Wednesday, March 3, 2010

Teguran + Kritikan = Tuduhan



Teguran dan kritikan... merupakan dua perkataan yang tidak serupa tetapi pada dasarnya sama maknanya. Fungsi kedua-dua patah perkataan itu adalah membantu orang yang ditegur supaya dapat memperbaiki dirinya.



Oleh itu, ramai orang yakin salah satu cara yang berkesan bagi membantu orang lain adalah dengan cara menegur kesilapan-kesilapan dan kelemahan-kelemahan mereka. Dengan demikian, mereka yang ditegur dapat mengambil tindakan bagi membetulkan kesilapannya dan memperbaiki kelemahannya. Dengan itu mereka akan menjadi seorang yang lebih baik pada masa hadapan, dalam erti kata tingklah laku dan prestasi mereka akan bertambah baik.


Kebanyakan pakar percaya aktiviti kritikan yang membina banyak faedahnya. Namun ada pakar-pakar yang percaya, tidak ada kritikan yang membina dan bahawa pada dasarnya semua kritikan bersifat 'merosakkan' kerana semua jenis teguran dan kritikan adalah sejenis maklum balas negatif. Aktiviti mengkritik adalah salah satu jenis aktiviti memberi maklum balas negatif kepada orang yang dikritik.

Maklum balas yang disampaikan dengan cara menegur dan mengkritik boleh disampaikan dengan lebih berkesan lagi lagi tanpa menggunakan cara kritikan. Kita dapat membantu rakan sejawat dan orang bawahan menaikkan prestasi tanpa menegur dan mengkritik mereka kerana kritikan tidak sentiasa mendorong orang yang dikritik menjadi lebih baik.

Sebenarnya kebanyakan orang tidak memiliki kemahiran menerima kritikan dengan cara-cara yang terbuka. Apabila dikritik, mereka menjadi defensif. Mereka membela dan mempertahankan apa yang mereka lakukan. Mereka menolak kritikan itu.
Salah satu faktor yang menyebabkan orang yang ditegur itu menolak teguran dan kritikan adalah cara bagaimana kritikan itu kita ucapkan.
Kebanyakan orang tidak memiliki kemahiran menyampaikan teguran dan kritikan dengan cara-cara yang betul. Kerap kali, apabila kita menegur dan mengkritik, kita tidak membezakan antara “orang” dengan “isu.”

Biasa sahaja berlaku di mana kita menujukan kritikan mereka kepada 'orang'-nya, bukan 'isu'-nya.Kita mengkritik peribadi orang itu, bukan tingkah-lakunya ataupun perbuatannya. Inilah yang menyebabkan kritikan jarang menghasilkan pembaikan.
Kebanyakan orang juga tidak tahu membezakan yang mana satu 'kritikan' dan yang mana satu 'tuduhan'.

Ayat-ayat seperti di bawah kerap kali diucapkan sebagai kritikan, padahal ia adalah tuduhan. Sebagai contoh, ayat yang berbunyi, "Awak perlulah lebih bertanggungjawab." bukanlah teguran, tetapi tuduhan.

Tidak semua kritikan yang disebut 'membina' benar-benar membina. Kebanyakan kritikan sebenarnya hanya mematahkan semangat dan menjatuhkan maruah orang yang dikritik.
Apabila seseorang itu selalu ditegur, lama-lama dia berasa takut ditegur. Akibatnya, dia belajar mengelak daripada ditegur dengan tidak melakukan apa-apa, kerana apabila dia tidak melakukan apa-apa maka dia tidak akan membuat sebarang kesilapan. Tanpa kesilapan, maka tidaklah dia dikritik. Jadi di cuma membuat akan sesuatu kalau disuruh sahaja, dan tidak lebih daripada itu. Jadi dia sentiasa menunggu suruhan dan arahan, seperti pahat dengan pemukul. Dia tidak berani mengambil sebarang daya usaha berfikir sendiri apa yang sepatutnya dilakukan, kerana dia takut silap, nanti dia kena kritik lagi.

