Seronoknya
apabila musim buah.
Boleh makan buah
puas-puas.
Teringat ana
ketika kecik apabila musim buah
Ana adik beradik akan
pergi ke dusun datok
di Kuala Kubu
Road.
Makanlah banyak
mana pun selagi larat.
Ketika tu ana
kecik lagi
Dah tentulah akan
makan mana yang jatuh ataupun yang orang sudah kumpulkan.
Nak panjat tak
reti.
Nak jolok pun
tidak larat sebab galahnya berat sangat.
Ketika tu galah
untuk mengait buah adalah daripada buluh yang hujungnya dibelah dua sedikit
macam bentuk U.
Caranya dengan
selitkan ranting buah pada U pada hujung
galah
kemudiah
loncakkan dahan tersebut atau
pusingkan galah
tersebut agar ranting pada buah itu patah.
Sebenarnya selalu
terjadi pusing punya pusing
Galah yang hancur
disebabkan galah yang terpulas
sedangkan ranting ok je sebab ranting buah tu liat
sangat.
Bila ranting buah
telah dapat dipatahkan
maka jatuhlah
buah tersebut.
Sebelum buah
jatuh sambutlah agar tidak jatuh bederai.
Kena hati-hati
juga
Bukan mudah nak
sambut buah
Silap haribulan
penuh
semut pada buah
habuk atau
binatang kecil akan termasuk dalam mata
ketika kita mendongak ke atas.
--- 0 ---
Beria-ria benar ana cerita pasal pengait buah kali ini ya
Sebabnya ana
terjumpalah post pasal cara-cara membuat pengait oleh
telah pos dalam fb
Ana sangat
tertarik sebabnya
1. Guna barangan terpakai
2. Mudah didapati
3. Mudah cara buatnya
4. Guna kaedah ini buah tidak lagi jatuh
bertaburan
Potong
ikut garisan merah ikut kesesuaian saiz buah. Lurah hujung lagi runcing lagi
bagus. Namun pemotongan agak sukar dibahagian kerana plastik semakin tebal.
Pasang
skru pada galah. Bilangan skru bergantung kepada kedegilan tangkai buah. Jika
tidak, botol ini akan menjadi tanglung di pokok.
Posisikan
tangkai buah di bahagian lurah runcing dan sentap ke bawah.
Insya-Allah,
buah 'diselamatkan' daripada tersembam menyembah bumi.
Selamat mencuba.