut roboh pulak rumah ni...

Tiang-tiang rumah juga telah reput...

Oleh kerana terlalu subur pokok-pokok di kawasan ini... parang pun tidak lut hendak memotongnya.

Pak Long: Orang dulu guna ni sebagai berat penimbang.

Antara barang-barang kepunyaan Keluraga Othman yang tinggal kenangan..... Kasut kepunyaan arwah datuk dan lampu pelita itulah yang telah menerangi rumah ini pada waktu malam kerana ketika itu kampung ini tiada bekalan eletrik lagi.

Dalam 50 langkah sebelahan dengan rumah pusaka ini kelihatan rumah yang pernah disewa oleh Pak Long. Pak Long telah menyewa rumah itu setelah balik dari Singapura bersama lima anak yang lain. Sebelum ini anak-anak Pak Long telah dijaga oleh Keluarga Othman.

Satu kejutan daripada Mak Anjang...

Buat anak terunanya yang bernama Adam bin Yahya...

Sebiji kek telah dibuat khas untuk meraikan hari jadinya....

Allah selamatkan Adam....

Allah berkatilah umur Adam....

Allah murahkan rezeki Adam.

Menikmati makanan sambil melihat kehijuan alam semula jadi.


Setelah itu jungle traking pula diadakan... tujuannya hendak melawat kebun.

Masing-masing terkejut apabila melihat kebun datuk telah dicerobohi.

Semua pokok getah kepunyaan arwah datuk telah dicuri.

Berkumpul semula di rumah pusaka....




Pak Ngah telah mengajar cucu saudaranya menoreh.

Meneroka tempat-tempat yang pernah dijejaki ketika kecil dulu sambil mengimbau kenangan lama.

Bergambar sebagai kenang-kenangan di hadapan rumah pusaka.

Rupa-rupanya Mak Su sempat juga memotong pokok-pokok buluh untuk dijadikan hiasan rumah...

Setelah itu kami ramai-ramai menujuh ke Batang Kali untuk berkelah di sana pula.... nasib tidak baik, hujan pula turun dengan lebatnya.


Apabila hujan telah berhenti kami telah ke tempat air panas pula juga terletak di Batang Kali, Hulu Selangor.



Inilah antara kenangan yang dapat saya abadikan. Semoga ikatan persaudaraan dan kemesraaan begini akan berterusaan.... Amin.