Kritikan boleh membunuh semangat sukarela, daya usaha, inisiatif dan kreativiti. Apabila seseorang itu berani mengambil inisiatif, mencuba cara-cara baru, besar kemungkinan apa yang dibuat tidak serupa dengan cara-cara yang dikehendaki oleh ketuanya. Sekiranya dia ditegur dan dikritik, lain kali dia bukan memperbaiki kerjanya, sebaliknya semangatnya jatuh lalu dia langsung tidak mahu mencuba lagi. Dia akan ikut sahaja cara yang dimahukan oleh ketuanya, oleh itu dia tidak menggunakan daya kreativitinya.

Disebabkan teguran dan kritikan banyak membawa kesan negatif, pakar-pakar psikologi membuat garis panduan cara-cara mengkritik yang betul.

  • Jangan gunakan kritikan melainkan dengan tujuan membantu. Sebagai contoh, jangan mengkritik sebab hendak melepaskan geram. Kalau terpaksa mengkritik juga, jangan sekali-kali berlebih-lebihan apabila menyampaikan kritikan. Jangan meleteri, jangan marah-marah.
  • Seboleh-bolehnya, gantikan kritikan dengan penilaian jujur. Perbezaan antara kritikan dengan penilaian jujur adalah, kritikan hanya memberi maklum balas negatif sahaja. Sebaliknya, penilaian jujur memberi kedua-dua maklum balas, iaitu yang positif dan yang negatif.
  • Jangan sekali-kali mengkritik peribadi orang itu kerana perbuatan itu amat menjatuhkan maruah. Nilailah dengan jujur perbuatannya ataupun tingkah lakunya sahaja.
  • Jangan ucapkan kritikan dalam bahasa negatif. Gunakan bahasa positif. Jangan berkata begini, "Awak suka datang lambat." sebaliknya katakan, “Lain kali datang cepat.”
  • Jangan gunakan bahasa 'awak.' Gantikan dengan bahasa 'saya'. Jangan berkata, "Awak silap." sebaliknya katakan, "Saya tidak setuju dengan cara awak."
  • Jangan mengkritik secara terlalu am, tepapi katakan dengan tepat apa yang di maksudkan. Jangan berkata, "Awak pemalas." Perkataan ‘pemalas’ tidak memberitahu dengan tepat malas apa. Katakan begini, "Tolong bersihkan semua meja.
  • Jangan mengarah-arah dan menyeru-nyeru supaya orang itu berubah. Jangan berkata, "Awak mesti ingat awak lebih tua, sepatutnya awak menjadi contoh kepada pekerja yang lebih muda.

    "
  • Jangan fikir orang-orang lain tahu apa yang ada dalam hati dan fikiran orang lain. Jangan berkata, "Kenapa awak tak fikir dulu habis-habis sebelum melakukan perbuatan itu?" -- dari mana kita tahu orang itu tidak berfikir habis-habis?
Niat yang betul tidak menjamin hasil yang betul. Banyak orang mempunyai niat yang betul apabila mereka menegur dan mengkritik, tetapi akibatnya mereka menyebabkan orang yang dikritik tidak seronok mendapat ketua seperti mereka. Niat yang betul disertai dengan teknik yang betul, barulah hasilnya menjadi betul.

Sumber: Blog Puan Ainon Mohd

Sunday, February 28, 2010

Mengembara Di Dalam Tubuh Manusia



Mengembara di dalam tubuh badan manusia? Wow! sesuatu yang sangat menarik. Tahukah anda di Amsterdam ada sebuah muzium yang dikenali dengan nama Carpus Museum, yang direka khas seolah-olah 'perjalanan melalui tubuh manusia'. Bangunan muzium setinggi 35 meter tinggi itu terletak di sepanjang jalan raya A44 antara Amsterdam dan Den Haag. Berada di dalam Corpus Museum, pengunjung boleh melihat, merasakan dan mendengar bagaimana tubuh manusia bekerja. Pameran di Corpus Museum bukan sahaja menyeronokkan malah telah menyediakan pelbagai maklumat pendidikan seperti peranan makanan sihat dan gaya hidup sihat.




















Friday, February 26, 2010

Ganjaran Bagi Orang Yang Berselawat



Selawat menambah rasa kecintaan dan keterikatan kepada Rasulullah SAW, di samping membawa kita dekat kepada rahmat Allah.
Berselawat tidak semestinya dengan lisan, bagi yang sentiasa sibuk dengan kerja-kerja sudah memadai kalau berselawat di dalam hati.
Setiap kerja yang dilakukan dengan banyak mengingati kekasih Allah yang paling agung ini ada keberkatannya, antaranya:


1. Ia dapat membersihkan diri daripada dosa dan mengawal daripada melakukan dosa.

2. Wajah bercahaya, ditenangkan hati bila berhadapan dengan pelbagai dugaan.

3. Disampaikan hajat.

4. Meninggikan darjat.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud;
"Sesiapa yang berselawat ke atasku, Allah akan memberi kebahagiaan keatasnya dengan sepuluh ganjaran." (Riwayat Muslim)

5. Diberi jaminan syafaat.
Rasulullah SAW;
Abu Hurairah r.a. berkata, Nabi SAW bersabda maksudnya:
"Bacalah selawat untukku sebab bacaan selawat itu membersihkan kekotoran (dosa-dosamu) dan mintalah kepada Allah untukku wasilah."
"Manusia yang paling baik denganku pada hari kiamat, itulah orang yang paling banyak memberikan selawat ke atasku."

(Riwayat Termizi)

Abdul Laits berkata,
"Selawat adalah pencuci untukmu serta pengampunan bagi dosa-dosamu dan andaikan selawat itu tidak ada pahala kecuali mendapat syafaat Nabi SAW, nescaya itu sahaja sudah cukup untuk menjadi kewajipan seorang yang sempurna akal untuk memperbaikinya. Lebih-lebih lagi di dalamnya mengandungi ampunan dosa dan mendapat selawat daripada Allah."
Semasa berdoa, lebih afdal dimulai dengan selawat. Abul Laits meriwayatkan dari sanadnya dari Saleed bin Almusayyah, berkata: Sayidina Umar r.a. berkata;
"Saya mendapat khabar bahawa doa ini tertahan di antara langit dan bumi, tidak dapat dibawa ke atas sehinggalah dibacakan selawat di atas Nabi SAW."

Tuesday, February 23, 2010

Petua Melembutkan Hati Orang Yang Tersayang


Setiap makhluk ciptaan Allah mempunyai roh (perasaan). Termasuklah beras yang ditanak menjadi nasi. Kita boleh menggunakan nasi sebagai perantaraan kita untuk mendapat barakah. Caranya, ketika kita membasuh beras, letakkan tangan di atas beras yang mengandungi air dan berselawat ke atas Rasul junjungan. Kemudian berdoalah, ”Ya Allah dengan berkat selawat kepada junjungan besar kekasih-Mu ya Allah, lembutkanlah hati anakku dan suamiku sepertimana lembutnya beras menjadi nasi.” Insya-Allah sekiranya diamalkan secara istiqamah, seisi keluarga akan lembut hatinya dan mudah mendengar kata. Amin.

Monday, February 22, 2010

Fenomena alam

Subhanallah... cantiknya alam ciptaan-Mu Ya Allah. Fenomena alam ini dipanggil pelangi, yang akan terhasil apabila cahaya terbias melalui titik air di udara. Sebab itulah pelangi selalu dapat dilihat selepas hujan. Ia berbentuk melengkung (bulat) kerana titisan air di udara berbentuk bulat/sfera. Namun biasanya bahagian bawah pelangi itu "terlindung" oleh bumi. Fenomena pelangi ini juga boleh dilihat dengan membelakangi matahari dan menyembur air pada hari yang cerah.